Bab 59

Drama Series 22675

Senyuman dipalsukan.Wajah Kak Su dipandang sayu.Air mata pula bertakung tapi cuba di tahan agar tidak tumpah.

Seeloknya,biarlah Kak Su ingat dia tumpang tidur disini sebab Nazrin ke luar negara,bukan sebab bergaduh.Dia taknak ibu tahu pasal hal ni.Mummy dan Daddy juga tidak boleh tahu menahu.

"Feera,masuklah cepat.Dekat luar ni banyak nyamuk"Ujar Kak Su seraya melebarkan bukaan pintu.Feera tersenyum senget.

Feera melangkah masuk sambil menarik beg berodanya.Selepas itu,mereka duduk di ruang tamu.Dia melepaskan nafas berat.Mujur ada Kak Su yang baik hati ni,kalau tidak,tak tahulah dia nak tidur mana malam ni,malam esok dan seterusnya.

"Hah,Feera nak apa2 tak?Akak buatkan.."Kata Kak Su.Feera mengeleng laju."Tak ape,Feera ok aje."Balasnya.Dia tak nak menyusahkan Kak Su.Sudahlah menumpang tidur disini pun sudah menyusahkan,ini nak membancuh air semata2 untuk dirinya?Tak payahla...

"Betul ni?"

Feera mengagguk untuk kesekian kalinya.
"Betul,Feera tak haus pun.Lagipun,takut menyusahkan akak aje nanti.Feera dapat tidur sini pun sudah cukup."Kata Feera.Dia tersenyum.

Kak Su merenungnya.Feera kaku,seperti batu aje lagaknya.

"Ke..kenapa akak pandang Feera macam tu?"

"Takade apalah.Ni,Nazrin mana?Dia tak datang sekali?"Tanya Kak Su.Feera menghela nafas lega,huh,ingat nak tanya apa tadi.

"Errr,Abang Nazrin dia pergi outstation seminggu.Sebab tulah Feera nak tumpang sini.Takut pulak nk duduk sorang2 dekat rumah tu.Akak ok kan?Kalau Feera duduk sini seminggu?"Bohong Feera.Apa lagi dia boleh buat?Dia tak nak membocorkan rahsia rumah tangganya.Biarlah dulu,dia belum bersedia.Feera perlu merawat pedih di hatinya terlebih dahulu.Bila sudah sembuh sedikit,baru dia beritahu kepada Kak Su.Nak bagitahu sekarang,takut nanti hatinya sakit lagi.Perasaan terkejutnya tadi pun belum reda,ni nak tambah lagi?

"Owhh,tak adelah.Feera tak menyusahkan pun,Akak lagi suka kalau Feera duduk sini.Ada juga kawan."Seloroh Kak Su diselangi tawa.

Feera turut sama ikut tertawa kecil.

Tiba2 dia tersedar sesuatu."Ermm,lagi satu kan akak,kalau Nazrin call..cakap dekat dia,Feera tak ada dekat sini tau?"

"Eh,dah kenapa pula?"Dahi Kak Su berkerut.Pelik benar permintaan Feera.Diorang ni tengah berperang ke apa ni?

"Errr,sebab haritu..Feera cakap,Feera nak balik kampung,kan ke Feera datang rumah akak sekarang?Kalau akak bagitahu,dia mesti marah punya."Kata Feera.Dia benar2 berharap,Kak Su tidak memberitahu lokasinya.Sah2 la Nazrin akan cari dia nanti.Dia tak mahu bersemuka dengan suaminya itu.Lebih tepat lagi,dia marah dengan Nazrin sebab menipunya bulat2.Siapa yang tak marah bila diperlakukan sebegitu oleh orang yang kita percaya?Orang yang kita cintai?Siapa?Tak ada isteri yang sanggup!!Dia tak kuat..

"Kejap,Feera datang sini,Nazrin tak tahu?!Berdosa tahu tak?"Bebel Kak Su.

Ya,dia tahu perbuatannya ini salah,tapi ini semua juga disebabkan Nazrin kan?Lagipun,dia bukan melarikan diri selama2nya.Dia cuma mahu tenangkan dirinya...dan mungkin..dia akan ke tempat yang jauh dan mendamaikan.Percutian?Sound good.Mungkin balik kampung?

Tapi nak cakap apa dengan ibu?Ahh,lantaklah.Nantilah dia fikir.Bukannya susah sangat pun.

"Please akak...."Feera mencantumkan kedua belah tapak tangannya.Lalu diletakkan dia hadapan wajah.

Kak Su mengeluh."Yelah2.Ok.Tapi,kalau jadi masalah,jangan nak libatkan akak.Feera yang akan bertanggungjawab."Ujar Kak Su.Feera mengangguk laju.Alhamdulillah...

"Thanks,Kak Su"Ucap Feera.

Kak Su membalas dengan senyuman.Tiba2,telefon bimbit Feera berdering kuat.Dengan segera,telefon yang disimpan didalam kocek seluar dicapai lalu dia bingkas bangun dan berjalan jauh sedikit dari Kak Su.

Butang hijau ditekan dan telefon itu dilekapkan ke telinga.

Suara yang tak dikenali menerjah pendengaran.

"Hai...Intan Syafeera.."Sapa suara tak dikenali itu.Feera pelik,siapa pula yang menelefonnya ni?Suara pun pelik.Ya,suara itu kedengaran seperti suara yang diedit.Garau semacam.

Dengan teragak2,Feera membalas."Yes,ini Syafeera.Siapa awak?"

Suara itu tergelak.Kedengaran menyeramkan."Kau tak kenal aku?"Suara itu ketawa lagi.

"Si..siapa?Jangan main2!!"Tegas Feera.Kesabarannya menipis.Kurang ajar betul dia ni!!

"Eiii,lembab lah kau ni..Aku ni Kamal,abang Kamal.Ingat tak?"

Kamal?!Feera tergamam.Kamal..takkan dia boleh lupa lelaki itu?Lelaki yang ingin mencemarkan maruahnya suatu ketika dulu.Lelaki yang ditolak pinangannya.Lelaki yang dianggap baik tapi rupanya manusia bertopengkan syaitan!

Akibat malu ditolak pinangan,Abang Kamal sanggup buat dia begitu.Apa Abang Kamal ni dah gila ke apa?!!

Amarah Feera membuak2,tapi cuba ditahan agar tidak terserlah,bimbang jika Kak Su terdengar.

"Apa yang abang nak ni hah?Jangan ganggu Feera!Feera dah bahagia dengan hidup Feera sekarang!"

Wau..bahagia?Kau tak sedar rumah tangga kau dah musnah ya Feera?Tak sedar kau sekarang keseorangan?Hatinya mengejek diri sendiri

"Kau?Bahagia?!!Jangan harap!Bukan rumah tangga kau dah musnah sekarang?"Kata Abang Kamal.

Mana,
Dia,
Tahu?!!

"Abang jangan kurang ajar,bagitahu Feera sekarang apa sebenarnya abang nak?!!"Desak Feera.Dia sudah
tidak tahan lagi.Mendengar suara lelaki itu pun sudah cukup untuk membuatkan dirinya dikuasai perasaan benci yang maha dasyat.

"Aku nak kau!Boleh....?"Suara lembut plus mengerikan telah muncul.

What?!

"Abang ni gile eh?!Feera dah kahwin pun sekarang jadi Abang dah terlambat"Kata Feera.Kak Su yang duduk disofa dikerling dengan hujung mata.

"Tapi ada je pasangan yang berkahwin bercerai kan?Setakat rumah tangga kau yang tak ada harapan ni,petik jari je.Kau dah ada dalam tangan aku"

"Jangan harap lah!Tengok muka Feera pun abang tak kan dapat!"Talian diputuskan serta merta.Dengan wajah merah padam,kaki dihentak ke lantai.Sofa dihampiri sebelum dia duduk secara kasar di atas sofa.

Kak Su terkulat2."Kenapa?Siapa call tadi?"

Feera memandang Kak Su seketika sebelum menunduk."Entah orang gila mana entah!"

Orang gila?Cakap lama2 macam tu sebab bercakap dengan orang gila?Tak boleh dipercayai..

"Yeke....?"Kata Kak Su tidak percaya.

"Betul...dia..just,ok fine.Kita tak payah sembang pasal ni ok?"

Kak Su mengangguk.Feera pula sudah bercelaru fikirannya memmikirkan tentang panggilan tidak diminta tadi.Apa niat dia?Apa yang dia nak?Betul ke apa yang dia cakap tu?

Segalanya akan terbongkar nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience