Bab 62

Drama Series 22675

Feera bermundar mandir di ruang tamu itu.Akibat lenguh berjalan sana sini,Feera melabuhkan duduk diatas sofa.Keberadaan Nazrin diluar membuatkannya resah.Mujur juga Kak Su tiada dirumah tika itu kerana keluar bersiar2 bersama anak2nya.Abang Ali pula sedang bekerja.

Apa harus dia lakukan?Lari ikut tingkap?Sorok dalam almari?Bagus juga..(Author mengarut)

Arghh,bila difikirkan,tak wajar betul dia menyembunyikan dirinya.Lambat laun,lokasinya akan terdedah.Yalah,Nazrin..bila2 masa saja dia boleh mengupah penyiasat untuk mencarinya.

Sudahlah,dia sudah terlewat dua hari untuk pergi bekerja.Mesti sekarang sudah menjadi tanda soal rakan2 sepejabatnya yang lain.

Melihatkan Nazrin yang terpekik terlolong,membuatkan Feera jadi gusar.

Dengan penampilan lelaki itu yang agak tidak terurus,jambang tidak dicukur,rambutnya kelihatan agak kusut.Hatinya tersayat.Begitukah Nazrin yang dikenalinya dulu?Nazrin yang tampan?Nazrin yang berkarisma?

'Adakah kehilangan dirinya begitu terkesan pada Nazrin?Adakah begitu besar cinta Nazrin kepadanya?Adakah dia sudah mempersiakan cinta lelaki itu?'Desis hati Feera.

'Tak Feera,dia layak dihukum sebegitu.Dia yang buat kau merana dulu.Dia yang main kayu tiga dibelakang kau!'Akalnya membantah.

Feera tersepit,antara mengikut kata hati atau kata akal?Dia buntu.

Dengan berat,Feera menapak naik keatas.Dia tidak menoleh kebelakang.Dia terus masuk kedalam bilik membiarkan Nazrin diluar.Perlahan2 dia terduduk di depan pintu.Air matanya mengalir.

Terlalu banyakkah dosa aku hingga kau berikan balasan sebegini rupa?Feera mula mengenang akan amal ibadatnya sebelum ini.

'Aku solat,tapi adakah aku betul2 menyembahnya?'

'Aku mengaku Allah itu tuhanku,tapi adakah hatiku juga berada padaNya?'

'Aku mengaku aku beragama Islam,tapi adakah amal ibadatku menunjukkan aku ialah umatnya?'

Hari berganti hari,malam berganti malam.Amal ibadatnya tidak seberapa.

Feera bingkas bangun.Dia bergerak ke bilik air.Dia mahu lebih mendekatkan diri dengan Allah.Alang2 sekarang masih pagi,dia mahu melakukan solat sunat dhuha.

Selepas selesai mengambil air wudhuk.Sejadah dibentangkan.Kain telekung jenama Siti Khadijah dicapai lalu disarungkan.

Sungguh khusyuk Feera menunaikan ibadah sunat itu.Bermula dari niat hingga salam terakhir,dia hanya memikirkan Allah yang maha pengampun.

Dia meraup wajah.Kedua belah tangan diangkat.Doa dipanjatkan.

"Ya Allah,kau ampunilah dosa2 ku,dosa kedua ibu bapaku,dosa suami ku,dosa rakan2ku dan dosa semua umat mu.Berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan demi dugaan yang kau datangkan kepadaku.Aku memohon kepadaMu,berikanlah aku petunjuk untuk memilih jalan yang benar,sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang bergantung kepadaMu."

Ada tangisan didalam doanya.Pertama kali dia berasa begitu kerdil dihadapan Allah.

Kain telekung ditanggalkan.Al-Quran diambil lalu dia membuka muka surat pertama.Sudah berapa lama agaknya dia tidak membaca kitab suci ini?

Dengan bacaan bismillah..Feera meneruskan bacaan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience