Bab 49

Drama Series 22675

Feera melabuhkan punggung diatas katil bersaiz king.Perjalanan selama hampir tiga jam untuk ke pulau Koh Chang,Thailand membuatkannya penat.Perutnya juga terasa berpusing kerana bot yang dinaikinya tadi.

Tapi,memang berbaloi segala kesusahan yang dialami kerana pulau Koh Chang ini sangat cantik.Dengan air lautnya yang berwarna biru dan angin yang mendamaikan,cukup untuk membuatkan penat Feera lenyap begitu saja.

Mereka memilih untuk menginap di Mercure Koh Chang Hideway yang berhadapan dengan pantai.
Kerana pemandangannya yang indah dan mempunyai banyak tarikan seperti pasir pantai yang berwarna putih dan air laut yang biru.Walaupun pengunjung ramai,pulau ini kelihatan sunyi kerana tapak pulau itu sangat luas dan mempunyai banyak rumah penginapan.

Feera membuka sliding door dan melangkah keluar.Wajahnya ditampar angin bayu lembut yang datangnya dari laut itu sendiri.Kerana waktu sudah malam,permukaan air memantulkan cahaya bulan yang sedang purnama

Dia menarik nafas sedalam2nya.Cuba menenangkan fikiran yang berserabut dengan pelbagai masalah.Masalahnya dengan Nazrin juga merupakan sebab utama fikirannya kusut.Tanpa dia sedar,Nazrin sedang bersandar di sliding door sambil memerhatikannya yang sedang leka.

Nazrin berdehem untuk menyedarkan Feera yang sudah jauh mengelamun.Mungkin sudah sampai di pertengahan laut."Kau suka tempat nie?"Feera yang terkejut,memusingkan badannya lalu memandang Nazrin yang kelihatan kacak malam itu walaupun hanya t-shirt putih yang menutupi badannya.Terdedah bentuk tubuh lelaki itu yang tegap kerana T-shirt yang dipakai agak jarang.Sexy!

"Suka!!Angin dia mendamaikan sangat"Ujar Feera.Dia memandang keatas.Kelihatan awan hitam sedang berarak di dada langit.

"So,kau tak menyesal datang sini dengan aku?"

"Ermm,siapa kata saya menyesal?Saya okey jelah"Siapa kata dia menyesal?!Lagi dia suka adalah.Dapat berdua2an dengan suami yang tercinta...Eh gedik!"Betul nie?"Soal Nazrin lagi.Feera mengeluh sedikit,banyak pula soalan lelaki itu malam ni.Jenuh nak menjawabnya.

"Yes,betul"

Nazrin hanya tersenyum sebelum diam.Feera kembali memandang laut yang luas terbentang didepan matanya.Masih ada beberapa orang yang berkeliaran di taman2 pulau ini.Mungkin mahu mengambil angin malam.Tak kurang juga beberapa pasangan kekasih berjalan sambil berpegangan tangan.

Feera juga teringin mahu berjalan begitu bersama Nazrin.Tetapi dia tidak boleh terlalu berharap,takut nanti dia sendiri yang kecewa.Arghh!Stress!!

Selepas beberapa minit,pingang Feera terasa berat."Awak buat..a..apa ni?"Feera gelabah.Sudahlah mereka jauh dari keluarga.Nak minta tolong siapa kalau Nazrin bertindak luar kawalan.Siapa?Kucing?Ikan? Atau cacing??

"No one here.."bisik Nazrin.Telinga Feera dikucup lembut sementara gadis itu mengelak kerana geli telinganya dicium.

"Errr,memang la takde siapa dekat sini.So lepaskan lah saya Nazrin.."

Feera menggigil.Nazrin sangat lain malam itu,seperti ada sesuatu yang diinginkan.Sesuatu?!Takkanlah...Ughh!!Tolong Feera Ibu,Mummy,Daddy!!Anak Mummy dah gila!!

"Well,ada sebab kenapa pasangan suami isteri yang baru berkahwin kebiasaannya akan pergi honeymoon,kau tahu apa sebabnya?"Feera mengeleng perlahan.Mana lah dia tahu,dia bukannya ambil kisah pun bab2 seperti ini.Takkan dia yang bujang trang2 ni dengan muka tak malu pergi tanya pasangan yang dah berkahwin kenapa diorang pergi honeymoon kan?Tak dapat penampar,penyepak dia dapat.

"Salah satu sebabnya ialah untuk mengenali hati budi masing and the other one is for...child"Suara Nazrin meleret.Bulu roma Feera pula sudah berdiri tegak seperti sedang berkawad.Oh Goshh,Anak?!

Ok sekarang,siapa2 please datang tolong aku!!Now!!

"Err,so what?Apa kena mengenanya dengan kita?"Feera berpura2 tidak faham,sebenarnya dia sudah terlebih faham.Dia terasa ingin melarikan diri sekarang.Tapi ke mana?Datang kenegara itu pun dia tak pernah,lagikan bercuti di kepulauan yang jauh dari kota itu. Satu habuk pun dia tak tahu jalan.

Nazrin memusingkan tubuh Feera supaya memandangnya."Can you get it?Mummy dah minta cucu"

Feera terkaku.Anak?Aku dan Nazrin?Bagitahu aku please,yang sebenarnya ini semua hanyalah mimpi ngeri semata2.Kalau mimpi,sedarkanlah dirinya..

"Maksud?"

"Maksudnya macam ni"Habis berkata,Nazrin tiba2 mengangkat Feera yang tidak bersedia."Turunkan sayalah Nazrin!Apa awak nak ni?!"Jerit Feera.Dia meronta2 agar dilepaskan.

Feera diletakkan diatas katil.Dia ingin bangkit tetapi terhalang kerana lengan Nazrin sudah mengepungnya."Where are you going?

"Please,lepaskan saya.Saya tak nak tidur lagi"Kata Feera.Dia menelan air liur yang seperti tersekat dikerongkong.
"Siapa cakap kita nak tidur?Siapa?"Usik Nazrin.

"Arghh,tak kisah la siapa cakap pun,now,lepaskan saya!"

Suara Feera tidak diendahkan.Malah wajahnya semakin hampir dengan wajah Feera yang merah padam."I love you"Kata Nazrin sebelum bibirnya terbenam dibibir Feera.Feera yang terkedu,memandang Nazrin dengan perasaan tidak percaya.Nazrin cakap dia cintakan aku?Maksudnya dia tidak bertepuk sebelah tangan...kan?

Lelaki itu melepaskan bibir Feera.Dia bangkit dan duduk disisi katil.

"Aku tahu aku tak patut ada perasaan macam tu dekat kau,tapi aku hanyalah manusia kan?Aku tak boleh nak menidakkan perasaan aku sendiri"Kata Nazrin.Feera memandang Nazrin yang menunduk.

Feera gembira!Sangat gembira hingga matanya berair.Dia takkan sesekali lagi meminta cerai dengan Nazrin.Takkan.

"Awak tak patut salahkan diri awak Nazrin"

"Tak,memang patut pun,Setelah apa yang aku buat dan cakap dekat kau,dan hari ni aku mengaku depan isteri aku sendiri yang aku cintakan dia,memang semua ni mengarut!"Luah Nazrin lagi.Feera lihat lelaki itu mengusutkan rambutnya.

"I love you too"Feera memeluk belakang tubuh Nazrin dengan tiba2.Setelah mengumpul keberanian dan mengutip segan yang berterabur di lantai,dia berjaya mengucapkan ayat "I love you" kepada Nazrin.Dia sendiri tidak percaya ini ialah dirinya yang sebenar.Bravo Feera!

Sekarang giliran Nazrin pula memandangnya dengan perasaan tidak percaya."Are you serious?"

Feera mengangguk laju.Dia tersenyum manis.

"Since when?"Soal Nazrin bersama kerutan di dahi."Entah,orang cakap,cinta tak memerlukan sebab.Ia bergantung kepada orang itu sendiri.Dan diri saya cakap yang saya cintakan awak"Feera tersenyum apabila Nazrin memeluknya lagi.Pelukan itu dibalas dengan pelukan erat dari Feera.Sungguh dia tidak sangka bahawa sesi meluah perasaan mereka akn berlaku di Pulau ini.Pulau Koh Chang.Bersaksikan bulan purnama pula tu!Sweet!!

"Thanks sayang!!"Kata Nazrin.Feera termalu sendiri.Ini merupakan kali kedua dia mendengar perkataan sayang.Hatinya cair lagi!Ahh,kalau dengan Nazrin,jantungnya mesti buat hal.Macam sekarang,jantungnya sudah mengepam dengan laju serupa baru lepas dikejar raksaksa!

Seketika kemudian,Nazrin menolak dagu Feera ke atas.Nazrin merapatkan wajah mereka.Kedua belah pipi merah Feera dicium.Sebelum bibirnya terarah kepada bibir si isteri.Malam itu,mereka melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.Bukan dipaksa!Tetapi diri sendiri yang merelakan kerana hati masing2 sudah mengatakan cinta.Semoga mereka kekal bahagia selama2 lamanya.Dan juga semoga percutian di Koh Chang ini menjanjikan hubungan yang lebih rapat dan mesra.

Miss Ieraa:Hey readerss!!Eh jap2,korang jangan salah sangka yang novel nie dah nak habis pulak!!Masih ada lagi jalan ceritanya.Bagi Author,ni baru permulaan bagi kisah cinta Nazrin dan Feera.For next chapter,author akan update lambat sikit,kalau ada masa,author update awal2.Maaflah kalau korang rasa novel ni mengarut atau babnya terlalu pendek.Ok,bye2!

#stayhome
#staysafe
#cov19

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience