Bab 48

Drama Series 22675

"Honeymoon?!"Terbatuk2 kami berdua akibat cadangan gila Mummy.

"Yes,honeymoon.Korang kan dah kahwin.So why not kalau pergi bercuti di mana2?"Usul Mummy seraya tersenyum memandang Feera yang kaget.

"Tapi Mummy..Kan ke Nazrin dengan Feera dah nk kena masuk kerja dua hari lagi,mana sempat"Kata Nazrin.Feera tahu yang Nazrin sedang mencari alasan.

"Tambah lagi seminggu cuti"Kata Daddy tiba2.Nazrin menjeling Feera dan melalui isyarat mata,Nazrin menyuruh Feera berkata sesuatu.

Feera hanya menggangguk.

"Tapi,apa kata bos Feera nanti,dia mesti marah kalau Feera tambah cuti lagi."Nazrin membulatkan mata.'Bukan itu yang aku nk kau cakap!'Desis hati Nazrin.Matanya tajam mencerlung Feera yang terkulat2.Kenapa?Aku dah salah cakap ke?

Mummy dan Daddy tergelak."Kenapa pula Bos Feera nk marah,dia pun akan pergi juga"

Feera blur,Bos aku pun pergi sama?!apakah kejadahnya?!

"Bos Feera..per..pergi sa..sama?"Tanya Feera tersekat2.Pening akibat ayat yang keluar dari mulut Daddy.

"Feera sayang,Feera tak tahu ke yang suami Feera tulah sebenarnya bos Feera?"Mummy ketawa lagi.Feera melopong.

"What?Abang Nazrin ni bos Feera?"

Nazrin dipandang sekilas.Nampakya lelaki itu sudah bengang dengannya.Ya Allah!Kenapa kau boleh tak tahu yang Nazrin tu Bos kau?!Selama ini,Feera langsung tak bertanya di mana sebenarnya lelaki itu bekerja.Malah tak ambil kisah pun.Haisyy,kebodohan kau terserlah lagi Feera!

"Iya,Nazrin ni Bos Feera.So,kalau nk minta cuti,minta dengan suami Feera jelah.Dia tak marah punya."

Feera menjeling Nazrin.Waduuhh,nanti dekat office kena hadap lelaki ini juga ke?Argghh,lagi satu,apa kata rakan2nya nnti?Kak Su takpelah sebab dia dah tahu.Macam mana pulak gadis2 dekat office tu nak terima yang bos yang mereka minat dalam diam sebenarnya suami kepada Intan Syafeera,rakan sekerja mereka?!Adakah dia akan dipulaukan?Disisihkan?Dikecam?!Oh Nooooo!!!Matilah dia!!

"Jadi,korang boleh la pilih mana2 destinasi yang korang nk pergi.Dan jangan risau sebab Daddy dah setuju nk sponser honeymoon kamu berdua."Kata Daddy pula.Feera hanya memandang wajah Mummy sambil mengukir senyuman palsu.

Nak berdua dengan Nazrin?!Gilalah!Sudahlah haritu semasa dia tinggal di rumahnya,lelaki itu sudah banyak karenah yang boleh melemahkan jantung Feera.Ni nk pergi ke luar negara?Nak minta tolong dengan siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience