Bab 30

Drama Series 22675

Feera yang terjaga akibat cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap memandang sekeliling.Macam mana aku boleh ada dekat sini pula?Feera diserang rasa pelik kerana dia berada di bilik Nazrin dan bukan biliknya.

Dia mahu bangkit tetapi tidak boleh kerana ada sesuatu yang memberat dipinggangnya.Terkejut Feera bukan kepalang apabila dia menoleh dan terlihat Nazrin yang memeluk pinggangnya.Dia cuba untuk tidak menjerit,takut nanti didengari oleh orang lain yang mungkin sedang bersarapan di bawah.

Dahlah dengan keadaan lelaki itu yang hanya bersinglet hitam sahaja.Seksi juga dimata Feera.Tak pernah dia serapat begini dengan Nazrin.Jantungnya berdegup lagu,lebih laju dari biasa.'Eh,kau jangan nk mengarut Feera,kau tak boleh cintakan dia.Dia bukan untuk kau.Malahan dia dah menaruh dendam dekat kau Feera.'Desis hatinya yang ingin melawan perasaaan yang dialami Feera ketika itu.

Feera mengendap di dalam selimut.Alhamdulillah,bajunya masih tersarung sempurna di badan.Feera cuba untuk mengalihkan lengan sasa Nazrin dari pinggangnya tetapi tidak berjaya,malah makin ketat pula pelukannya.Untuk kali kedua,dia berjaya.Tetapi baru sahaja ingin bangun dari katil.Badannya terdorong ke belakang dan jatuh sangat rapat dengan Nazrin hingga bahunya sudah terletak diatas bahu lelaki itu

"Awak,lepas la..say..saya nk pergi mandi nie!"Feera meronta untuk dilepaskan tetapi sedikit pun tidak berganjak kedudukannya.

"No,aku nk selagi aku tak bangun,kau jngn gatal nk bangun."Nazrin kembali melelapkan mata dan memaksa Feera untuk kekal di situ kerana Nazrin masih memeluk pingangnya.Last2,Feera pun terlelap sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience