Bab 58

Drama Series 22675

Dari jauh,kelihatan Rayyan sudah menunggu di sudut restaurant makanan perancis itu.Dengan segera,Nazrin segera menghampiri rakan baiknya yang sedang memesan makanan entah apa2 entah.

"What's up bro?"Rayyan berjabat tangan dengan Nazrin.

"So,dah kenapa kau nak jumpa aku malam2 ni?Macam esok dah tak ade!"Bengang Rayyan.

Sedang sedap dia berdating dengan kekasihnya,Rose.Nazrin pula kacau daun.Jenuh juga mahu memujuk buah hatinya yang merajuk akibat Rayyan perlu meninggalkannya.Tapi apabila sudab dipujuk dengan beg Prada,terubatlah marah Rose tu.

Haih,mata duitan!Tapi..hati dah kata sayang.Lautan api pun sanggup redah!Ceh..ayat macam mintak pelempang je kan?

Menyusahkan!!

"Hisyy,kau ingat aku nak sangat tengok muka kau?Aku nak jumpa kau sebab aku nak minta tolong!"Balas Nazrin.Haih,aku sepak jugak dia ni!Kalau tak ada hal penting,tak adenya dia ajak si Rayyan ni jumpa malam2.Ingat dia ada masa ke?Sorrylah..

Tapi hal ni melibatkan rumah tangganya yang sedang berada di hujung tanduk akibat perempuan sial bernama Medina,kekasih gelap Nazrin yang entah apa niatnya buat begitu.

"Auch,ayat kau..tak pe,aku balik lah"Rayyan sudah berura2 mahu pulang sebelum ditegah Nazrin.

"Eh2 kau.Sensitif pulak.Cepatlah,aku nak cakap ni!"Nazrin menarik lengan Rayyan supaya segera duduk.

"Ahh!Cepatlah!!"Rayyan duduk semula.Dia memandang Nazrin yang tampak kalut.Wajahnya juga merah.Aik,Nazrin ni tengah gaduh ngan Feera ke apa ni?

"Kau..kau kenal kan Medina?Tanya Nazrin

Rayyan mengangguk.Medina..takkan dia tak kenal?Perempuan tulah yang tinggalkan Nazrin dulu.Bila Nazrin dah sayang sangat dekat Medina,perempuan tu tinggalkan Nazrin pula.

Pada Nazrin,Medina tinggalkan dia akibat kerjayanya sebagai model,tapi bukan pada orang lain,Rayyan tahu yang diam2 Medina ada lelaki lain di belakang Nazrin.

Kenapa tak bagitahu?Hello,dah penat dia memberitahu Nazrin.Tapi apa yang dia dapat?Maki?Kena buku lima?Semua tu Rayyan biasa dapat dari Nazrin.Nazrin tak percaya aku cakap kau!Entah si Medina tu dah bomohkan Nazrin kut!

Tapi padanlah muka,tak percaya cakap orang.Last2,Medina tu tinggalkan Nazrin juga.Pening Rayyan dengan manusia bernama Nazrin Shah ni.Nampak macho,tapi bengapnya Ya Allah..tak tahu nak cakap.

"Hah,apa pulak si Medina tu buat?"Soal Rayyan.Kening tebalnya bertaut.

Dah kenapa pula tiba2 nak cakap pasal si Medina tu.Dah jatuh cinta balik ke?Tapi tak mungkinlah..Feera tu macam mana pulak?Bukan dia tak tahu yang Nazrin dah bercinta sakan dengan isteri sendiri.

Nak termuntah pulak Rayyan dibuatnya.Dulu benci amat,sekarang lain pulak.Tulah orang cakap,jangan benci2,takut nanti tersayang pulak!

Hah,samalah macam situasi Nazrin ni.Siap bersumpah bagai nak seksa Feera.Kan dah terkena batang hidung sendiri!Sekarang,Nazrin yang kena sumpah,sumpah cinta Feera..aisyy,cuweettt gitu..

"Dia nak rosakkan rumah tangga aku beb!"Marah Nazrin.Pasu bunga hiasan yang ada dia atas meja itu dipandang geram,nak aje dia baling pasu itu.

Tapi dikenangkan yang pasu tu milik restaurant mahal ni,baik dia duduk diam,Viral pulak nanti.Sudahlah owner rastaurant ni cengeng.Customer complain sikit pun nak melatah.Viral sana sini!Buat laporan polis la!Saman la!Masuk mahkamah la!Diva betul.

"What?!"Terkejut Rayyan sampai dia terdiri.Beberapa orang awam yang duduk berhampiran mereka sudah berbisik sesama sendiri.Haih,nape aku ajak Rayyan jumpa kat sini?

Mulut Rayyan dicekup Nazrin."Woii,kau dah kenapa sial?!Orang dengar nanti!Cover la sikit!"Bebel Nazrin.Bengap betul Rayyan nie!

Mulut Rayyan dilepaskan perlahan2.Kang,kalau menjerit lagi.Aku tutup mulut dia guna meja ni.

"Serius ahh?Dia buat apa?"

Nazrim mengeluh."Dia tuduh aku ni bapak kepada anak yang dia tengah kandungkan.."

"Ya ampun!Kau ni biar betik!Habistu,macam mana dengan Feera?!Kau bagitahu aku cepat,memang kau ni Sugar Daddy eh?!"Tuduh Rayyan.Yalah,mana tahu Nazrin pernah tidur dengan mana2 perempuan?Siapa tahu?Readers tahu?Tak kan?

"Wehh,kau!Agak2 ah kau?Kau ingat aku ni jahil macam kau ke hah?Clubbing sana sini sampai tak ingat kiamat makin dekat?Awek pun dah berapa kali kau bawa ke hulu ke hilir?Pegang sana sini?"Sinis Nazrin.Apa?Korang ingat Rayyan ni alim sangat ke?

Rayyan ni dulu bersekolah di London,disana pun Rayyan hidup ikut orang sana.Bila balik ke Malaysia,cara hidup barat tu pun terikut sekali.Heh,see?Luaran tak semestinya sama dengan dalaman.Bak kata orang putih,don't judge the book by its cover.Gitu.

"Errrr,ayat tu boleh tak 'low'kan sikit ke'deep'an tu?"Rayyan sentap.Nazrin ni memang lah,saja bagi orang rasa bersalah.Baru sekarang dia tahu perasaan Feera.Tentu lebih teruk lagi yang dirasainya,lebih dari Rayyan sekarang.

"Hah,tau pun kau.Ok,now..aku nak minta tolong kau sikit boleh tak?"Rayyan dipandang.

"Kau ni,boleh ke tak?"Marah Nazrin apabila soalannya dibiar sepi oleh Rayyan yang termenung.Mungkin memikir ayat sinis Nazrin tadi..

"Haah,boleh..Kau nak minta tolong apa?"

Nazrin berbisik di telinga Nazrin.

"Ha,macam tulah.So,kau boleh tolong aku tak ni?"Tanya Nazrin.

Rayyan mengangguk.Alah,apadahal?Simple je kerja tu.

"Boleh..petik jari je pun.."Riak Rayyan.

Nazrin mencebik.Meluat pun ada tengok Rayyan ni.

'Sayang..abang akan buktikan yang abang tak bersalah dan kita akan hidup bahagia macam dulu..I Love You'Desis hati Nazrin.Dia berharap akan rancangannya berjaya.Ammiiin!

Authors note:Asalam readers.Sorry kalau Author lambat update.Author tengah mengusahakan sebuah lagi novel sampai terlupa nak update chapter baru Cinta atau Dendam?.Sorry ek?Tapi,lepas ni.Author akan fokus pada novel ni.Ending pun makin lama makin dekat.Wait and see ye readers yang tersayang?Btw,abaikan typo.Kerjasama readers sangat Author hargai.Tq,sebab readers setia membaca novel Author yang tak seberapa ni.So,see you guys in next chapter.Babye!!

Love you readers!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience