Bab 63

Drama Series 22675

"Kau dah dapat maklumat yang aku nak kau cari tu?"Kata Nazrin kepada Rayyan.

Rayyan mengangguk."Yes,aku dah dapat.But,kau kena bayar balik RM 8000 aku.Jenuh aku rasuah kawan2 si Medina tu semata2 nak tahu lokasi Medina.Mata duitan!"Bebel Rayyan.

Memang dia hangin betul dengan Cindy,rakan kepada Medina.Bukan main mengada Rayyan tengok.Tergedik sana sini.Lepastu boleh dia cakap."RM 8000 kalau takde,you can get out from my house"

Siapa tak menyampah kalau dilayan sebegitu.Sakit di hati sudah dapat..RM 8000 dia mana?Tak ganti lagi pun..

"Yang tu pun nak berkira kau.Dengan si Rose tu,sanggup pulak kau berhabis beribu ringgit.Dengan kawan baik sendiri,kedekut tahi hidung masin betul!"

Rayyan tergelak."Sebab kau kawan aku lah aku kedekut!"

Nazrin tersenyum sebelum bersuara."Hah,mana benda yang aku nak tu?Cepatlah bagi..aku dah tak sabar nak belasah si Medina tu"

"Amboi kau,sabar la.Medina tu perempuan kut.Kau nak jadi lelaki dayus ke?"Soal Rayyan walau dia tahu rakannya itu takkan lakukan sebegitu rupa.

"Biarlah aku jadi lelaki dayus dekat dia,jangan aku dayus dengan isteri aku sendiri."

Marah benar Nazrin kali ini.Jujur dia cakap,dia sudah malas nak hadap Medina.

Malas..

Sangat..

Yang dia nak sekarang ialah isterinya.Hanya Feera menjadi keutamaan Nazrin.

"Hisy,nah.Alamat rumah dia..tapi kan Nazrin.Aku ada bad news untuk kau.Pasal sekutu Medina"

Nazrin berkerur dahi."Sekutu?Ada orang join dia ke?Siapa dan sebab dia bersekutu dengan Medina ada kaitan dengan Feera ke?"

Rayya mengeluh."Yang tu aku tak tahu.Tapi yang aku tahu,nama dia Mohamad Kamal.Aku ada upah penyiasat untuk ekori Medina.And then,diorang nampak Medina dengan seorang lelaki dekat Blue Heaven.."Jelas Rayyan.Sambil itu,tangannya sibuk mengacau2 Jus Oren yang terhidang di depan mata.

Nazrin diam seketika.Memikirkan segala kemungkinan.

"Like seriously Nazrin.Penyiasat yang aku upah tu ada nampak Kamal and Medina masuk dalam bilik Hotel yang sama...Kau tahu kan yang Medina tu dulu tak macam tu?"

Kali ini Nazrin tergamam.Dulu,Medina bukan gadis liar walaupun pakaiannya terdedah sana sini.Malah,pergi ke club malam pun tak pernah.Tapi apa nak kesah?Sekarang,banyak manusia bertopeng syaitan,muka bertalam2 pun ada.Semua orang boleh berubah.Inikan Medina yang model.Pengaruh rakan sekerja la tu..

Manusia sekarang...banyak ragamnya.Jenayah sana sini tanpa memikirkan undang2.

Nazrin mengelengkan kepala.Mungkin kesal dengan gadis itu.

"So,aku nak kau tolong aku lagi satu benda boleh?"Soal Nazrin.

"Apa dia?"

"Aku nak kau siasat lebih lagi pasal partner Medina tu.Cari apa sebenarnya motif dia buat macam tu,and siapa dia kepada aku atau Feera."

Rayyan mengangguk.Setakat perkara sebegitu,boleh saja.Tapi dia akui,pekerjaan siasat menyiasat ni bukanlah mudah.Kalau bukan Nazrin yang suruh,takdenya dia nak buat.Demi seorang rakan yang telah banyak menyumbang jasa kepada dirinya,semua dia sanggup buat untuk membalas jasa baik Nazrin.

"Ok,no problem.Aku harap hal ni selesai cepat.Tengok lah kau sekarang..baru dua hari Feera takde,kau dah jadi macam ni.Selekeh"

Nazrin tergelak.Dia memandang penampilan diri sendiri.Selekeh sangat ke?

"Berubah la Nazrin.Macam mana kau nak jaga rumah tangga kau kalau diri sendiri pun tak terjaga?"Nasihat Rayyan.

Nazrin mengangguk.Ada betul juga kata Rayyan.Dia tidak boleh selekeh.Dia kena yakin.Barulah dia boleh bawa Feera kembali ke pangkuannya dan menjalani hari2 bahagia,tanpa Medina atau Kamal.

A/N:Sorry readers,lama tak update.Faham2 jelah.Internet buat hal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience