Bab 56

Drama Series 22675

Nazrin membuka pintu dan melangkah masuk,dia yang baru saja pulang dari kerja menapak ke arah isterinya yang duduk di ruang tamu.

"Sayang..."Kata Nazrin sebelum duduk disebelah Feera,rapat.Hilang habis segala penatnya melihat Feera.

Di pejabat pun dia tidak habis berangan pasal Feera hingga kerjanya tak menjadi,jenuh juga dia dileteri oleh Rayyan.

Tapi nak buat macam mana? inilah orang kata,bahagia berumah tangga.Baru sekarang dia sedar akan nikmat itu.Dulu,dia dia hanya dikaburi dendam dan benci.

Mengingatkan layanannya yang teruk dulu terhadap Feera,membuatkannya berasa bersalah walaupun sudah dimaafkan Feera,dia masih berasa begitu.Entahlah,dia pun tak tahu kenapa.Mungkin sebab Feera isteri yang dicintainya sekarang?Sebab itulah dia menyesal sebab yang terima layanan buruk itu ialah isteri sendiri.Bertindak sebelum berfikir memang ada padahnya...

Feera diam.Wajahnya dingin,tidak seperti selalu.Feera sentiasa ceria apabila bersama Nazrin.Tapi bukan malam ini.Lain daripada hari sebelumnya.

"Sayang,kenapa diam aje?"Nazrin menguis anak rambut Feera yang terjuntai di dahi.

Feera menepis kuat tangan Nazrin."Jangan sentuh saya"Sinis Feera.Tiada lagi panggilan mesra.Nazrin mengeluh,apa lagi masalah yang datang ni??

"Kenapa macam ni?Tak baik lah"Nazrin menasihati Feera walhal dia tak tahu pun apa sebenarnya masalah yang melanda isterinya itu.

"Awak jangan nak cakap tentang baik buruk dekat saya sedangkan diri awak tu pun awak tak tahu!!"Suara Feera meninggi.Wajah Nazrin dicerlung tajam.Surat yang diterima siang tadi meninggalkan kesan dalam didalam hatinya.Feera rasa seperti diperbodohkan dengan lakonan Nazrin.

Nazrin tersentak mendengar suara tinggi Feera.Mana pergi panggilan 'abang' dan mana datangnya panggilan 'awak' itu.Feera juga tidak pernah sekasar ini dari awal mereka berkahwin hingga sekarang.

"Abang berlakon aje kan selama ni?!!"Tengking Feera,air mata sudah laju mencurah.

"Berlakon apa?Abang tak faham lah"Dahi Nazrin berkerut,Langsung tak faham apa sebenarnya yang Feera mahukan.

Feera lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan melempar kasar kertas yang dikutip siang tadi diatas meja kaca di ruang tamu itu."Tengok lah sendiri!!"

Nazrin dengan teragak2 mengambil kertas putih yang sudah renyuk dan terkoyak sana sini.Dia membuka dan membaca dalam hati.

Ya Allah,apa ni?!!

"Sayang..abang tak tahu apa benda ni tapi sumpah abang tak buat!!"Kata Nazrin.Kertas itu dibaca sekali lagi.Mana tahu kalau dia tersilap baca?Tapi memang sah,memang sah apa yang dibaca itu betul.

Surat pengesahan DNA itu menyatakan bahawa Medina mengandungkan anaknya.Nazrin tak tahu mahu cakap apa lagi.Dia bungkam kata.

Ni semua angkara Medina ke??Apa yang dia nak??

"Jangan nak bersumpah bagailah.Tak payah nak berdalih lagi.Sekarang memang terbukti yang awak tak cintakan saya pun,awak tipu!!"Tengking Feera.Hatinya berdarah.Selama ni,dia ikhlas cintakan lelaki itu,tapi inikah balasan untuknya?!Dia tak sanggup lagi berdepan dengan segala dugaan berat ini.Terasa seperti separuh nyawanya sudah diambil.

Feera bangkit.Langkahnya diatur ke atas.Nazrin yang bungkam segera mengejar langkah isterinya.

Sampai dibilik.Feera membuka almari pakaiannya.Baju2 yang tergantung kemas direntap kasar sebelum disumbat ke dalam beg pakain beroda miliknya."Sayang!!Feera nak pergi mana ni?Jangan tinggalkan abang!!"Nazrin memujuk Feera.Dia berharap semua ini hanya imaginasinya sahaja.Dia tidak rela jika Feera mahu meninggalkan dia sendiri.Hidupnya takkan sempurna!!

"Tak payah,lepas ni,Jangan cari saya lagi.Beri saya masa untuk berfikir sama ada terus bersama awak....atau..berpisah"Kata Feera.Hati Nazrin hancur.Berpisah..sekali lagi perkataan yang dibenci itu muncul.Dugaan apa ini?!!

Tanpa berlengah,Feera terus berlari turun.Nazrin terduduk di birai katil.Tidak mampu untuk menghalang isterinya.

Walau apa pun yang akan terjadi,Feera akan kembali ke sisinya.Medina juga akan dicari hingga lubang cacing.Perempuan itu memang sengaja mahu mencari nahas.Itu sumpah Nazrin.

Telefon bimbit dipegang.Nombor Rayyan dicari.Seketika kemudian,suara Rayyan kedengaran."Ha,kau nak apa malam ni?"Tanya Rayyan.

"Aku nak jumpa kau dekat tempat biasa.Now!"Sejurus itu,Nazrin meletakkan talian.Wajahnya memerah,dia sangat marah akan Medina yang baru sahaja menghancurkan rumah tangganya.

Kau tunggu Dina!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience