Bab 13

Drama Series 22675

Lepas seminggu berada di kampung....

Feera mengambil keputusan untuk berjalan2 di sungai yang berdekatan hari itu.Yalah,dah lama terperap dalam rumah.Mana tak bosan.Lagipun dalam masa semiggu nie,dia asyik dengan phonenya kerana dia menggunakan aplikasi novel plus dan menulis novel sebagai hobi.Naik lenguh juga matanya kerana tak lepas memandang skrin telefon iPhone 5snya itu.

Jadi,dah alang2 novel pertamanya itu sudah hampir tamat,dia keluar la ke sungai.Nak juga dia hirup udara segar yang mendamaikan.Lagipun sekarang musim angin,budak2 pun ramai yang main layang2,kalau bertuah,boleh juga dia tumpang main.Rindu dengan kenangan kanak2 dulu!!

"Intan!!"sedang dia duduk dibawah sepohon yang rendang sambil memerhatikan beberpa orang kanak2 yang bermain layang2 dan juga wau,suara yang sangat dikenalinya kedengaran.Dia dengan pantas berpaling ke belakang dan mencari gerangan orang yang memanggilnya.Sebenarnya Feera dah boleh agak siapa yang panggil kerana orang itu memanggilnya dengan nama depan.Siapa lagi kalau bukan abang Kamal!!

"Abang!!Hisyy rindunya kat abang!"Feera pantas meluru kearah lelaki itu.Nak aja dia memeluk tubuh itu tapi disebbkn mereka tiada pertalian darah,dia pendamkan sahaja niatnya itu.

"Abang pun rindu kat Feera,lama dah tak jumpa.Makin cantik Feera sekarang ni ye.."

Feera diserang rasa hairan.Lain benar renungan mata abang Kamal hari itu,tak seperti sebelum nie.Sekarang mata abang Kamal seperti hanya ada satu perkataan.Dendam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience