Bab 57

Drama Series 22675

Air mata dipipi dikesat kasar.Kaki dihala menuju ke station bus berdekatan.Siapa yang dapat menolongnya?Feera buntu,dia tiada tempat untuk dituju.Dengan hanya RM 60 ringgit di dalam poketnya,dekat mana dia boleh tinggal?Dikawasan ini,hotel2 semuanya bersewa mahal.Yang murah pun jauh berpuluh2 kilometer.Kalau dia bayar duit teksi,cukup ke nak bayar duit sewa hotel untuk semalaman?Mesti tak akan lepas punya!!Dengan makan minum lagi.

Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Kak Su.Dengan harapan menggunung.Nombor telefon Kak Su ditekan.Sementara menunggu panggilan bersambung,Feera memandang kawasan sekitar,mahu mencari teksi.

Argghh,mana Kak Su nieyh?!

Feera berasa hampa apabila Kak Su tidak mengangkat talian.Sekali lagi Kak Su cuba ditelefon.Alhamdullillah,panggilan berjaya kali ini.

"Assalamualaikum Kak Su!Kak Su kat mana?"

"Kak Su dekat rumah la.Kenapa call?Ada apa2 ke?"Suara Kak Su kedengaran.

"Feera nak minta tolong akak boleh?"Tanya Feera.Hisyy,mana teksi ni?

"Minta tolong apa?"

"Errr,Feera nak minta izin nak tidur rumah akak sehari dua.Boleh?"

Talian senyap seketika.Hati Feera bercelaru.Kak Su tak nak bagi ke?Ah,sudah!Matilah dia!Sekarang nie,hanya Kak Sulah harapannya.

"Boleh,tapi kenapa?Apa jadi?Nazrin ada sekali ke?"Soalan Kak Su bertubi2.Feera tidak tahu nak jawab apa.

"Errr,nantilah Feera ceritakan dekat Akak.Teksi dah sampai tu.Nanti kita cakap lagi.Terima kasih Kak Su!!"Tipu Feera,padahal,bayang kereta pun tak de.

"Ok,assalamualaikum"

Waalaikumsalam"Talian diputuskan.Akibat teksi tidak juga tiba,Feera mengambil keputusan untuk menaiki Grab.

Ya Allah,apa akan jadi dengan rumah tangga aku Ya Allah?Betulkah tindakan aku?Kau berikanlah aku petunjuk Ya Allah.Feera berdoa di dalam hati.

Lima minit kemudian,kereta yang disewa pun tiba.Feera menyimpan beg kedalam bonet kereta.

Alamat rumah Kak Su diberitahu kepada pemandu dan kereta itu pun mula bergerak ke destinasi.

Feera merenung kosong kawasan perumahan Nazrin dengan hati yang hiba.

Saya sayang awak Nazrin...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience