Bab 54

Drama Series 22675

Mereka meluangkan masa menonton saluran netflix malam itu.Feera mengambil popcorn dari dapur lalu duduk.Lengan berotot suaminya dipeluk.Sekali sekala dia menampar tangan Nazrin yang sibuk mencuri popcornnya.Gaduh2 manja giteww.

"Abang,nak tanya boleh?"Tanya Feera.

Nazrin hanya ketawa kecil."Kalau tak boleh macam mana?"Usik Nazrin,sebenarnya saja dia bertanya begitu.Entah2,suara Feera sudah dihujung lidah agaknya,tunggu untuk keluar je kut.

"Nak tanya jugak.."Dah cakap dah kan?Feera ni dia cakap 'ya' ke 'no' ke,tetap juga akan tanya.

"Ok,nak tanya apa?"Movie dihadapannya ditinggalkan,perhatiannya seratus peratus kepada isterinya.

"Siapa perempuan tadi?"Soalan itu terpacul dari bibir mungil Feera.Nazrin tersenyum senget.

"Kenapa tadi tak nak tanya?"Kata Nazrin,pelik juga dia apabila isterinya seakan tidak mengambil kesah akan perihal Medina.Selalunya,dia lah paling laju bertanya.Siapa call?Siapa yang datang rumah?Macam2.

"Tadi kan dah kena peluk,tak jadi la nak tanya,takut nanti Abang taknak peluk dah"Balas Feera comel.Hidung mancung Nazrin dicuit.

"Ek eleh,ni ambik kesempatan la ni?"Melihatkan Feera mengangguk,pipi isterinya dicubit.

"Cepatlah jawab.."Feera memuncungkan bibir.Tiba2 Nazrin menciumnya.Mata Feera membulat.

"Apa abang ni?Tak nak la.."Marah Feera.Padahal hatinya juga gembira.Ehen,kau Feera!!

"Dah buat mulut itik tu,ingat nak minta cium."Senyuman gatal Nazrin sudah muncul

"Abang jangan macam2 eh?Kaki Feera sampai lagi kalau nak tendang abang.Cepatlah jawab,Feera kira sampai lima,tak jawab abang tidur atas lantai malam ni"Ugutnya.

Nazrin mengalah,sebenarnya dia ingin mengelak untuk menjawab soalan itu.Tapi dia lagi takut kalau malam ni tak boleh tidur dengan isteri.Ewah,gatal lagi kau!

"Dia tu bekas kekasih hati abang,Medina."Nazrin menjawab sementara Feera menggangguk2kan kepalanya.

"So,apa motif dia buat macam itu?"

"Entah,abang pun tak tahu sebab abang lost contact dengan dia sejak tiga tahun lepas"Nazrin menerangkan perkara yang sebenar.

"Tapi betul ke dia mengandung?"Tanya Feera.Kepalanya masih ada seribu tanda soal yang masih tiada jawapan.

"Idk,abang tak tengok pun perut dia.Entah besar entah kecil.Baik abang tengok perut Feera je"

Feera menolak tangan Nazrin yang menyelak bajunya sebelum ditutup kembali.Nazrin hampa.

"Tapi kan abang,macam mana kalau dia nak perangkap abang?"Risau Feera dibuatnya.Selalunya,kalau dalam drama tiba2 muncul watak seperti Medina,pasti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Isk,risaunya hati!

"Mungkin..tapi sayang jangan risaulah.Nanti abang settlekan dengan dia.Abang suruh dia jangan kacau kita lagi."

Bibir itik Feera muncul lagi."Berdua je ke dengan dia?"

"Tak delah.Abang bawa geng abanglah"

Kalau begitu tidak mengapalah kalau Nazrin mahu membawa orang bawahannya pergi bersama.Tak risau sangat hatinya.Kalau pergi berdua,memang Feera tak akan bagi.Biarlah orang cakap yang dia ni suka control Nazrin ke apa ke.Yang penting,cinta hatinya selamat.

"Okey..pergi dengan geng takpe,kalau berdua.Siap abang.Terbang periuk belanga dekat dapur tu hinggap dekat kepala abang.Dengan si Medina tu kena sekali"

Nazrin tergelak besar.Geli hati mendengar apa yang ditutur Feera.

*
Warning!!

Author:Sah memang ada perkara buruk bakal berlaku.Nantikan dalam next chapter ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience