Bab 31

Drama Series 22675

Baru sahaja sehari berada di rumah agam ini,Feera sudah seperti mahu meraung2 nk balik kampung.Sudah la,lelaki itu memeluk pingangnya hingga kepukul 10.Turun2 je bawah untuk bersarapan,terus memerah mukanya akibat Mummy dan Daddynya mengusik.Gila tak malu!!

"Hisyyy,ni awak punya pasal lah!!Tengok,mummy pun dah pikir bukan2.Hisyy,geramlah saya dengan awak nie!!!"

"Engkau tak reti diam ke perempuan?Aku nk makan pun tak senang!!"Nazrin memandang bengis Feera yang duduk bersebelahan dengannya.Mereka bersarapan lewat sedikit disebabkan mereka terbabas tidur hingga pukul 11.Jadi,yang tinggal hanyalah mereka berdua kerana mummy dan daddynya sudah keluar.Bibik pula cuti.

Feera diam,kecut pula perutnya bila Nazrin memarahinya begitu.'Tahu takut Feera!!Yang kau memandai menaikan darah dia tu dah kenapa?!'Feera memarahi diri sendiri.

Suasana jadi sunyi,yang ada hanyalah bunyi sudu dan garfu berlaga antara satu sama lain.Nazrin diam,Feera diam.Feera nk bercakap?Memang tak lah!!Nnti ditengking oleh Nazrin pula kerana mengganggunya makan.Buat sakit hati aje!!

"Ni,kau dah tengok belum baju yang mummy tempah untuk majlis kita minggu depan?"Feera lihat pinggan lelaki itu kosong,mungkin sudah selesai makan.Dipandang pula pinggan sendiri,masih banyak saki bakinya.Tulah kau Feera,bila la perangai nk berubah?Kenapa asyik kau aje selalu menjadi orang yang terakhir selesai makan?

"Errr,tak lagi sebenarnya.Mummy tak bagitahu apa2 pun pasal baju tu"Pipi Feera berona pink.Perkataan 'majlis kita' yang disebut Nazrin membuatkannya malu pula.Entah apa kena dengan hatinya.Sejak dua menjak nie selalu aje buat hal.Tapi yang peliknya,bila bersama dengan Nazrin,barulah hatinya buat hal seperti mahu terlompat keluar dari badan.Haihh,kau dah berubah wahai hati..

"Kalau macam tu,petang nanti kita pergi tengok,aku nk settlekan semua nie cepat2 supaya aku tak payah nk hadap muka kau tu."

Amboi2!!Selamba badak aje dia cakap macam tu dekat aku?Dia ni memang takde belas kasihan ke dekat aku yang terseksa yang amat nie?

Feera mencebik.Nazrin memandangnya.Mata mereka bertaut tapi tak lama kerana Nazrim sudah lari dulu.

"Dah la,aku nk..nk naik atas"

Feera tersenyum melihat langkah Nazrin.Heh!Baru aku buat sikit dah lari.Tergelak jahat Feera mengenangkan rancangan jahatnya.Dia berhenti dan memegang jantung.Walaupun begitu,sepasang mata redup Nazrin memang memukau,hampir saja dia tewas tadi.Tapi di kuatkan hati agar jangan mudah mengalah.

Dia tersenyum kelat lalu menyambung semula sesi menjamah sarapan yang tergendala tadi.

p/s:abaikan typo..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience