Bab 61

Drama Series 22844

Keesokan harinya,Nazrin datang ke pejabat sperti hari2 sebelumnya.Sebelum bertolak,dia cuba menelefon isterinya tetapi gagal.Sejak semalam,panggilannya tidak diangkat2.

"Haih,mana dia ni?"Keluhnya sendiri sebelum telefon bimbit itu dihempas kasar ke atas tempat duduk penumpang disebelahnya.

Enjin dihidupkan dan dia mula memandu ke pejabatnya.

Didalam perjalanan,dia tidak habis2 memikirkan keselamatan Feera.Dimana dia tinggal?Makan ke tidak?

Risaunya bertambah apabila dia dapat tahu Feera langsung tak ambil duit yang Nazrin bagi.Jenuh dia berfikir ke mana isterinya pergi.Nak kata dikampung,Nazrin telah menelefon Mak Biah.Katanya Feera tak ke sana.

Akhirnya,dia terpaksa membongkarkan perkara yang sebenar bila Mak Biah sudah bertanya itu ini.

Nasib baik Mak Biah berpihak kepadanya.Ibu kepada isterinya itu memintanya supaya segera menyelesaikan isu ini.Takut melarat nanti,nak menyesal pun tak guna.

Nazrin menggali ingatannya tentang tempat2 yang mungkin Feera pergi.

Tiba2 di teringatkan seseorang.Dengan segera di membuat pusingan U dan memecut laju.

Kak Su!Terdapat 80% kemungkinan bahawa Feera tumpang di rumah Kak Su.Lagipun,Kak Sulah satu2nya rakan baik Feera.Logik la kalau isterinya kesana kan?

Nazrin masuk kedalam sebuah taman perumahan.Alamat rumah Kak Su dicari.

Tapi tak jumpa!

Dengan susah payah,Nazrin terpaksa meronda satu kawasan perumahan ini.

Selepas 25 minit,rumah yang dicari sudah muncul.

Patutlah dia tak perasan,sebab rumah itu dilindungi pokok yang besar.

Dengan gelengan dikepala,dia tergelak sendiri.Lepas lima kali kau berpusing2 dekat sini?Akhirnya,rumah situ je ke?Gila!

Nazrin keluar dari kereta BMWnya.

Pagar yang sudah berkarat itu dibuka,lantas dia memberikan salam."Assalamualaikum!"

Sunyi.Salamnya tidak dijawab.Tak ade orang ke dalam rumah ni?Tapi tv tu terbukak aje?

Ya benar,melalui tingkap rumah itu,dia dapat melihat tv didalam rumah itu sedang menayangkan cerita kartun spongebob squarepants.

Eh jap,Feera suka tengok kartun spongebob squarepants kan?

Firasat Nazrin makin kuat mengatakan isterinya ada dengan Kak Su.

"Feera,keluarlah.Jangan buat abang macam ni!"Pekiknya.Dia tidak kisah jika penghuni kawasan perumahan ini mahu memakinya kerana membuat bising.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience