Bab 29

Drama Series 22675

Lepas sahaja makan malam dan menonton televisyen bersama Mummy dan Daddy serta Nazrin,Feera bergegas naik keats.Badannya sdah letih,dan matanya juga merah akibat mengantuk.Yalah sekarang dah pukul 10 lebih,waktu2 begini lah Feera akan rasa mengantuk.

Masuk sahaja kedalam bilik,Feera terus merebahkan diri diatas katil yang empuk itu.Ketika dia sudah ingin memejamkan matan,pintu dibuka.

Hisyy,nak apa lagi la mamat nie?Dah malam macam nie takkan nk ajak gaduh lagi?

"Awak nak ape?"perlahan Feera bertanya.Dia benar2 mengantuk.Matanya sudah tidak tahan lagi.

"Mummy ketuk pintu,bangunlah cepat.Nanti kantoi pulak!!"

Hah?!Kena berlakon lagi ke memalam buta nie?Dengan agak cepat,Feera berbaring diatas katil Nazrin dan berpura2 tidur.Hah,katil nie lagi la selesa.Tak lama selepas itu,Feera sudah betul2 terlena.

Manakala Nazrin pula membukakan pintu untuk mummynya masuk."Hah Nazrin,mana Feera?"

"Mummy cari dia buat apa?"Soal Nazrin dengan kerutan di dahi.

"Ohh,nie ibu ada buatkan air untuk Feera."Kata Datin Maznah sambil menunjukkan mug air yang berada di tangannya.

"Ohh kejap eh,Feera-"Mati kata dia dibuatnya apabila matanya menangkap badan Feera yang sedap2 tidur atas katilnya.Membuntang mata Nazrin dibuatnya.Berani betullah perempuan nie!!

"Ermm,dia dah tidur la mummy..."Beritahu Nazrin sambil meluaskan bukaan pintu supaya mudah Mummy nya mahu melihat Feera.

"Letih sangat kut gamaknya.Yalah,dalam perjalanan tadi pun dia tak tidur kan?Tak pe lah,mummy turun dulu.Nak letak mug ni di dapur"Datin Maznah yang mahu membuka langkah terhenti akibat deheman Nazrin.

"Feera je?Nazrin tak de ke?"Usik Nazrin.Nak juga dia air yang dibuat oleh mummynya sendiri.Dari jauh nampak macam sedap.

"Yalah,nah.Pegang elok2 mug nie.Jatuh karang mummy suruh Nazrin pergi beli balik cawan yang sama ni dekat Indonesia sana tu."

"Ok mummy,"Hilang sahaja kelibat wanita itu,Nazrin menutup pintu dan menghampiri Feera.Amboi2,sedap kau membuta atas katil aku ye?Takpa,aku akan pastikan yang nanti,muka aku pun kau tak nak pandang.Senyuman nakal terukir dibibir Nazrin ketika itu.Dengan perlahan,Nazrin merangkak naik keatas katil dan berbaring di sebelah Feera.Tangannya digerakkan supaya melingkar di pinggang ramping milik gadis itu.Selepas itu,Nazrin ikut sama melelapkan mata dan dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience