Bab 67

Drama Series 22675

Bunyi lautan membuatkan mata Feera menjadi segar bugar.Pantas dia meraba2 disebelahnya.Kosong!

Kedengaran pula bunyi paip air dibuka dari dalam bilik air.Dengan susah payah,Feera bergerak kedepan pintu bilik air dan memulas tombolnya.Benda pertama yang menyapa matanya ialah Nazrin yang sedang membongkok.

"Eh,Abang.Kenapa muntah2 ni?"Ujar Feera cemas.Dia menyapu2 belakang badan suaminya.
Nazrin tidak menjawab lalu tersandar di dinding.

Dia menarik nafas."Ahh,memang morning sickness sayang teruk macam ni eh?"Soalan cepumas yang ditanya Nazrin membuatkan Feera ketawa.Nazrin menjelingnya."Sayang..janganlah gelak.Orang tak sihat lagi ni"Rajuk Nazrin tapi bagai menambah kayu ke dalam api.Feera makin galak ketawa hingga air mata pun mahu meleleh.

"Okay ni lawak.Feera yang mengandung,abang yang kena alahan?Padanlah muka tu.."

Nazrin menarik wajah masam."Nakal dia ni.."
Ujar Nazrin.Dengan sisa tawa yang tersisa,Feera menghampiri suaminya."Baiklah tuanku,apa yang patik boleh lakukan untuk menyembuhkan sakit tuanku?"Seloroh Feera.Kedua lengannya disangkut pada leher Nazrin.

Nazrin berfikir sebentar sebelum menunjukkan bibirnya."Nak kiss satu.."
Feera membuat wajah tidak rela plus geli."Eii,dah la tak mandi lagi.Suruh kita cium pulak.Kalau macam ni,rawat sendirilah ye sakit tu"Feera melepaskan pautannya dan keluar dari bilik air itu.Nazrin tercengang.

"Alaa..."Nazrin mempoutkan bibirnya."Abang jangan nak muncung2 eh.Geli Feera tengok!"Laung Feera dari luar.Nazrin yang mendengar membuat muka tidak puas hatinya.Lalu dia menghampiri Feera yang duduk di sofa.

"Sayang...thank you"Ujar Nazrin.Dahi Feera berkerut."For what?"Tanya Feera.

"Sebab sanggup bersusah payah demi anak kita.."
Feera tersenyum sebelum mengelus lembut pipi Nazrin."Anak ni kan anugerah Allah,mestilah Feera jaga elok2."

Mereka berjeda seketika sebelum Nazrin bersuara."Sayang nak boy or girl?"

"Girl!Of course Feera nak girl.Abang pun mesti nak boy kan?"Tebak Feera Nazrin ketawa.Dia memeluk bahu isterinya."Pandai dia teka kan?"

Feera tertawa kecil sebelum tangannya mencapai tangan kiri Nazrin.

"Abang...Feera nak cakap something boleh tak?"
Feera mendongak memandang wajah Nazrin.
"Apa dia sayang?cakap je.."

"Jangan tinggal Feera ngan baby ni.I love you very much.Feera tak sanggup nak hidup kalau Abang pergi dari hidup Feera."

Nazrin tersentak,dia mengucup ubun2 isterinya."Kenapa cakap macam tu?Abang tak akan sesekali tinggalkan Sayang dengan baby.Abang pun cintakan sayang sangat2."

"Abang halalkan makan minum Feera sepanjang Feera hidup dengan abang..kalau ditakdirkan Feera pergi dulu,abang jaga anak kita baik2.Abang jaga baby ni,macam abang jaga Feera juga."Luah Feera sebak.Tanpa sedar,air matanya turun.Entah mengapa,dia rasa tidak sedap hati.Bagai ada sesuatu sedang menantinya.

"Hei,abang tak sukalah sayang cakap macam ni.Feera dah tak sayang abang dengan baby ke apa ni?Jangan bagi abang takut boleh tak?"Suara Nazrin kedengaran keras.Tidak suka isterinya berkata bukan2.Soal kematian pula tu!Siapa yang suka?!

"Tak...bukan niat Feera nak cakap macam tu...Feera tak sedap hati lah bang,"Feera mengetatkan pelukan.Hatinya sungguh bimbang,bimbang jika ini adalah pelukan terakhir untuknya.Bimbang inilah kali terakhirnya duduk bersama Nazrin..

"Shuhh,dah jangan cakap macam tu.Abang haramkan Feera bangkitkan hal kematian apa semua ni.Sekarang,kita fikir positif je.Kesian dekat baby ni tengok umi dia sedih2"Nazrin menyeka air mata Feera.Feera hanya tersenyum kelat.Feera membuang jauh fikiran negatifnya.'Perasaan kau je tu Feera..'Desis hatinya yang cuba memujuk.

"Ermm,apa kata kita pergi beli aiskrim kejap lagi?Takpe,abang belanja.Sayang pilih je sayang nak makan apa."

Wajah Feera yang tadinya mendung kembali ceria apabila perkataan makanan meniti di bibir Nazrin."Betul?Anything?"Balasnya teruja.Di fikirannya sudah mula terbayang nasi kandar.Tapi ada ke nasi kandar dekat pulau ni?

"Abang,masalahnya,Feera nak makan nasi kandar.."Rengeknya.Tahu yang dia tak akan dapat apa yang diidamkan selagi dia masih di Pulau Koh Chang ini.Wajahnya jelas menunjukkan Feera tidak puas hati.

"Kalau itu,kita tunggu balik KL dulu okay?Sekarang sayang makan benda lain dulu.."Pujuk Nazrin.Feera tersenyum sebelum mengangguk.Tak dapat nasi kandar,coklat dengan aiskrim pun jadilah..

"That's my girl"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience