Bab 45

Drama Series 22675

Feera meletakkan telefon.Senang hatinya apabila dapat bercakap dengan ibunya di telefon.Tersenyum lebar dibuatnya walaupun dapat berbual sekejap sahaja.Kata ibunya,dia akan datang kesini kerana majlis resepsinya makin hampir.Jadi,Mak Biah mahu datang awal2 lagi.Katanya mahu membantu mummy menguruskan hal majlis itu.

Nazrin pula tidak nmpak bayang2nya.Rasanya masih berbual dengan Rayyan.Feera menumpukan perhatian kepada tv didalam biliknya sebelum pintu bilik diketuk.

"Masuk je,pintu tak kunci!"Laung Feera.

Kelihatan Nazrin dibalik pintu.Baru fikir pasal dia,tup2,dah ada dah?Wajahnya sengaja diketatkan.

"Cakap dengan siapa tadi?"Tegur Nazrin.Dari tadi dia mendengar celoteh isterinya berbual dengan siapa entah.Gembira sangat nada suara itu.

"Dengan ibu,ibu cakap nk datang lusa.Nak tolong mummy uruskan hal2 majlis tu nanti"Balas Feera dingin.

Nazrin mengangguk."So,kita kena balik rumah daddy esok la ni?"

Feera tidak mengendahkan Nazrin.Dia sebenarnya sedang marah akan sesuatu.

"Hey,pay attention to what I'm saying!"Nazrin merentap remote control yang berada didalam tangan Feera,lantas butang merah ditekan.

"Hey,what are you doing?Give it back!!"Marah Feera.Dia sakit hati mendengar setiap bait patah perkataan yang keluar dari mulut Nazrin semasa dia turun untuk meminum air.Dia sangka Nazrin sudah mampu menerima bahawa dia tidak bersalah dalam hal kematian Nazrul.Mati2 dia ingat Nazrin memberinya peluang kerana Nazrin menjaganya dengan baik semasa dia sakit.Rupanya itu semua fake hope.Kenapa dia perlu mendengar semua itu sedangkan Nazrin sudah mengisi ruang2 kosong dihatinya.Kenapa?!

"I don't wanna make a fight with you,I want to talk"Nazrin merendahkan suara.Dia ingin berbincang sesuatu dengan Feera.Soal arwah Nazrul dan segala2nya.Ia mesti diselesaikan dengan cepat.Selepas itu,semuanya diserahkan kepada Feera,sama ada Feera nak stay dengan dia atau...bercerai.Haihh,kenapa perkatan itu sangat perit baginya?

"Nak bincang apa lagi?Cukup lah awak dah seksa hati dan perasaan saya.Sekarang saya nk rehat..please?"Rayu Feera.Dia benar2 perlukan ruang untuk bersendirian.Matanya bergenang air jernih yang sudah pastinya akan tumpah.

Nazrin terkesima melihat mata bundar Feera.Dia menangis?Nazrin berasa kasihan.Selepas membuang sekejap egonya,dia memeluk Feera yang mula tersedu sedan.Dia mengusap belakang Feera.

Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan hatinya,perlakuannya,dan fikirannya tatkala setiap kali berasa dekat dengan Feera.Satu perasaan indah,yang dia sendiri tak tahu apa..

"Hey,why are crying?"Lembut suara Nazrin memujuk.Tapi bukanlah menenangkan,malah menghiris sekeping hati Feera.Jangan layan aku macam ni Nazrin,aku tak sanggup nk menahan pedih dihati..Please jangan bagi aku berharap dengan kasih sayang kau yang mustahil aku boleh dapatkan

Feera menolak badan sasa Nazrin."Just go Nazrin.Saya nak bersendirian."Dia menolak badan Nazrin ketepi.

Feera menarik comforter hingga menutupi dada dan membelakangkan Nazrin.

Nazrin memandang belakang tubuh Feera.Dia sudah meronta2 mahu menemani gadis itu malam ini,tapi dia tahu,Feera takkan membenarkan dia buat begitu.

Nazrin berlalu pergi dan melupakan hasrat hatinya.Sebaik sahaja pintu ditutup,air jernih yang cuba ditahan akhirnya tumpah jua.

Sungguh dia terseksa akibat hubungannya dengan Nazrin.Apa guna dia terus bersama kalau Nazrin tidak mencintainya seperti dia?Lebih baik dia berpisah.Ya,berpisah.Itu mungkin keputusan yang terbaik.Tetapi dia perlu menunggu sehingga majlis resepsi mereka tamat,kemudian,dia akan berbincang dengan Nazrin demi mengelakkan hatinya mendapat satu lagi kesan torehan yang dalam,pedih dan akan meninggalkan parut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience