Bab 50

Drama Series 22675

"Abang memang suka berenang ke?"Tanya Feera terhadap si suami yang sedang sibuk berenang berulang alik dari hujung kolam ke hujung kolam yang satu lagi.Kolam itu tidaklah besar mana pun sebenarnya jika nak dibandingkan kolam yang besar di rumah Nazrin.Itu sudah cukup untuk mengatakan yang Nazrin memang suka berenang.

"Haah,abang suka sangat.Abang pun tak tahu kenapa"Nazrin berenang menghampiri Feera yang sedang duduk melunjur kaki ke dalam kolam.

Abang...itulah panggilan baru untuk membahasakan Nazrin.Itu permintaan Nazrin sendiri.Katanya,sudah lama dia mahu mendengar Feera memanggilnya begitu.

Feera mengangguk.Matanya tiba2 menangkap susuk tubuh Nazrin yang tegap.Yalah,air didalam kolam itu jernih,memang la boleh nampak benda didalamnya.Feera cuba untuk mengendahkan apa yang dilihatnya.

"So,Feera nak tanya something boleh tak?"

Nazrin berkerut dahi."Nak tanya apa?"

"Macam mana abang tahu Feera ni bekas kekasih Nazrul?"

Nazrin mengeluh.Dia naik kedarat dan duduk disebelah Feera.Kakinya juga turut dimasukkan kedalam air.

"Sebab Nazrul selalu cerita pasal Feera dekat abang.Setiap kali dia bercerita,pasti dia akan tersenyum"Nazrin mengukir senyum.Feera tahu,itu bukanlah senyuman sebenar Nazrin.Itu ialah senyuman yang menyembunyikan seribu satu rasa.

Dia mengangguk."Abang,sehingga sekarang.Abang masih anggap Feera ni..penyebab Nazrul kemalangan ke?"Perlahan Feera bersuara.Dia memandang tepat mata suaminya.

"Tak,sebab Abang tahu,itu semua bukan salah Feera.Itu takdir.Kalau sudah sampai ajal Nazrul,maka kita tak boleh buat apa selain redho dan teruskan hidup.Tapi abang yang terlalu bersedih dengan cara Nazrul meninggal.Hingga abang sanggup berkahwin dengan Feera semata2 nak membalas dendam.Abang tak sesabar Feera..."Luah Nazrin,kesal dengan tindakannya.

Feera menepis air mata yang tiba2 mengalir di pipi.Tangan Nazrin disentuh lembut.Dia tak mahu Nazrin berbicara tentangnya lagi.Yang lepas biarlah berlalu.Sekarang,dia perlu fokus dengan masa hadapan.Masa hadapannya bersama Nazrin dan bakal zuriatnya.Insyallah.

"Dah la,kita tak payah cakap pasal hal ni lagi okay?Yang penting,abang dah sedar."Feera cuba menenangkan Nazrin.Melalui raut wajah lelaki itu,Feera tahu,Nazrin sedang berasa bersalah.

"Abang..pandang la sini.."Feera menolak pipi Nazrin untuk memandang wajahnya."Feera nak abang tahu yang Feera dah maafkan abang dan abang lah satu2nya orang teristimewa dalam hati Feera.Bukan Nazrul atau sesiapa pun...I love you"Ujar Feera.Nazrin tersenyum dan itu bermakna dia sudah berjaya memujuk imamnya.

"Say it again please?"

"I love you,I love you,I love you.I love you"Ulangnya sebanyak empat kali,tetapi yang sebenarnya,cintanya terhadap lelaki itu tidak terbilang rasanya.Biarlah Allah sahaja yang tahu.

"I love you too!"Kata Nazrin sebelum melompat masuk kedalam kolam.Feera terjerit kecil apabila air terpercik mengena bajunya.Tiba2 Feera ditarik kedalam kolam.Nazrin ketawa galak."Heyy,tak aci la!!Habis basah!!"Feera mencubit lengan Nazrin,perlahan."Nakal la abang ni!"

"Yang nakal ni juga lah Feera sayang,kan dear?"Nazrin menarik pinggang isterinya supaya dia dapat memeluk Feera.Eh,dalam air pun jadi!

"Yes,sayang sangat!!"Feera membalas pelukan erat Nazrin.Dia tersenyum.Pergilah derita dan datanglah kebahagiaan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience