Bab 64

Drama Series 22675

Feera memegang dahi sendiri.Tak panas!
Dia juga melakukan perkara yang sama pada tapak kaki dan lehernya.
Juga tidak panas.Tapi kenapa dia rasa macam nak demam?
Selimut ditarik hingga menutupi dada,badannya terasa lemah ditambah dengan mual2 sejak kelmarin.

"Feera,rasa mual lagi ke?nak pergi klinik tak?"Tanya Kak Su yang baru sahaja selesai menidurkan Baby Ian.

"Ada lagi rasa mual2 tu sikit,tapi tak payah kut nak pergi klinik.Bukannya demam pun"Ujar Feera.Dia menekan2 dahinya yang pening.

"Tak demam?Dah tu kenapa?Salah makan ke?"

Feera mengangguk."Mungkin lah.Semalamkan Feera makan nasi goreng dekat warung depan tu"

"Ni Feera,tadi Nazrin ada call Akak waktu akak tengah masak tadi.."

Feera tercengang.Nazrin?

"Err,lepastu akak jawab tak?"

"Kalau itu,akak tak jawab pun lah.Kan Feera yang suruh akak buat macam tu..tapi,banyak kali juga dia call.Korang ni ada masalah ke?"Tebak Kak Su.Sebenarnya,dari hari pertama Feera jejak kaki ke rumahnya,dia sudah syak sesuatu.Tiba2 saja gadis itu bertandang ke rumahnya dengan beg segala.

Lagipun,mana mungkin Kak Su yang bekerja sebagai pekerja Nazrin pun tak tahu pun yang Bos mereka ke luar negara.Malah satu office pun tak dimaklumkan apa2.

Bila ditanya kepada Feera,gadis itu senyap seolah tiada apa yang perlu dibimbangkan.Siapa yang tidak risau?

Jika benar Feera dan Nazrin sedang bergaduh,dia akan turut bersimpati dengan nasib gadis itu.Perkahwinan mereka baru sahaja masuk sebulan dan sudah diuji begini hingga Feera sanggup lari dari rumah.Begitu besarkah masalah yang melanda pasangan itu?
Hingga menyebabkan perpisahan?

"Cakap Feera,mana tahu akak boleh tolong.Kalau Feera terus diam macam ni,macam mana isu ni nak selesai?"

Feera yang berdiam diri dipandang.Wajah rakannya itu keruh seperti menyimpan satu perasaan yang menyakitkan.

"Fe-Feera minta maaf sebab rahsiakan benda ni dari akak.Tapi Feera buat semua ni bersebab,Feera tak nak ibu tahu."Perlahan nada suara Feera.

Kak Su mengeluh sebelum menyambung bicara."Cerita lah dekat akak Feera.Mana tahu kalau Akak boleh tolong.Akak akan usahakan.Akak tak nak tengok Feera macam ni,dah macam takde semangat untuk hidup.Feera pun dah tak seceria seperti dulu."

"Nazrin..Dia khianati Feera akak.Dia tak ikhlas hidup dengan Feera."Luah Feera sayu,tapi air matanya tidak mengalir.Mungkin sudah kering kerana setiap malam dia meratapi nasib dirinya.Kepercayaannya musnah,hatinya luluh.

Ini semua kerana Nazrin..

Hanya lelaki itu sajalah menjadi bahagia Feera,sedih Feera,kemarahan Feera,kelemahan Feera.Nazrin ialah segala2nya bagi dia.
"Apa dia dah buat sampai Feera lari kesini?"Tanya Kak Su.

Feera tertunduk."Ada seorang perempuan ni kak,dia ex Nazrin.Katanya..dia dah mengandung a-anak Nazrin akak.Sebab tu Feera benci nak tengok muka Nazrin"

"Astaughfirullah,tak baik Feera benci suami Feera sendiri.Betul ke Nazrin buat semua tu?Ada bukti?"Kak Su menggelengkan kepala bagai tidak percaya apa yang didengarinya.Setahunya,Nazrin bukanlah buaya darat.

"Sebab ada bukti la Feera benci dengan dia akak!Ex dia dah hantar surat pengesahan DNA.Dah ada bukti yang dia saja nak permainkan hati Feera!!"Bidas Feera."Kalau akak nak tahu,sejak dari dulu lagi dia memang nak balas dendam dekat Feera.Mungkin dendam dia masih ada hingga sekarang.."

Kak Su tersentak."Apa yang Feera cakapkan ni?"

"Nazrin tu kak..dia abang Nazrul!Dia kahwin dengan Feera pun sebab dia nak balas dendam atas kematian adik dia.Memang Feera nak bagitahu lama dah pasal hal ni,tapi Nazrin tak bagi.Feera takut dia marah Feera pula!"

Kak Su terdiam lagi.Membuntang matanya.Sanggup Nazrin buat sedemikian?Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi.Nak salahkan Nazrin pun tak boleh,nak salahkan Feera pun tak boleh.Buntu.

Kak Su berdehem sebelum bersuara."Akak tak tahu nak cakap apa lagi Feera.Akak tak boleh nak buat apa lah kalau masalah ni dah besar macam ni.Tapi..pasal surat pengesahan DNA tu,zaman sekarang dah moden.Apa2 pun kita boleh buat.Jadi akak nasihatkan Feera,siasat betul2 dulu.Takut nanti..Feera yang menyesal"Nasihat Kak Su.Feera hanya diam membatu.

Siasat?Perlu kah dia lakukan semua tu jika harapan rumah tangganya akan kembali utuh pun makin tipis?
Nazrin..ada kah suaminya juga sedang berusaha?
Feera meraup wajahnya.Dia sudah sesat..

A/N:Pendek je kan Chapter ni..sorry...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience