Bab 66

Drama Series 22675

"Apa yang awak buat dekat sini Nazrin?"Kata Feera kepada makhluk yang sedang berdiri di hadapannya.Siapa lagi kalau bukan Nazrin Shah Dato Rizman.Suami 'tersayang' Feera.

"Abang,nak jenguk sayang lah.Salah ke?"Soal Nazrin pula.

Feera memberi jelingan maut."Salah tu memang la tak salah.Tapi boleh tak jangan ganggu saya?Semak la."Marah Feera.Memang patut pun Nazrin dimarahi.Nak menjenguk pun agak2 lah.Ni setiap malam kut Nazrin melekat disini.Sudahla datang pukul 11,12 malam.Mengantuk yang bersarang pun lari bila diganggu Nazrin.Dia perlukan rehatnya.Sudahlah dia letih dengan morning sickness yang teruk.

Malam itulah masanya untuk berehat,tapi Nazrin menghalang pula.Bukan dia tak bagi,cuma berpada-pada la sikit.Orang lain pun nak rehat juga.Bukan dia seorang je yang letih.
Eh2,banyak pula membebel.

"Sayang,abang nak pastikan Sayang selamat.Tu je.Feera tak tahu ke yang dekat pulau ni banyak penyagak dan lanun?"Usik Nazrin.Padahal bukannya ada betul pun.Korang rasa la,mana ada orang yang buat pulau percutian dekat pulau yang ada lanun?

Kang tak pasal2 kena pulangkan balik duit pengunjung sebab keselamatan tak terjamin.Tak pun barang pengunjung dirompak lanun.

Kan dah jadi satu masalah?

Feera cuak semacam.Dia betul2 percaya dengan cerita Nazrin.

Author:Dasar budak Dumb!

"La-lanun?"Tanya Feera tergagap2.Dia diserang rasa takut bila bayangan lanun ala2 dalam movie Pirates Of The Carribean itu bergentayangan di matanya.Gerun juga dia.

"Yes lanun,takkan sayang tak tahu kut?"Nazrin masih berniat untuk mengusik isterinya yang sudah pucat semacam itu.Di dalam hati dia tergelak sendiri.

"Sayang..I'm just kidding okay?Takkan la ada lanun dekat perairan ni?Polis banyak kut dekat pulau ni.Askar laut lagi"Nazrin ketawa sambil tangannya dimasukkan kedalam poket hoodie yang dipakai.

Mata Feera terbuntang.Dia kena kelentong?Dengan Nazrin?What?!!

"Nazrin!Sampai hati!Tahu tak saya takut!Jangan la main2!"Feera mencubit lengan Nazrin yang sedang mengerang kesakitan.Jari jemari Feera memang berbisa.

"Ok2,stop sayang.Sakit..."Nazrin melembutkan suara seolah ingin dipujuk.Bibir Feera mencebik."Padan dengan muka tu.Buat lagi macam tu.Dah la,pergi balik bilik.Saya nak tidur la!"Feera ingin menutup pintu tapi lekas ditahan Nazrin.Feera meluaskan kembali bukaan pintu.

"Nak apa?Saya letih tahu tak?!Sudahlah dengan morning sickne-"Feera tergamam.Alamak,dia dah terlanjur bagitahu Nazrin.Nazrin yang berkerut wajahnya itu dipandang."Apa sayang cakap tadi?Morning sickness?"Soal Nazrin.

Feera gelabah."Ermm mana ada sa-saya cakap macam tu.Awak salah dengar kut?Ermm dah la.Saya nak tidur.Assalamualaikum"Feera terus menutup pintu dan menguncinya.Dia tersandar di dinding.Jantungnya berdegup laju.Hampir saja rahsianya akan terbongkar.

Manakala Nazrin yang masih tercegat di luar bilik isterinya menggaru kepala."Morning sickness?Aku tak salah dengar pun kan?"Gumam Nazrin sendiri.

Dengan hati tertanya2 dia masuk pula kedalam biliknya yang hanya bersebelahan dengan Feera.Dia memang menyewa di sini.Feera bukannya tahu pun.Saja Nazrin kata dia menginap di block lain.Kalau dia beritahu,misi untuk mengintip isterinya akan terbongkar.

Tapi bukan sekadar intip,dia mahu memastikan keselamatan isterinya sentiasa terjamin walau dia hanya dapat memerhati dari jauh.Tapi ada kelainan pada badan isterinya yang Nazrin perasan.Macam dah berisi sikit.

Lepastu,Nazrin selalu nampak Feera beli coklat cadbury dan aiskrim coklat banyak2 pada waktu malam di kedai jajan.Dan wajah isterinya kelihatan pucat dan tidak bermaya.Itu bukan ke simptom orang mengandung?Feera pregnant?

Kalau betul kenapa tak maklumkan kepada suami sendiri?Memang Nazrin dah tak berguna ke?Apa manfaatnya gelaran ketua keluarga yang tersandang di bahunya kalau bukan menjaga isteri dan anak2 sendiri?

Nazrin melangkah ke arah balkoninya.Pemandangan malam itu sama saja seperti malam2 sebelumnya.Cuma malam itu tidak banyak pengunjung dan bulan pula bersembunyi di balik awan mendung.

Nampak gaya macam sudah mahu hujan.Malam ni tidur lena la jawabnya.

Sedang Nazrin leka,dia terlihat Feera duduk di atas kerusi yang tersedia di balkoni.Balkoni mereka tiada pemisah jadi Nazrin boleh nampak apa yang Feera lakukan.

Wanita itu sedang duduk dan..wait,what?Usap perut?!

Penuh tekun Nazrin mendengar apa yang dibicara isterinya.

"Hari ni,dah masuk berapa kali abah lawat kita kan baby?Umi happy sangat walau Umi tak nak tengok muka abah.Tapi,sekurang2nya.Abah masih ingat tentang kita."Feera tersenyum.Dia memandang perutnya.

"Umi tak sabar nak tengok baby nanti.Dah besar,boleh la Umi bawa baby jalan2 dekat taman ,main bola dengan abah.."Suaranya berubah sayu.Jika masih ada peluang....pasti semua itu boleh terjadi.

Dia menangkis air mata yang tiba2 mengalir.
"Maafkan Umi sayang...Umi tak boleh bawa baby jumpa Abah.Umi tak boleh tengok muka Abah.Maafkan kami,disebabkan kami Baby tak lengkap ahli keluarga."Luah Feera lagi.Nazrin hanya berdiri di situ mendengar luahan isterinya.

"Tapi Umi janji,bila baby dah lahir nanti.Umi akan biar abah tengok wajah baby.Mesti dia happy sebab dia akan dapat anak yang comel macam baby,insyaallah."

Nazrin sudah ingin menangis.Hatinya sebak.Allahuakbar,kuat sungguh pengorbanan isterinya.

Saat Feera bangkit dari duduk,matanya bertembung dengan mata merah suaminya.Dia terpana.Nazrin terus masuk kedalam bilik.Feera kekal statik.Dia risau jika Nazrin dengar semua yang dikatanya.

Selepas beberapa detik,kedengaran pintu biliknya diketuk.Dengan tergesa2 Feera mencapai tombol pintu.Tapi dia teragak2 untuk membukanya.

Tapi dia terpaksa bila ketukan tadi tak berhenti dan membingitkan telinga Feera.Bimbang akan mengejutkan pengunjung lain,Feera segera membuka pintu.

Sebaik sahaja dia membuka pintu,tubuhnya terus dipeluk seseorang.Berdasarkan haruman minyak wangi Issay Miyake,dia sudah dapat mengagak siapa gerangan orang itu.

"Nazrin.."Kata Feera perlahan.Nazrin teresak2 menangis di bahunya.
"Kenapa sayang tak bagitahu Abang?Memang abang ni dah tak bermakna pada sayang?"Tebak Nazrin.Feera mati kutu.Nazrin yang sedang menangis itu ditenangkan.Dia mempelawa Nazrin untuk masuk kedalam.Takkan nak berdrama dekat luar tu kut?Tak pasal2 viral.

"Nazrin..bukan saya tak nak bagitahu.Awak sendiri tahu macam mana keadaan hubungan kita sekarang ni kan?"Ujar Feera.

Nazrin memandangnya."Berapa kali abang nak cakap,Abang tak buat.Itu pun susah sangat ke sayang nak faham abang?Ingat abang ni apa
,buaya darat?Suka mainkan perasaan wanita?Macamtu?"Kata Nazrin.Feera hanya diam.

"Awak lupa apa awak dah buat Nazrin?Kalau orang lain yang ada dekat tempat saya pun akan buat benda yang sama!Dah lama saya sedapkan hati saya bila saya selalu dengar awak borak dengan seseorang.Saya cuba untuk abaikan apa yang saya dengar.Tapi saya dah tak sanggup Nazrin,tambah2 lagi bila ada bukti.Awak ingat saya akan diamkan diri lagi?Awak ingat saya tak ada perasaan ke?Jangan layan macam saya ni batu Nazrin..."Sayu suara Feera menggentarkan Nazrin.

Dia tahu ini semua salahnya kerana lambat bertindak.Kalaulah Medina tidak lari,sudah lama agaknya masalah ini selesai.Jenuh dia meminta semula agar Rayyan mempercepatkan carian.Medina suka berpindah randah.Dan itu menyukarkan Nazrin untuk menangkapnya.Cuma baru minggu lepas Medina dijumpai.Itu pun sebab Medina teraktifkan telefon bimbitnya.Kalau tidak,ia akan bertambah sukar.

Nazrin menghampiri isterinya dan menarik Feera kedalam dakapannya.Feera tidak menolak kerana inilah pelukan yang amat dirinduinya.Pelukan hangat Nazrin yang sentiasa membuatkan Feera rasa seperti dilindungi dan dihargai.

"Awak tak faham apa perasaan saya Nazrin..sakit sangat."Feera memegang dada sendiri.Air mata jangan ditanya,dari awal lagi sudah menitis.Dia jadi sensitif betul semasa mengandung.Pembawakan budak mungkin.

"Shuhh..sorry sayang sebab Abang tak berusaha untuk faham Feera.Abang janji,abang akan jaga sayang dan anak kita baik2 lepas ni.Cuma satu je abang minta,ikut abang balik ke KL.Jangan lari macam ni lagi.Abang tak boleh hidup tanpa sayang.Di sana,segalanya akan terbongkar dan perkara sebenar akan terdedah.Kita akan kembali bahagia lepas ni.Itu janji abang.."Nazrin bersuara ikhlas.Membuatkan Feera diserang rasa terharu.

"Janji?"Feera menghulurkan jari kelinkingnya.Nazrin hanya tersenyum,faham dengan maksud isterinya.Nazrin menyambut huluran jali kelingking Feera."Promise."Ujar Nazrin.Feera mengetatkan pelukannya.Akhirnya,setelah dua bulan mereka terpisah,akhirnya disatukan kembali.Inikab dikatakan jodoh tak ke mana?

Feera berharap agar perkahwinannya akan kembali pulih seperti biasa.Sejujurnya,dia tidak sanggup berpisah.Cinta untuk lelaki itu begitu kukuh hingga Feera sendiri tak dapat robohkan.

Semoga keputusannya untuk mengikut Nazrin ke KL membuahkan hasil.Harapannya menggunung tinggi setinggi gunung Everest

"Abang pakai perfume apa ni?Wanginya.."Feera mendongak memandang suaminya.Dahi Nazrim berkerut."Huh?Abang pakai perfume Issay Miyake yang abang selalu pakai tulah."Beritahu Nazrin.Feera mengeleng."Tak,ni bau lain.Wangilah."

Nazrin yang mulai faham terangguk2."Hurmm,perfume baru kut.Wangi en?"Ujar Nazrin.

Walaupun jawapan Nazrin kurang meyakinkan,Feera tak kesah.Haruman tubuh suaminya membuatkan dia gembira.Entah,tak tahu kenapa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience