Bab 55

Drama Series 22675

Feera keluar dari bilik mandi dan berjalan ke almari untuk mengambil baju.

Selesai menukar baju,Feera menapak turun ke ruang tamu.Rumah itu jadi sunyi.Sebab?Sebabnya Nazrin tak ada.Nazrin sudah masuk kerja harini.Dia pula esok baru akan bekerja.

Baru sahaha ingin menekan remote control,loceng rumah ditekan berkali2.Feera mendengus kasar.Hisyyy,siapa yang datang rumah pulak ni?!!Kacau aje!!

Dengan hati yang sebal,pintu dibuka dengan kasar."Ya,nak cari si-"Bicara Feera terhenti.

Aik?Tak de pun manusia kat luar ni?

Feera menggaru kepala yang tidak gatal.Ni ada orang nak prank aku ke?"Nazrin,awak ke tu??"Laung Feera.Yalah mana tahu Nazrin yang mahu mengusiknya?Siapa tahu?

Diam.Tiada sahutan.Dengan perasaan pelik yang masih menebal,Feera berpaling tetapi dia ternampak sesuatu."Eh,ni apa benda pulak ni?"Gumam Feera seraya membelek sampul surat putih itu.Abang posmen ke yang datang tadi??Dah tu?Mana abang posmen tu?Dah lari ke?Lari kenapa pula?Ke ada something dekat rumah ni?Tapi apa?

Pelbagai soalan bermain di mindanya.

Dengan pantas.Hujung sampul surat itu dikoyak.Feera mengambil surat itu dan membacanya.

Matanya membulat,jantungnya terhenti.Apa semua ni?!!!

Dengan hati membara,Feera mengoyak2 kertas itu menjadi beberapa helai lalu dilemparnya ke luar pintu.Arghh,selama ni aku kena tipu hidup2 rupanya!!Sampai hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience