Bab 52

Drama Series 22675

Hampir setengah jam mereka bergaduh siapa yang akan membersihkan dapur.Tetapi disebabkan Feera sudah membuat muka paling comel dia pernah buat,selepas dipujuk,Nazrin juga akhirnya yang menjadi mangsa.

Feera hanya duduk di kerusi sambil memerhati Nazrin yang sibuk bergerak kesana sini.Seronok dapat membuli Nazrin,yalah,sebelum ini..Feera je yang selalu kena dengan Nazrin,sekarang..biar suaminya pula merasa.

"Abang,nak Feera tolong ke?"Usik Feera.Nazrin yang menyapu tepung dilantai dipandang.Suaminya membuat muka simpati.

"Dia tulah,apa pulak suruh abang yang kemas sorang2!"Ujar Nazrin.

Feera ketawa mengejek."Abang yang mulakan dulu,so abang la yang kemas.Feera tak bersalah dalam hal ni."

Feera menghampiri Nazrin,cawan yang dipegang dihulurkan kepada suaminya."Alah,cian dia peluh2.Nah,Feera buat air special untuk abang"Feera tersenyum jahat.

Nazrin mengambil cawan itu dan meminumnya tanpa banyak tanya.Sangkanya air itu sedap tapi sangkaannya meleset.Pufff!!Air tersembur keluar dari mulut Nazrin.Feera ketawa galak hingga senak perutnya.

Ya Allah,masinnya!!

"Sayang!!!"Feera sudah melarikan diri.Takut ditangkap oleh Nazrin dia menuju keruang tamu bersama gelak tawa yang masih tersisa.

"Masinnya!!Sayang buat air apa ni?"Nazrin berlari.Penyapu juga melayang entah kemana.Langkah si isteri dikejar.Makin dekat hingga,Pukk!!

Tubuh si isteri selamat berada didalam pelukannya.Mereka terjatuh keatas sofa dan tanpa berlengah lagi,wajah Feera digomol."Eiii,nakal eh dia ni.."

Feera berusaha untuk mengelak.Geli wajahnya ditenyeh sebegitu rupa.Dia cuba melepaskan diri tetapi hampa kerana Nazrin sudah mengunci pergerakannya.

"Ok,stop2.Feera dah tak tahan dah.Sorry2"Feera meminta maaf.Tulah kau,tak padan dengan kaki ketot,ada hati nak lari dari laki kau yang tinggi entah berapa itu.

"Tahu pun geli!"Kata Nazrin,tetapi pinggang Feera tidak dilepaskan,selesa berbaring sebegitu.

"Abang,dapur tu tak bersih lagi tau,abang jangan macam2!"Feera mengingatkan Nazrin yang sudah tenggelam dengan dunia sendiri.Bahunya yang terdedah ditutup dengan leher baju.

"Alah,janganlah tutup"Nazrin ingin menarik kembali leher bajunya sebelum ditegah Feera."Abang janganlah..dapur tu bukannya boleh bersih sendiri."Feera ketawa kecil melihat wajah Nazrin yang sudah cemberut.

"Boleh la.."Kata Nazrin.Feera menggelengkan kepala."No,sayang.Tak boleh,selagi dapur tu tak bersih,jangan harap nak dapat"Feera menepuk pipi Nazrin dan bingkas bangun tetapi dia ditarik kembali.

"Fine...tapi nak kiss satu boleh tak?"Suara Nazrin penuh harapan.Feera tersenyum,dengan segera permintaan Nazrin ditunaikan.

"Amboi2!!Kat sini pun jadi korang ya?"

Feera dan Nazrin automatik berdiri tegak.Ya Allah,apa kau buat tadi Feera?!Buat malu je!!

"Eh Mummy,Daddy buat apa dekat sini?Kenapa masuk tak bagi salam?"Nazrin juga sudah gelabah.Wajah mereka berdua merah menyala.

"Tak bagi salam apanya,dah berpuluh kali panggil korang,rupanya tengah sibuk.."Mummy tersenyum.

Feera segan,arghhh,malunya!!"Errr,duduklah dulu Mummy,Daddy"Kata Feera.Dia memberi laluan kepada ibu bapa mertuanya supaya duduk di sofa itu.Feera berlalu ke dapur untuk membuat air.Sambil berjalan,dia cuba membetulkan jantungnya yang berdegup kencang.Tenang Feera..tenang.

(--to be continued this night--)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience