Bab 37

Drama Series 22675

Pinggan yang diletakkan dihadapannya hanya dipandang kosong,dia tiada selera untuk makan walaupun perutnya dari tadi tidak berhenti berkeroncong.Tekaknya tidak boleh terima.Rayyan dan Nazrin yang sudah hampir habis makanannya memandangnya.

"Awak tak nk makan ke?"Tanya Rayyan perihatin.Wajahnya juga kelihatan risau.

"Saya tak de selera,rasa macam nk demam.Yalah,dah kena hujan kan tadi?"Seraya itu Feera memandang wajah Nazrin.Lelaki itu hanya beriak selamba seperti tiada rasa bersalah langsung.Jika sakit2 begini,Ibu lah yang selalunya menjaganya dan dia memang suka perhatian yang berlebihan diberi kepadanya ketika sakit.Tapi dah Ibu duduk di kampung,nk manja dengan Mummy pun tak boleh juga sebab dia pasti yang mereka takkan balik kerumah agam itu malam ini.Nak manja dengan Nazrin?!Sila lupakan sahaja...

"Owhh,awak nk demam kut,takpe,nnti saya suruh Nazrin hantar awak ke klinik"Kata Rayyan.

"Errr takpe,demam saya tak berapa teruk pun,esok baiklah"Feera menegah,dia tahu jika dia bersetuju,mesti Nazrin kata dia menyusahkan dan mengada2.Lagipun,cadangan itu keluar dari mulut Rayyan,bukan Nazrin.Jadi mestilah dia taknk kan?

"Saya nk naik atas boleh tak?"Feera bertanya kepada Nazrin yang duduk di hadapannya.

"Bilik kau dekat atas sebelah kanan tangga"Ujar lelaki itu tanpa nada.Beku sahaja suaranya.

"Ok,hurmm Rayyan,saya naik dulu ok?"Feera terus melangkah selepas Rayyan menganggukkan kepala.

Dia hampir sahaja mahu terjatuh semasa menaiki tangga,tapi nasib tanggannya sempat mengenggam pemegang tangga dan mengumpul segala kekuatan di kaki agar tidak tumbang

Masuk sahaja kedalam bilik yang dikatakan Nazrin,Feera terus menepuk dahinya.Dia mahu menukar pakaiannya yang basah tapi dia mana ada baju salin nk pakai?Lupa pula nk tanya dekat Nazrin.Ralit sangat bersembang dengan Rayyan.

Feera berlari anak ke arah almari yang terletak di penjuru bilik.Dengan berhati2 dia membuka almari tersebut dan kelihatan baju2 t-shirt tergantung kemas.Dia yakin yang baju2 ini semua kepunyaan Nazrin,tapi takkan Nazrin guna dua bilik kut?Kenpa dalam bilik ni pun ada baju dia?Feera tersedar,dalam bilik itu juga ada pakaian Nazrin ke pejabat dan bilik itu kelihatan seperti berpenghuni.Macam bilik itu selalu digunakan.Takkan Nazrin suruh aku masuk dalam bilik dia sendiri?Tapi tak mustahil,mungkin lelaki itu ada benda penting mahu dibincangkan?Siapa tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience