Bab 36

Drama Series 22675

Feera mengerutkan dahinya ketika dia merasakan lembab di dahinya.Dia memegang dahinya yang ditutup oleh tuala.Di sebelahnya pula kelihatan besen kecil yang berisi air.

"Ni rumah siapa pulak nie?"Dengan berhati2,Feera bangkit dan bersandar di sofa.

"Kau dekat rumah aku"Kata satu suara dari arah belakang.Nazrin!Serta merta perbuatan Nazrin tadi muncul di fikirannya.

"Kenapa?"Soal Feera bingung.

"Kau pengsan tadi,tu yang aku bawak kau datang sini"Suara lelaki itu sudah tidak dingin seperti selalu.Feera yakin,sebab Nazrin tak bawa dia balik rumah Mummy and Daddy mestilah nk mengelakkan dirinya kena marah!Tak guna!!

Feera cuba untuk menenangkan dirinya."Mana awak tahu saya ada dekat situ?"

"Bukan aku yang jumpa kau,kawan aku yang nmpak,Dia call aku and lepastu aku suruh dia bawak kau datang sini"Nazrin masih ralit dengan telefonnya.Feera berdecit,baru sahaja dia beranggapan Nazrin yang datang menyelamatkannya dari malaun dua ekor tu.

"Siapa kawan awak tu?"

"Nama di-"

"Rayyan"Seorang lelaki yang muncul entah dari mana menyampuk percakapan Nazrin.Feera memandang lelaki yang tiba2 duduk di sebelahnya.

"Nama awak Intan Syafeera kan?Nice to meet you,My name is Rayyan.Tapi kalau awak nk panggil abang pun takpe."Lelaki yang bernama Rayyan itu tersengih2.Feera membalas balik senyumannya.

"Hi,nice to meet you too,just call me Feera."

"Ok,sweetie."

Errr,bukankah aku sudah bagitahu yang nama aku Feera?Kenapa boleh berubah menjadi Sweetie pulak?

Nazrin dijeling sekilas,lelaki itu sudah merah mukanya.Entah apa kena pun dia tak tahu dengan Nazrin yang sekejap okey sekejap tak okey,dah macam orang datang bulan!!Mengalahkan orang perempuan pulak tu.

"Btw,kenapa awak jalan sorang2 malam2 macam tu?Bahaya tau,nasib saya datang tepat pada waktunya.Kalau tidak,tak tahu la apa yang akan jadi malam tu"

Feera kaget.Nak bagitahu ke nie?Hisyy,baik kau diamkan mulut kau tu Feera,Tak pasal2 kau kena marah nnti.

Rayyan menaikkan kening menanti balasan dari Feera yang hnya diam.

"Feera..?"Soal Rayyan.

"Errr,Rayyan.Saya nk pergi tandas sekejap.Awak duduk la sini."Feera cuba memberikan alasan.Dia tak mahu Nazrin memarahinya lagi.Dia takut peristiwa di butik siang tadi berulang lagi.Cukuplah sekali dia sakit.

"Awak,tandas dekat mana?"Feera memandang wajah Nazrin.Nazrin bangkit dan manarik tangan Feera.

Feera hnya mengikut hingga mereka sampai di dapur.

"Dekat sana ada tandas."Baru sahaja Feera mahu melangkah masuk.Nazrin sekali lagi menarik lengannya.Kali ini lebih kuat berbanding tadi.

"Aku nk ingatkan kau,jangan sesekali ceritakan hal tadi dekat siapa2 pun termasuk Mummy dan Daddy.Kalau tak,kau tahu apa akibatnya kan?"Nazrin berbisik ditelinga Feera.Kerutan di dahi gadis itu juga tidak dihiraukan.Tambahan pula dia sakit hati melihat perwatakan Feera dengan Rayyan.Kalau dengannya,nk senyum pun tak boleh.Tapi sebaliknya dengan Rayyan.Siap senyum2 manis pulak tu.Lagi lah dia sakit hati yang amat!!

"Let me go!"Feera merentap lengannya.Sudahlah dia masih berasa pening,lelaki itu mahu mencari pasal pula.Kang tak pasal2 dia pengsan lagi kat sini.

Nazrin terus berlalu pergi.Feera hnya mengekori langkah Nazrin dengan mata.Dia melepaskan keluhan berat dan masuk ke dalam tandas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience