Bab 46

Drama Series 22675

Hari yang ditunggu2 sudah pun tiba,Feera yang sedang bersiap dikejutkan dengan kedatangan Kak su bersama seorang bayi lelaki ditangannya.Kalau korang nak tahu,Kak Su sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki minggu lepas.Comel aje wajahnya.

"Kak Su!!"Feera terus menerpa kearah Kak Su dan berpelukan.

"Alolo2,siapa la yang comel sangat nie?"Feera meminta untuk mendukung Baby Ian.Ian Darwish.Kak Su membenarkan.Dia sebenarnya masih dalam pantang,tapi dia datang juga kemajlis itu.Yalah,itukan majlis Feera,mesti dia nk lihat sendiri gadia yang dianggap adik itu naik pelamin.

Baby Ian tersenyum seperti memahami hati Feera.Feera mengacah2 baby Ian.

"Feera dengan Nazrin ok ke?"Tanya Kak Su tiba2.Feera hanya berdiam diri sambil bermain dengan baby Ian.

"Feera,Feera ada sembunyikan apa2 ke?"

Feera tersentak."Tak ada lah Kak Su,Nazrin okay aje dengan Feera."Didalam hati Feera mengejek diri sendiri.Ok la sangat Nazrin tu dengan kau..

Kak Su hnya mengagguk sebelum tersenyum."Cantik adik akak harini.."Usik Kak Su.Feera hanya tersenyum paksa.Kalau pakai cantik2 pun tak guna sebab dia pasti hubungan ni takkan lama.Arghh!

"Ok lah,jom lah kita turun.Rasanya majlis dah nk mula tu"Kak Su mendukung kembali Baby Ian.Feera merapikan diri sekali lagi sebelum turun ke dewan dihotel itu,tempat majlis resepsi diadakan.

Sewaktu berjalan,Feera bertembung dengan Nazrin dan Daddy yang pada masa yang sama juga ingin turun.Feera lihat lelaki itu kacak sekali dengan tuxedo putih.Padan dengan Feera yang berbaju gaun kembang juga berwarna putih.Ini disebabkan majlis mereka bertemakan salji.

Kalau diikutkan hatinya,dia tak nk majlis2 macam nie diadakan.Menghabiskan duit aje,Tapi tulah,ini permintaan Mummy,jadi dia pun setuju jelah.Tak nak lah mengguris hati ibu mertuanya itu.

Daddy meminta kami berjalan beriringan ke dewan.Di pintu dewan,kelihatan ibu dan mummy sedang melambai2kan tangan mereka.

"Cantiknya anak ibu nie"Kata Mak Biah membuatkan Feera malu

"Anak Mummy juga"Sambung Mummynya yang tersenyum bangga.

Akhir sekali,Rayyan selaku pengacara majlis mengumumkan kemasukan pengantin kedalam dewan.Feera gugup kerana di perlu berpegangan tangan dengan Nazrin,Lelaki itu pun hnya diam sahaja dari tadi hingga sekarang.Ditambah dengan para tetamu yang tak lepas memandang kearah mereka.Dia berharap yang majlis ini akan berakhir dengan segera.
. .
. Selesai majlis resepsi,Feera dan Nazrin diminta untuk menginap di hotel itu.Ahli keluarga yang lain juga akan turut sama menginap di hotel itu kecuali Kak Su kerana mereka akan pulang ke Perak iaitu kampung halaman Abang Ali.Kan sekarang musim cuti sekolah,jadi Kak Su pun mengambil peluang ini untuk pulang kesana.

Feera menanggalkan tudung yang melekat di kepala.Rimas!Dia mengambil kain tuala yang dibawa dari rumah dan masuk kedalam bilik air,mahu membersihkan diri dan kemudian mahu berehat sebentar.Yalah,seharian melayan tetamu yang datang ke majlis mereka.Lagi penat apabila dia perlu memaksa senyumannya muncul.

Keluar dari bilik air,Feera melabuhkan punggung diatas katil dan mengambil telefon pintar.Dia bermain2 dengan gajet itu hingga Nazrin masuk kedalam bilik itu tanpa mengetuk pintu.Lebih tepat lagi merempuh.

Feera tidak mengendahkan Nazrin dan sambung bermain dengan telefon bimbitnya.Feera terkejut apabila Nazrin mengambil kain tualanya.

"Heyy,itu saya punya kain tuala!"Jeritnya.Pelik,Nazrin nk guna barangannya?Dulu bukan main kata jijik la apa la,ni lain pula.

"So what?Mana ada kain tuala lain dah"Selepas berkata,Nazrin dengan selamba badak aje masuk kedalam bilik air.Feera menjerit dalam diam.

"So what?Mana ada kain tuala lain dah"Feera mengejek Nazrin.Lelaki itu memang menjengkelkan.

"I can hear you,dear!!"Laung Nazrin dari dalam bilik air.Feera mencebik.Selain daripada menjengkelkan,Nazrin seorang yang telinga lintah.Itulah kelebihannya selain daripada pandai menyakitkan hati orang.

Feera diam,kedengaran bunyi pancuran air dibuka.

Selepas beberapa minit,Nazrin keluar.

"Heyy,saya ada dekat sini lah!!"Pekik Feera.Nazrin hnya keluar dari bilik air dengam memakai kain tuala paras lutut.Sudahlah guna kain tuala aku,sekarang,dia nk mencemarkan mata sucinya dengan badan sado dia pulak ke?

"Jadi?"Nazrin semakin mendekat untuk mengusik Feera yang menutup mata dengan kedua belah. tangannya.

"Hormat la saya sikit!Pergi la jauh2,ni kenapa datang dekat2 nie?"Feera memalingkan wajahnya kearah lain.Malunya merebak keseluruh pelusuk badan.

Nazrin memaksa Feera untuk memandangnya.Dia merenung sepasang mata menggoda Feera.

"I want to talk.."Selepas itu,Nazrin bergerak kearah beg pakaiannya dan mengeluarkan T-shirt putih.

"Sebenarnya,saya pun ada something nk cakap"Feera nekad,dia perlu berbincang dengan Nazrin tentang hal yang satu itu yang sememangnya baik untuk mereka berdua..tetapi buruk untuk keluarga mereka.Sebab itulah dia perlu mencari jalan yang mudah untuk melepaskan diri.

"Kau cakap la dulu.."Nazrin memakai bajunya dan duduk di sofa.Feera menarik nafas sebelum memberitahu Nazrin tentang rancangannya.

"Awak...awak,lepaskan..saya..boleh?"Tergagap Feera kerana sebenarnya dia tak rela berpisah dengan lelaki itu.Hatinya sudah dimiliki Nazrin.Tapi itu yang terbaik dari dia terus terseksa jiwa dan raga.

Nazrin tersentak.Dia tidak menyangka Feera mahu bercakap perkara ini.

"Reason?"Nazrin masih berlagak tenang.

Feera mengeluh,Takkan Nazrin tidak faham maksudnya?Dan kenapa lelaki itu seperti tidak bersetuju dengannya?

"Sebab saya dah tak mampu nak tanggung dosa tipu ibu saya sendiri.Saya cakap saya bahagia dengan awak,tapi semua itu penipuan semata2 sebab nak kaburkan mata diorang.Lagipun,awak dah berjaya seksa saya Nazrin,awak dah seksa hati saya.Semua itu sudah cukup untuk awak kan?"Air mata laju menuruni pipinya.

"Habistu,macam mana dengan perasaan mummy?Dia gembira sangat bila jumpa kau.Kalau kita berpisah,kita nk cakap apa dengan diorang?"Kata Nazrin.

"Cukuplah kita cakap pasal hal ni.Aku takkan lepaskan kau sebab aku takut kita akn kecewakan mummy"Nazrin berdiri.Kemudian kakinya dihala kepintu.Feera ikut bangkit.

"Tapi kenapa?!Awak tak cintakan saya dan kita tak bahagia pun.Sampai bila awak nk hidup dengan orang yang benci?Awak kena lepaskan saya Nazrin.."Rayu Feera.Wajahnya telah merah kerana menahan tangisan.

"No,I won't let you go..aku tak puas lagi nak seksa kau"Balas Nazrin dan terus keluar dari bilik itu.Dia sememangnya tidak memaksudkan apa yang dikatanya tadi.Dia ada sebab kenapa dia berkata begitu.Dan Feera tak boleh tak tahu sebabnya.Nazrin ada ego.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience