Bab 35

Drama Series 22675

Rintik2 hujan yang mengena lengan bajunya dipandang dengan hati yang sebal,baru tadi dia berdoa agar hujan tidak turun dan dalam masa tak sampai 5 minit,hujan sudah mahu menyembah bumi?

Hai,apalah nasib kau Feera,ada suami pun tak boleh nk harap,dah lah kau tak de kawan yang duduk dekat sini.Nak call mummy and daddy?Memang tak lah wei!!Tak pasal2 Nazrin memarahinya lagi nanti.

Semakin lama,hujan yang tadinya hanya gerimis,sudah menggila.Sakit muka Feera akibat ditampar titisan hujan.Sudahlah disekelilingnya kini hanyalah hutan yang sudah tak nmpk rupanya akibat hari sudah gelap.Yalah,dia sudah berjalan dari siang tadi hingga ke pukul 8 malam.Nasib ada telefon yang membantu,kalau tidak,rupa jalan pun tak nmpk.Gelap.Bayangkan betapa Feera digenggam ketakutan.Sudah lah cuaca sejuk,baju pula sudah basah lencun.Kalau lama lagi dia berkeadaan begini,balik nnti mesti demam panas punyalah.Dia gerenti!!

Sedang dia berjalan2.Lampu berwarna kuning yang terang menyuluh dari arah belakang,Feera tersenyum,nampaknya ada orang yang dapat membantunya.

Tetapi sekejap sahaja,senyumannya hilang apabila dibelakangnya ada dua orang penunggang motosikal menghampiri dirinya.

"Hai cik adik manis,buat apa tengah2 hujan nie?Tak takut ke?"Ujar salah seorang daripada penunggang itu.

"Kalau cik adik sudi,marilah naik dengan abang"Lelaki yang berkata tadi turun daripada motosikalnya sambil ketawa diikuti penungganv yang seorang lagi.Feera sudah mahu berlari tetapi tidak sempat kerana mereka sudah menghalangnya.

"Baik korang blah dari sini sebelum aku jerit!!"Feera menjarakkan diri daripada malaun dua ekor tersebut yang semakin lama makin menghampiri dirinya yang basah kuyup dan kesejukan.

"Amboi,garangnya.Lagi abang suka!"Kedua2 lelaki itu ketawa galak,Feera ketakutan.Dia berharap Nazrin akan datang menyelamatkannya sekarang,tetapi itu semua hanya angan2.Mustahil Nazrin akan datang kesini.Feera menangis didalam hati.Kenapa nasibnya malang sangat malam ini?

'Nazrin...'Entah kenapa hati Feera hanya memanggil-manggil nama Nazrin.

"Please lepaskan aku.."Feera merayu.Dia sudah tak tahu mahu membuat apa lagi.Nak meminta pertolongan dari siapa pun dia tidak tahu.Mana ada orang di jalan raya ini.

"No,kitorang takkan sesekali lepaskan cik adik sebab cik ni cantik.."Mereka cuba memegang tangan Feera tapi ditepis.

Tiba2,Feera lihat,salah seorang daripada mereka terpelanting kebelakang,yang seorang lagi pula terus menaiki motor dan pergi dari situ seprti takut akan sesuatu.Feera mahu berpaling kebelakang sebelum dia berasa pening.Feera rebah,dia sempat terlihat susuk tubuh seorang lelaki sebelum matanya tertutup.

'Nazrin....awak ke tu?'

p/s:please,jangan tengok typo..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience