Bab 17

Drama Series 22675

Pulang sahaja dari kampung,Feera mendapat panggilan dari ibunya.Cuti yang masih berbaki sehari di gunakan untuk bersantai didalam rumah

"Assalamualaikum Feera,sihat?"Feera pelik,ibunya macam happy semacam aje.

"Waalaikumsalam,sihat je ibu.Kenapa call nie?Macam ada something je"Tebak Feera sambil menghirup teh yang dibancuh.Hujan2 macam nie mmng seronok kalau boleh minum teh panas.Nyaman!!

"Kalau ibu bagitahu ada orang masuk meminang Feera,Feera nk terima tak?"

Hisyy,ni mesti ada udang di sebalik batu,kalau tidak,takkan ibunya tanya soalan yang pelik tu.

"Meminang?Kenapa ibu tanya?"Feera berfikir sebentar.Jangan2 ada orang meminang aku tak?Feera sudah mula kalut,adoii la,siapa la gatai2 tangan masuk meminang dia pulak nie?

"Ada orang bandar masuk meminang Feera kelmarin"Hah!!Kan aku dah cakap,nie mesti ada sesuatu.

Feera diam,orang bndar?Siapa pulak yang meminang aku nie?Takkan la Sulaiman tu pulak?Hisyy,tak nk dia kalau Sulaiman tu masuk meminang,memang aku blacklist terus.Tak padan dengan bertahi lalat ala2 Phua Cu Kang.Ohh please la!!

"Siapa?"Soal Feera dengan berdebar,kot2 ada pangkat Tengku,nak juga dia!!

"Entah,ibu lupa apa nama dia,anak dato Rizman"

Jawapan Mak Biah menghapuskan segala angan2 Feera.Macam mana la ibunya boleh lupa benda penting tu.'Eh jap2,anak dato' Rizman?Itu bukan ke nama daddy Nazrul?Eh,tapi tak mungkin lah,Nazrul tak de adik beradik lain...kan?'desis hatinya.

"Dato' Rizman yang mana?"Soal Feera lagi,dia benar2 nk tahu gerangan orang yang datang meminangnya.

"Dato' Rizman dari Awana building.Tempat kerja kamu kan?"

Whattaaahelllll!!!

'Ya tuhan siapa sebenarnya yang meminang ni?Takkan Nazrul pulak,hisyy,semak betullah!!'

"Haah,tu tempat kerja Feera.."

"So sekarang kamu nk ke tak nk?"Suara ibunya yang penuh harapan membuatkan Feera rasa bersalah.Belum sempat di berkata,Mak Biah telah menyampuk.

"Hah,kamu kan pernah janji ngan ibu dulu kata nk terima sesiapa yang datang meminang lepas Kamal?Ingat tak?"

"Hadehh,macam mna la.ibunya boleh ingat janji tu,Yang kau pun satu Feera,bukan nk pikir dulu sebelum.berjanji!!"gumamnya sendiri.

"Alah,bu..tu kan benda lama.Benda lama jangan dikenang.Feera....tak nk la bu."Feera cuba nasib,mana tahu ibunya setuju aja dengan dia.

"Hisyy kamu ni,tak de2,Ibu akan beritahu diorang yang kamu setuju.Janji tetap janji tau!!"

"Huhuhu,ibu,kasihanilah anakmu ini..."Feera reka suara sedih.Sekarang baru dia fikir,di manakah logiknya dia berjanji dengan ibu tanpa tahu akibat di masa depan?Bendullah kau Feera!!

"No,you hap to acep it"Hah tudia!!Mak Biah speaking english dah!!

'Lahhh,sapa la yang ajar ibu berspeaking english ni?'Gumam Feera lagi.Heh,asyik bergumam je dari tadi.

"Eiii,yalah2.Feera terima!"Feera give up.Malas dia nk dengar bebelan ibunya.Jngan korang tak tahu yang Mak Biah ni mmng champion kalau ada pertandingan membebel.Hisyy3.

"Haaa,macam tulah anak ibu.Nnti ibu bagitahu diorang pasal berita gembira nie dan dalam masa.yang sama,ibu nk bincang psal tarikh kahwin kamu nnti."Mak Biah bersyukur.Alhamdullillah akhirnya nk kahwin
jugak anak dara aku.

Selepas berbual seketika.Feera meletakkan telefon.Di dalam hati,dia tak habis2 fikir."Siapa dia sebenarnya?"Pikir punya pikir,last tak juga dapat jawapan.Boleh masuk rancangan Misteri Nusantara dah nie.

p/s:abaikan typo please

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience