Bab 27

Drama Series 22675

Feera yang terkial2 nk mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta Nazrin terkejut apabila ada tangan lain yang tiba2 muncul dan membantunya.

"Hisyy kau nie.Benda simple macam nie pun tak boleh handle ke?Lembik!!"Huh!!Kenapa la tiap2 kali Feera bercakap dengan Nazrin,lelaki itu hanya menuturkan ayat yang sinis?

"Thank you lah sebb tolong makhluk lemah macam saya.Makhluk yang telah disakiti oleh suaminya sendiri"Feera sentap lagi kali ini.Tipu la kalau dia kata dia tak pernah sentap setiap kali ada bersama Nazrin.Sentap dan tangisan itu bagai2 rakan baiknya sekarang

Nazrin pula tersenyum.'Sentap pulak,ikut kau la perempuan.Siapa suruh kau buat macam tu dekat adik aku?Sekarang kau terima la balasannya."Di hati Nazrin,tidak ada sedikit pun ruang untuk gadis itu bertakhta.Itu yang dikatakan oleh Nazrin sendiri.Dia takkan jatuh cinta dengan Feera.Never and ever.

"Hisyy benci betullah aku.Bukannya nak pujuk!!"muncung Feera sudah muncul.Saja dia buat seperti dia tersentap,nk juga tahu yang Nazrin nie ada perasaan ke tidak,tapi sudah terbukti yang Nazrin sememangnya manusia batu,tidak ada perasaan langsung!!Tengok sajalah,lelaki itu dengan selamba badaknya berjalan masuk kedalam rumah tanpa memujuknya.Sudah la tidak membantu dia membawa beg pakaian yang beratnya seprti batu ini.Hisyy laaaa,haru sungguh!!!

Dengan hati yang sebal,Feera gagahkan juga membawa beg pakaian beroda ni menaiki tangga.Dahlah badannya kecil aje.Tak pasal2 tertonggeng kat tangga ni nnti.

Sampai sahaja di hadapan sebuah pintu bilik,Feera meredah masuk.Lantaklah Nazrin nk cakap apa pun.Ada aku kisah?

"Hoii,kau tak reti bagi salam ke?Main redah je masuk bilik orang,tak ada adab ke?"Feera tidak mengendahkan bebelan Nazrin kerana matanya sibuk memerhati hiasan dalaman bilik Nazrin.Kemasnya!Bilik aku pun tak sekemas macam nie.

"Yang kau tercongok depan pintu tu dah kenapa?Masuklah!!"Jerit Nazrin yang sedang duduk di sofa kelabu yang ada didalam bilik besar nie.

Nazrin kemudian bangun dan membuka sebuah pintu bilik dan memanggil Feera supaya datang dekat dengannya."Hah,nie.bilik kau.Nnti kalau kau nk tidur,kau jangan tidur dengan aku pulak.Tapi kau duduk dlam bilik nie dan jngn ganggu aku buat kerja.Faham tak?!"

Feera tak membalas tapi mulut comelnya hnya mencebik melihat connecting room itu dari luar.Nampak sangat Nazrin takut nk tidur dengannya.Ni Feera lah!!.

Dia melangkah masuk kedlam bilik itu.Nasib la
dia bagi bilik ni dan bukan bilik stor.Bilik itu boleh tahan juga cantiknya,cuma kecil sedikit dari bilik Nazrin.Alhamdulillah,ada juga tempat untuk aku berteduh.

p/s:Abaikan kesalahan ejaan ye readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience