Bab 65

Drama Series 22675

Hari ini sudah masuk dua bulan Feera melarikan diri dari Nazrin.Sudah banyak mesej dan panggilan dari Nazrin yang Feera abaikan.Sekarang dia ingin berehat.Pemandangan di Pulau Koh Chang ini memang mendamaikan hatinya.

Ya,Koh Chang.Pulau yang pernah menjadi saksi cinta Feera dan Nazrin suatu masa dahulu.Cinta yang nampak indah di mata tapi pada hakikatnya..menyakitkan.

Segala urusan pejabat juga telah diuruskan oleh Kak Su.Rasa bersalah jugalah kerana menyusahkan Kak Su.Tapi dalam beberapa minggu ni,memang dia takkan balik ke Kuala Lumpur.Feera masih mahu mencari ketenangan di Pulau Koh Chang ini.

Dengan keadaan Feera yang berbadan dua lagi lah membuatkan dia stress.Baru kelmarin dia mendapat tahu yang dia mengandung empat minggu.Perkahwinan Feera pun baru saja masuk tiga bulan tapi sudah dikurniakan rezeki seawal ini.Rezeki di awal perkahwinan.

Dia tidak tahu sama ada untuk berasa gembira atau sedih.Keadaan rumah tangganya sekarang bagai satu beban kepada Feera.Dengan kehadiran ahli baharu,mestilah ramai yang gembira.Tapi nanti rahsianya akan terbongkar.Mesti mereka akan bertanya."Feera,kenapa Nazrin tak de?"."Kenapa Nazrin tak tahu lagi?".

Jadi untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku,Feera merahsiakan dulu kandungannya itu.Untuk kepentingan semua orang juga.

"Amoi,nak beli buka ka?"Sergah seorang wanita.Feera yang terkejut hanya tersenyum melihat penjual bunga berbangsa Cina itu."Err,tak pa lah.Saya tak perlukan bunga untuk masa ni"Kata Feera.Penjual bunga itu berlalu pergi kearah sepasang suami isteri pula.Feera memerhatikan pasangan itu.

Manis.Si suami melayan isteri bak permaisuri.Belikan bunga dan memeluk bahu isterinya.Nampak bahagia sangat.Bukan macam dirinya...

Feera kembali berasa sayu.Sungguh dia rindukan Nazrin.Tapi apakan daya?Dia tidak mampu memandang wajah Nazrin.Biarlah buat masa ini,dia hanya dapat memeluk gambar Nazrin yang dibawa bersama.

Feera memandang lautan luas yang terbentang di hadapan mata.Matahari juga hampir terbenam.Sebenarnya itulah niat dia berjalan2 di taman ini.Untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

Alangkah indahnya jika Nazrin ada bersama...Berjalan2 di sekitar pulau ini.Mandi laut dan macam2 lagi lah.

Feera juga menginap di bilik yang sama sewaktu pertama kali datang kesini.Bilik bernombor A138.

Sebab?Dia saja mahu mengenang kembali saat2 manis bersama Nazrin walau dia tahu,hatinya akan bertambah sakit.

Dia mengusap perutnya yang masih leper.Belum menampakkan bahawa Feera sedang mengandung."Sayang..umi minta maaf okay sebab rahsiakan sayang dari semua orang?"Feera berbicara.
"Tapi Umi janji Umi akan jaga sayang sampai sayang lahir."Kata Feera lagi.Dia tersenyum senget.

"Feera.."Suara seseorang kedengaran hampir dengan telinganya.Dengan segera Feera menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat gerangan orang tersebut.

"Nazrin.."Feera mahu segera beredar.Macam mana Nazrin ada dekat sini?

Hanya Kak Su seorang saja yang tahu dia datang ke Pulau Koh Chang ini.Takkanlah Kak Su mungkir janji pula?Feera tahu Kak Su bukanlah orang yang suka mungkir janji dan tidak pandai menjaga rahsia.

"Sayang stop please.Bagi abang terangkan dulu"Nazrin menarik lengan Feera.Feera yang terkejut segera menepis."Jangan ganggu saya Nazrin.Pergi lah balik!"Marah Feera.Dia mencerlung Nazrin.

"Feera,abang tak buat semua tu.Abang cintakan sayang sorang je.I really love you dear!Jangan la lari macam ni lagi.Abang tak boleh hidup kalau takde sayang!"

Feera terpana mendengar kata cinta yang keluar dari bibir Nazrin.Hatinya terkesan."Kalau betul awak tak buat,mana buktinya Nazrin?"Kata Feera sinis.Air mata sudah merembes tapi cuba ditahan esaknya.Feera memalingkan wajahnya kearah laut.Dia tidak mahu Nazrin nampak di menangis.

Nazrin diam.Yang sebenarnya,bukti tiada di tangannya sekarang.Dia perlu membawa pulang Feera ke KL barulah rancangan yang akan berjaya.Medina juga telah dijumpai.Memang betul anak itu bukan anak Nazrin tapi anak Kamal,rakan sekampung Feera.Nasib ada Rayyan yang bekerja dengan agensi penyiasatan ini.Kalau tidak,bayang Medina pun dia tidak tahu.

Dan Kamal...Nazrin tidak sangka pula lelaki itu pernah meminang isterinya tapi ditolak.Mungkin bersubahat dengan Medina untuk membalas dendam.Ya,itulah yang selogiknya.

"Bukti tu tak ada dekat Abang sekarang.Sayang kena ikut abang balik.Dekat KL nanti segalanya akan terbukti abang tak salah"Ujar Nazrin.

Bukti?Nazrin ada bukti?Jadi selama ni,dia yang salah faham ke?

"Balik?Why?Tak perlu kut saya nak balik.Bukannya melegakan hati pun,menyakitkan lagi adalah"Sinis Feera.

"Habistu?Bukti yang abang cakap tu ada dekat KL sayang.."Nazrin memusingkan tubuh Feera untuk menghadapnya.Dia mengusap dagu Feera."Please sayang..dengar cakap abang kali ni aje.Ini je yang abang minta,tak lebih dari ini"
Feera mengeluh.Hatinya tidak kuat untuk berhadapan dengan semua ini.Melihat Nazrin yang seperti merayu kepadanya,membuatkan Feera sedar yang mungkin sudah tiba masanya untuk munculkan diri.Kembali ke KL dan mulakan hidup baru.

Feera beralah."Fine..nanti saya akan fikirkan.."Feera menolak badan Nazrin dan berjalan ke arah biliknya.Nazrin yang ditinggalkan hanya tersenyum.Dia pasti hati isterinya bukanlah keras sangat nak dipujuk.

Mission complete!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience