Bab 34

Drama Series 22675

Sampai sahaja di butik yang Mummy Nazrin menempah baju pengantin,Feera tergamam melihat betapa mewahnya bangunan tersebut.Ini baru luaran,kalau di dalam,bagaimana pula?

"Woww,cantiknya butik nie!!"

"Well,Mummy nk jugak tempah baju dekat sini untuk kau,tapi kalau aku,tak ada nya aku nk tempah kat sini.Aku tempah dekat butik kat kampung kau tu aje."Sindir Nazrin.Feera mendengus.Kurang asam punya mamat,kau ingat kau hebat sangatlah sbb kau anak orang kaya?Sedap aje mulut dia mengutuk status orang!!

"Jangan hina saya boleh tak?"Feera menjeling Nazrin yang sedang bersandar di pintu kereta.

"Itu yang selayaknya untuk perempuan murahan macam kau."

"Jangan cabar saya Nazrin!!"Suara Feera sudah meninggi.Tak dihiraukan orang yang lalu lalang di situ.Kalau boleh,disini juga dia mahu melenyek muka Nazrin.Biar puas hatinya!!

"Yes,aku cabar kau.Dah,ada apa2 lagi nk cakap?Baik kau pergi masuk dalam sebelum aku tinggalkan kau dekat sini!"

"Heh,awak pergi la.Ingat saya hadap sangat nk duduk dengan awak?Jangan harap!!"

"Ok fine,kau balik sendiri nanti!!"Nazrin tanpa memandang Feera terus masuk ke dalam kereta dan memandu pergi meninggalkan Feera termangu2.

Seriusly?!Dia tinggalkan aku?!!Dia ni memang tak ada hati perut langsung lah!!!Feera seperti mahu meroyan disitu.Sekarang dia tahu betapa kejamnya lelaki itu.Dah lah dia tak berapa hafal jalan pulang ke rumah banglo milik keluarga Nazrin.Ditambah pula awan mendung menghiasi dada langit dan sekejap lagi sudah mahu asar.

Sekarang dia hnya ada satu pilihan,dia harus mencari jalan balik sendiri dengan berjalan kaki.Ya,jalan kaki!!Dengan bacaan Bismillah,dia memulakan perjalanan yang dia sendiri tak tahu mengambil masa berapa lama.

p/s:abaikan typo ye readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience