Bab 68

Drama Series 22675

"Aiskrim?"

"No!"

"Maggi?"

"No!"

"Why?"

"It 2 a.m right now darling.."

"Alaa...baby lapar la babah.."

"Takkan tak cukup lagi sebekas aiskrim tadi?"

Feera memuncungkan bibirnya tanda dia sedang merajuk.Nazrin tersenyum melihat gelagat isterinya.

"Haihh,yalah..sayang nak apa?Abang belikan.."Pujuk Nazrin.Tanggannya memeluk bahu Feera.

Wajah Feera yang tadi berkerut mula dihiasi senyuman."Betul ke?Tak menyusahkan abang?"Soal Feera perlahan.Bukan dia sengaja mahu menyuruh Nazrin keluar membeli makanan,cuma dia tetiba lapar pulak.Kesian pula dia lihat Nazrin yang keletihan melayannya sepanjang hari ini terpaksa bangun.Pukul 2 pagi kut..

"Amboi,orang dah setuju nak keluar beli,baru tahu nak tanya menyusahkan ke tidak?"Cebik Nazrin.Feera ketawa."Sorry abang,tak pa lah.Abang tidur la balik,dah lewat sangat dah ni."Ujar Feera seraya memandang wajah Nazrin yang bersih tanpa janggut atau misai.

"Betul ni?Baby okay ke kalau tak dapat makan aiskrim?"Nazrin menunduk untuk memandang perut Feera yang sudah kelihatan sedikit.Feera tersenyum cuma sambil mendengar apa yang dibicarakan Nazrin.

"Baby cepat2 keluar okay?Boleh la babah dengan umi buat adik ba-auch!Sakitlah sayang.."Nazrin menggosok2 pahanya yang dicubit Feera.Feera mencerlung tajam.

"Jangan nak mengada.Baby pun lambat lagi nak keluar abang dah fikir ke lain pulak.."Feera menggeleng.Nazrin tersengih lalu menolak dagu Feera keatas.Tepat memandang matanya."Sayang,kalau abang nak cakap sikit,sayang jangan marah tau?"Nazrin bersuara.

"ermmm cakap je lah.Feera tak marah.."

"Abang nak cakap yang abang nak...anak lima orang."

Mata Feera membulat.Lantas jari jemarinya mencari sasaran di tubuh Nazrin untuk dicubit.Tapi gagal kerana Nazrin asyik mengelak.

"Eiii,abang ni kan.Kalau nak menggatal tu bagi jelah dekat dia!"Feera mencerlung Nazrin yang masih ketawa.

"Okay apa abang minta anak lima orang,kalau abang minta lima belas orang kang..jenuh sayang nanti"Seloroh Nazrin.

"Pepandai je abang ni..."
"Betullah sayang,kalau kita ada anak ramai2,barulah meriah sikit rumah ni.Sayang pun tak adalah nak duduk sorang2 bila abang kerja."kata Nazrin.Feera hanya mengangguk.

"Feera okay aje abang..asalkan abang happy,semua Feera sanggup."Feera bersuara ikhlas.

Nazrin terpana melihat wajah Feera yang tersenyum manis,hatinya terharu."I love you."Ucap Nazrin.

"Love you too"

Suasana jadi sunyi seketika,masing2 diam tidak bersuara.

Selepas beberapa minit,Nazrin berdehem."Sayang dah pack barang ke belum?Esok kita nak balik KL."

"Ermmm dah,Feera dah pack siang tadi lagi.."
"Abang...Feera takut la nak balik."sambungnya.

Dahi Nazrin berkerut."Kenapa?Sayang takut apa?"Tanya Nazrin.Di memandang Feera yang diam.

Nazrin mengeluh,dari bahasa badan pun dia sudah tahu."Pasal Medina?"

Feera mengangguk."Feera still ada bad feeling abang,macam ada sesuatu akan jadi."Ucap Feera.Dia bangun dari pelukan Nazrin,lalu duduk bersila.

"Sayang...percaya pada abang.Tak ada apa akan berlaku pada sayang selagi abang masih hidup okay?"

"Tapi abang-"Ayat Feera terhenti disitu.
"Tak ada tapi2..Dah jom tidur.Esok kita kena bangun awal.Flight pukul 10 pagi.."Arah Nazrin sebelum menarik Feera untuk berbaring.Dia memeluk pinggang Feera sebelum melelapkan matanya.

Manakala Feera hanya kaku di situ.Fikirannya melayang entah ke mana memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

Feera berdecit."Fikir positif Feera..semuanya akan okay"

'Ya Allah,kau selamatkan lah kami dari segala mala petaka yang mendatang..'Doa Feera didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience