Bab 53

Drama Series 22675

Pulang sahaja Mummy dan Daddy,Feera melangkah ke biliknya.

Dia mendengar seperti Nazrin sedang bercakap dengan seseorang sewaktu dia ingin mengetuk pintu.Dengan hati yang tertanya2,dia mencuri2 dengar.

"Enough Meera,I dah tak cintakan you okay?Now,I love my wife"Jujur Nazrin kepada pemanggil.Feera masih tekun mendengar.Siapa agaknya yang telefon?Bekas kekasih Nazrin ke?

"No,I takkan sesekali ceraikan isteri i!Dan I juga takkan kahwin dengan you.Anak tu bukan anak I!"Herdik.Nazrin,suaranya kedengaran sangat keras dan tegas.Anak?Kahwin?!Apa semua ni?

Nazrin curang belakang aku ke?Feera hampir terduduk disitu.Kakinya bagai lembik semacam.

Baru sahaja dia ingin hidup bahagia bersama Nazrin,tapi sekarang?Tak sampai dua hari lagipun mereka pulang dari percutian pertama mereka bersama,sekarang dia dikejutkan dengan ini pula?Adakah kegelapan masih mengikutinya dan cahaya pula menjauh?

Kaki digagahkan untuk berdiri.Feera merempuh masuk kedalam bilik.Wajahnya cukup untuk menyatakan bahawa dia kecewa.Nazrin yang terkejut segera mematikan talian dan menyimpan phonenya didalam poket seluar."Feera.."

"Abang tipu!Abang tipu Feera!!"Marah Feera.Jari telunjuknya ditunding ke arah Nazrin.Mata sudah galak berair.Sampai hati Nazrin buat dia macam ni...Nazrin sudah menoreh kembali parut lama didalam hati Feera.Malah ditoreh dengan lebih teruk lagi.

"Kenapa ni sayang?"Nazrin segera menghampiri isterinya yang menangis.Cuba dipeluk tubuh itu tetapi ditepis Feera.

"Jangan panggil Feera sayang.Abang khianati kepercayaan Feera!Abang buntingkan perempuan lain!!"Dada suaminya ditumbuk beberapa kali.Nazrin diam sahaja membiarkan dada bidangnya dipukul berkali2 oleh isteri kesayangan.Dia tahu Feera sedang dikuasai emosi.Jadi,dia harus biar Feera melepaskan kemarahan yang terbuku.

"Kenapa abang diam?!Jadi betullah apa yang Feera cakap tu?Feera ni bukan perempuan pertama yang abang sentuh?"

Nazrin tersentak,sehingga begitu sekali Feera menghinanya?"Astaughfirullahalazim!Apa yang Feera cakap ni?Abang tak pernah sentuh perempuan lain sebelum Feera.Perempuan tu,dia nak perangkap abang je."

"Habistu macam mana dia boleh mengandungkan anak abang?Kenapa dia minta abang bertanggungjawab?"Tanya Feera,esakan nya masih kedengaran jelas.Di juga takut,jika Nazrin akn meninggalkannya.

"Macam mana Feera boleh yakin sangat yang anak tu anak abang?"Nazrin memandang Feera yang menuduh tak ada bukti,serkap jarang.Dia tidak pernah menyentuh mana2 perempuan semasa zaman bujangnya.Girlfriend pun ada juga dua tiga orang,tapi hubungan mereka tidaklah sampai ke ranjang pun,macam mana pula boleh ada perempuan yang mengandungkan anaknya?

Nama bekas kekasihnya itu ialah Medina.Dia yang paling Nazrin sayang sewaktu masa dahulu berbanding bekas teman wanitanya yang lain.Tapi hubungan mereka terputus kerana Medina lebih mementingkan kerjayanya sebagai model daripada berkahwin.

Sejak tiga tahun lepas,dia tidak mencari Medina lagi,tapi pelik pula apabila baru hari ini gadis itu mencarinya,siap suruh dia bertanggung jawab lagi.Entah siapa bapaknya,Nazrin menjadi mangsa pula.Ni mesti kes,lelaki tak nak bertanggung jawab.Lepastu,mulalah nak cari pak sanggup.Ingat ada ke orang yang senang2 nak memperisterikan perempuan sebegitu?Memang tak ada.Kalau ada pun,memang baik sangatlah tu.

Kalau tak jumpa,pergi gugurkan kandungan pulak,ada yang sanggup membuang bayi mereka didalam semak la tempat pelupusan sampah la.Cuba buat cara baik,kalau dah tak mahu sangat,hantar rumah anak yatim.Kan senang.Selamat satu nyawa.

"Ha,Feera pun tak ada bukti pun kan?Sumpah..Abang tak pernah menduakan sayang"Nazrin memicit pipi Feera.Lalu digoyangkan sedikit.

Feera menunduk.Ada benar juga kata Nazrin.Tak ada bukti,jangan nak tuduh menuduh pula.

Dia meminta Nazrin memeluknya.Haisy,nape aku manja sangat nie?

"Sini,peluk"Feera menghulurkan tangan kedepan.Tubuh Nazrin dipeluk erat.Selesa betul badan dia ni!!

"Betul abang tak buat macam tu?"Feera mendongak memandang wajah Nazrin.Rambut Feera diusap Nazrin."Yes dear,abang tak buat macam tu.Abang sayang dekat Feera sorang je"Balas Nazrin perlahan,lantas menngucup ubun2 isterinya

Dia tersenyum sebelum berpandangan dengan Nazrin,masing2 mengukir senyuman.Entah apa yang difikirkan budak berdua itu,Author pun pening!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience