Bab 60

Drama Series 22675

"Dah call perempuan tu?"Kata seorang wanita yang duduk dihadapan Kamal.Wanita itu kemudiannya meneguk secawan kecil arak.

Suasana hingar bingar di Blue Heaven ini tidak sedikit pun menganggunya,malah,dia lebih selesa begini walaupun kepalanya bagai mahu pecah ditusuk bunyi2 muzik DJ yang berdentum.Lantai tarian di kelab malam itu juga agak sesak malam ni,jadi dia mengambil keputusan untuk minum sahaja malam itu.

Kamal mengangguk.Matanya meliar kesekeliling.Mana tahu kalau ada Sugar Baby yang boleh dibawa untui menemaninya didalam bilik hotel.

Korang percaya?Kamal yang dulunya pemurah,baik hati dan sopan,kini menjadi liar?Clubbing,zina,arak.Semua tu sudah sebati dalam diri Kamal.Ini semua hnya disebabkan seorang perempuan,Intan Syafeera.

Hingga sekrang,dia masih mencintai gadis itu separuh mati.Perasaan cinta yang mula menggila membuatkan dia menjadi obses,psiko

Lepas saja dimana Ibu kepada gadis itu,Mak Biah datang ke rumahnya.Dia terus melarikan diri ke bandar ini.Dan tempat pertama yang dia jumpa ialab Blue Heaven.Disini,dia berjumpa Medina,Medina Ameera.Gadis yang duduk dihadapannya ini tanpa disangka juga berdendam pada orang yang sama.

Mereka telah merancang pelbagai agenda untuk memerangkap Nazrin dan Feera dan salah satunya ialan taktik menghantar surat pengesahan DNA palsu kepada Feera.

Mereka fikir,rancangan itu takkan berjaya kerana Feera mencintai Nazrin,tapi tak semena2 rancangan berjaya.Umpan sudah mengena dan agenda kedua pula ialah,menelefon gadis itu seperti tadi dan mengugut.Dia tahu mereka sudah berjaya kerana ada sedikit nada gentar pada suara gadis idamannya itu.

"Lepas ni,apa pula rancangan kau?"Medina bertanya,Dia sudah tidak sabar lagi mahu memiliki Nazrin.

Ya,dulu dia bodoh kerana meninggalkan Nazrin dan mengikuti lelaki yang bergelar dato.Tapi,segala kekayaan dan populariti Dato itu tetiba ghaib begitu sahaja.Dato Amirul disahkan muflis apabila pihak polis dapat menghidu kegiatan haram Dato Amirul iaitu merasuah pihak atasan serta menjual dadah jenis heroin dan syabu.Nasib dia tidak dihumban kedalam penjara juga.

Sedar yang peluang untuk dia bangkit hanya ada pada Nazrin,dia mereka cerita bahawa kononnya dia mengandungkan anak Nazrin,tapi sebenarnya..anak Kamal sendiri.

Dia dan Kamal sudah pun bersetuju untuk bersetubuh untuk membuntingkannya.Dia tidak kisah untuk melakukan apa saja asalkan Nazrin menjadi miliknya,maruah diri pun dia sanggup gadaikan.

Dia dengar,syarikat keluarga Nazrin sudah menjadi syarikat nombor satu di Asia dengan menjana jutaan ringgit dalam masa sebulan.Lagilah matanya bersinar membayangkan hidupnya bersama Nazrin dan dilimpahi kekayaan yang tujuh keturunan pun takkan habis!

"Plan lepas ni?Adalah,kau jngn risau.Aku akan pastikan semuanya menjadi.Feera jadi milik aku,Nazrin tu pulak kau punya"Ujar Kamal.Senyuman sinis muncul dibibir.Dia sudah nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience