Bab 69

Drama Series 22675

Lapangan terbang Bangkok,Feera jalan beriringan bersama Nazrin menuju balai berlepas.Pengunguman penerbangan ke Lapangan terbang KLIA baru sahaja dibuat.

Rasa gentar pula Feera untuk pulang.Dia cuba untuk positifkan dirinya.Tapi gagal,rasa seperti mahu batalkan saja rancangan ini.Feera sudah tidak kisah jika dia tidak mendapat bukti yang Nazrin tiada hubungan dengan Medina.Yang penting,Nazrin selamat.Feera dapat lihat Nazrin tidak berbohong.Lelaki itu ikhlas untuk terimanya.Apa lagi yang dia mahu?Nazrin ada di sampingnya pun sudah cukup.

"Abang..kita batalkan boleh?Feera takut.."Katanya.Nazrin berhenti berjalan dan menoleh ke arah isterinya.

"Sayang..jangan risau.Kita akan okay.Abang dah suruh Rayyan pantau Medina.Dia ada dalam pengawasan yang ketat"

"Tapi abang,macam mana kalau Medina rancang sesuatu?Feera tak nak hilang abang,cukuplah Feera hilang abang sekali.."Rayu Feera.Dia rasa ingin menangis di situ juga.Hatinya benar2 mengatakan ada sesuatu yang tak elok akan berlaku.Takut kehilangan Nazrin juga menjadi punca utama hatinya berdebar semacam.

"No,kita doa banyak2 okay?Dia tak boleh buat apa2 dekat kita.Abang dah minta tolong Rayyan kan?Dia boleh diharap."Pujuk Nazrin.

Feera berdiam diri.Dengan perlahan,dia mengangguk lemah."Okay.."

"That my girl.."

Feera tersenyum.

Nazrin menarik lengan isterinya.Sebenarnya,hatinya juga sedang berdebar,tapi dia tak mahu isterinya menjadi risau.

Sebabnya ialah rakan sekutu Medina,Kamal..Kamal masih belum dijumpai.

Nazrin menarik beg bagasi hitam kedalam rumahnya.Feera hanya tercegat di samping Nazrin."Welcome home dear.."Ujar Nazrin.

Feera tergelak kecil."Abang dah renovate sikit rumah kita.Lepas ni,tak adalah sayang lari lagi.."

Feera menjeling tajam suaminya."Tu nak perli Feera la tu?Orang patah balik karang..menangis pulak kut!"Ugut Feera.Tapi dia tak adalah memaksudkannya.Gila nak lari?Hatinya sudah berkali2 diambil Nazrin semasa di Pulau Koh Chang.Tiap2 hari ada saja ayat yang boleh buat Feera potong kaki.Manis kalah gula.Semut pun tak larat nak angkut.

"Tak lah sayang..jangan lari lagi okay?Kesian kat abang nak tahan rindu kat sayang."

Tengok?Mana tak cair kalau Nazrin dah guna ayat beli jiwa Feera macam itu.

"Macam2lah abang ni.Dah la,Feera nak masuk dalam.Kalau layan abang kat sini,sampai esok tak habis tau!"Seloroh Feera.Dia melangkah masuk kedalam ruang tamu yang sudah kelihatan beza dari sebelumnya.Cantik dan mendamaikan.Gabungan warna yang tak menyakitkan mata seperti kuning,jingga dan sebagainya.

"Abang yang renovate sendiri ke minta tolong orang lain?"

"Abang buat sendirilah.Cuma Rayyan datang tolong.Konsep,perabut semua abang pilih."Riak Nazrin.Feera mencebik sebelum dia bergerak pula ke arah sofa.Dia masih ingat,inilah sofa yang menjadi tempat kegemarannya untuk lepak bersama Nazrin.Kenangan dulu semasa bermain tepung,kembali bergentayangan di minda Feera.Tergelak sendiri dibuatnya bila diingatkan tentang kedatangan Mummy dan Daddy.Kantoi habis!

"Sayang,why not kalau sayang naik atas and mandi dulu.Abang nak keluar sekejap.Ada hal sikit."Ujar Nazrin.

"Pergi mana?Feera ikut abang ya?"Feera sudah berura2 untuk bangun tapi pantas di halang Nazrin."No sayang,Abang nak jumpa Medina kejap.Sayang tunggu sini jaga diri Umi dan baby okay?"

"Tapi Babah,Umi nak jumpa Medina.Umi nak sound dia banyak2.Ada hati dia nak ambik Babah dari Umi!"Marah Feera.Comel!Sambil bibirnya dimuncungkan.

Nazrin cuba untuk menyabarkan diri.'Hisy,ni kalau melarat,memang tak boleh keluar langsung!'

"Umi,jangan la bagi Babah tukar fikiran.Karang menyusahkan Umi saja nak layan Babah..."Suara Nazrin meleret,cuba untuk mengusik isterinya.

Paham dengan apa yang Nazrin bicarakan,pantas saja Feera menolak tubuh Nazrin."Errr,okaylah babah,babah pergi la.Karang lambat pulak"

Nazrin ketawa besar."Tahu takut..Abang pergi dulu okay?"

"Yalah.Jangan balik lewat sangat.Umi takut duduk sorang2 dekat rumah ni."

"Okay Umi.Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience