27. BUKTI

Romantic Comedy Series 8220

Fairuz bangun dari pembaringannya. Dia tersenyum sendiri. Dia terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dengan perlahan-lahan dia melangkah turun. Wajahnya penuh dengan senyuman yang penuh dengan sinis.

“Senang kau duduk. Macam Tuan rumah”

Terkejut Shila melihat Fairuz di pintu tangan sedang merenungnya dengan renungan tajam.  Dia terus berdiri. Sejak bila Fairuz boleh berjalan. Dia tipu semua orang ke. “Tak. Shila rehat sekejap. Fairuz nak makan. Shila sediakan”

Fairuz senyum singgung. “Boleh juga” Fairuz melangkah ke arah Shila. Dan dengan pantas Shila berlalu ke dapur. Bahang panas Fairuz terasa semasa Shila lalu di sebelahnya.

Pantas Shila masukan nasi goreng ke dalam pinggan. Nasi goreng yang telah di masukan ubat agar Fairuz bertambah sakit.

Fairuz duduk di meja makan dan Shila hanya berdiri di tepi sahaja. “Duduk teman aku makan sekali”

Shila duduk seperti di arahkan. Dia kena sentiasa berlakon baik di hadapan Fairuz hingga Fairuz betul-betul tidak mampu melakukan apa-apa lagi. “Sejak bila Fairuz boleh berjalan?”

Fairuz yang baru ingin menyuap nasi ke dalam mulutnya terhenti dan memandang Shila. “Sejak aku lahir” Fairuz membalas “Kenapa? Kau ingat aku cacat ke?” di pandang Shila dengan pandangan tidak puas hati.

“Tak!. Fairuz jangan salah anggap. Sebab Fairuz kan pakai kerusi roda sebelum ni”

Fairuz senyum dengar jawapan Shila. Nasi goreng di pinggannya di tolak ke hadapan Shila. “Kau makan?”

“Saya dah makan. Ni memang untuk Fairuz” Shila sedikit cuak apabila dia di suruh makan.

“Makan!” Sepatah sahaja Fairuz bersuara tapi ketika itu di rasakan sedikit gerun melihat Fairuz. Pandangan matanya sangat tajam.

Terketar tangan Shila memegang sudu. Dengan perlahan lahan dia ambil nasi untuk di bawa masuk ke dalam mulutnya. Fairuz dengan tiba-tiba berdiri tanpa sedikit pun pandangan matanya berubah memandang Shila.

“Aku nak kau makan!!” nasi di pinggan di ambil lalu di sumbat secara paksa ke dalam mulut Shila. Berulang kali dia lakukan hingga Shila terpaksa menelan. Dia cuba untuk mengelak tapi kepalanya di pegang kuat oleh Fairuz hingga tidak dapat bergerak sedikit pun.

Dia cuba keluarkan apa yang di sumbat tapi Fairuz tidak henti menyumbat mulutnya hingga penuh sepenuhnya. Kemudian di katup mulutnya dengan tangan supaya dia tidak mampu untuk keluarkan sedikit pun.

Fairuz sudah puas, meninggalkan Shila di meja makan. Dia naik semula ke biliknya dan baring sambil menutup matanya kembali. Di buat seperti tiada apa yang terjadi hanya menunggu kepulangan Safuan.

Shila dengan pantas ke tandas. Di jolok tekaknya untuk keluarkan semula nasi yang telah dia telan. Harap semuanya dapat keluar semula. Dia sendiri terkejut dengan perubahan sikap Fairuz yang mendadak berubah. Dia kena bagitahu Safuan yang Fairuz sebenarnya tidak lumpuh. Fairuz boleh berjalan. Dia menipu Safuan. Pasti dengan senang Safuan membuang Fairuz jauh dari hidupnya.

 

Safuan tiba sahaja di rumah terus masuk ke dalam biliknya. Di jenguk isterinya yang masih terbaring di atas katil. Dia duduk di birai katil sambil menyentuh badan isterinya itu.

“Sayang jom pergi klinik”

Fairuz buka matanya dan memandang Safuan. “Nak mandi dulu. Busuk”

“Abang lap je badan sayang. Mandi nanti sejuk sangat” Safuan bangun mengambil tuala kecil dan masuk ke bilik mandi. Di ambil air segayung. Tuala di basahkan dan dia mula lap seluruh tubuh Fairuz. Di tukarkan baju yang bersih. Di angkat Fairuz turun dan terus di masukkan ke dalam kereta.

 

“Tahniah Puan mengandung”

Fairuz dan Safuan saling memandang satu sama lain. Dua dua terkejut dengan khabar berita yang di terima. Doctor tersenyum melihat reaksi kedua pasangan di hadapan. Kedua terkejut hingga terkaku tidak mampu bersuara.

“Abang”

“Sayang”

Serentak keduanya bersuara. Mereka berpelukan seerat mungkin. Tidak sangka setahun lebih berkahwin akhirnya di berikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Kita ada anak dah” sebak suara Fairuz. Dia tidak sangka sama sekali. Dalam keadaan dia begini dia di beri peluang untuk mengandung.

“Terima kasih kasih sayang”

Setelah puas meluahkan rasa sesama mereka. Pelukan di leraikan dan Safuan memandang wajah doctor yang merawat isterinya. “Kenapa isteri saya demam? Tak beri kesan pada anak kami kan? isteri saya sihat kan?” Safuan bukan sahaja risaukan anaknya tetapi Fairuz juga.

“Mungkin di sebabkan hormon. Badan Puan sebenarnya sedang sesuaikan diri dengan kewujudan anak di dalam rahim Puan. Insyallah esok kebah demam Puan”

Fairuz mengangguk kepala, tanda faham apa yang di katakan oleh doctor di hadapannya.

“Baby jangan buat Mama sakit lama-lama. Kecian Mama” di usap perut Fairuz yang masih leper itu. Akhirnya dia berpeluang menjadi seorang Ayah.

 

 
Beberapa minggu kemudian...

Shila merasa pelik apabila apa yang di jampi pada Safuan seperti tidak memberi apa-apa kesan. Pada mulanya nampak perubahan pada Safuan. Tidak lama lepas itu. Safuan tidak memandang langsung ke arahnya.

Fairuz pula di hadapan Safuan lemah Lembut dan baik sekali tapi apabila Safuan sudah pergi kerja. Dia mula mengarah Shila melakukan kerja rumah. Dia di dera oleh Fairuz dengan cara halus. Shila cuba untuk beritahu keadaan sebenar Fairuz pada Safuan juga tidak kesampaian kerana tiada langsung masa untuk dia bercakap berdua dengan Safuan.

Jika dia hantar bukti dengan pesanan ringkas sahaja di rasakan tidak patut pula. Seperti dia sengaja mahu buat Safuan dan Fairuz bergaduh.

Shila yang dengar seperti ada seseorang di dapur dengan pantas dia keluar dari biliknya. Dia tahu siapa lagi jika bukan Safuan. Jika Safuan di rumah pasti Fairuz akan jadi lumpuh semula. Fairuz ingat Shila tidak akan berani bagitahu kebenaran pada Safuan.

“Safuan boleh cakap sikit”

“Apa” Safuan meneguk air tanpa sekilas pun memandang wajah Shila.

Shila menghulurkan telefon pintarnya pada Safuan. Safuan mengambil tanpa banyak tanya. Di tekan butang main dan tertampang video Fairuz berjalan dengan bersahaja di dalam rumah. Berkali-kali Safuan memainkan semula video tersebut.

Shila melihat riak wajah Safuan terkejut. Akhirnya berjaya juga dia untuk beritahu pada Safuan kebenaran keadaan sebenar Fairuz. “Saya nak bagitahu lebih awal. Tapi takut Safuan tuduh Saya bukan-bukan. Saya beranikan diri bagitahu Safuan juga sebab tak sanggup tengok Safuan di tipu”

Safuan mengenggam gelas di tangannya hingga pecah. Tidak langsung Safuan menunjukkan riak wajahnya dalam kesakitan apabila kaca menyusuk ke dalam kulitnya. Darah menitis keluar tanpa henti di biarkan sahaja. Dia mula melangkah meninggalkan dapur.

“Safuan Saya tolong bersihkan luka tu” Pantas Shila menahan Safuan dari terus pergi. Melihat reaksi Safuan akhirnya dia berjaya. Pasti Fairuz akan di benci oleh Safuan kerana menipu hidup-hidup.

Safuan tanpa bersuara terus duduk di meja makan. Shila dengan pantas mengambil peti kecemasan untuk merawat Safuan. Safuan langsung tidak memberi reaksi ketika Shila mencuci lukanya. Pasti hatinya lebih sakit daripada luka di tangan.

“Safuan jangan marah Fairuz. Pasti ada sebab dia begitu” Shila cuba untuk menduga apa yang di rasai oleh Safuan.

“Sebab apa?” Safuan memandang tepat pada mata Shila. “Sampai sanggup menipu diri lumpuh”

“Saya tak tahu. Tapi Safuan jangan terus marah Fairuz. Safuan tanya dia elok-elok” Shila sengaja mahu buat dirinya nampak baik di hadapan Safuan. Masih mengambil berat akan Fairuz walaupun rahsia Fairuz telah di bongkar olehnya.

“Okay. Terima kasih ni” Safuan mengangkat tangannya yang di rawat oleh Shila.

“Ye sama-sama” Shila leretkan senyuman manis pada Safuan.

“Shila jangan bagitahu sesiapa pasal Fairuz. Nanti saya uruskan sendiri”

Shila mengangguk kepala. Safuan bangun dari duduknya dan balik semula ke biliknya. Di renung pada susuk tubuh Fairuz yang sedang terbaring. Dia dekati Fairuz. Duduk di birai katil di sebelah Fairuz. Di sentuh wajah isterinya itu.

Fairuz tersedar apabila merasa ada sesuatu menyentuhnya. “Abang tak tidur lagi”

“Tak sayang. Nak duduk main dengan baby sekejap” di usap perut Fairuz. Di dalam fikiran dengan memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Fairuz sedang mengandungkan anaknya.

Fairuz memegang tangan Safuan dan tersenyum. “abang jangan tidur lambat ye”

“Ye sayang” di cium dahi Fairuz. “Maaf Abang ganggu tidur sayang” Safuan memandang wajah Fairuz yang sedang enak tidur.

Fikirannya melayang jauh lagi sekali. Apa yang perlu dia lakukan atas Fairuz. Dia Sayangkan Fairuz sepenuh hatinya hingga sakit sedikit pun tidak pernah di berikan pada tubuh badan isterinya itu.

Mahu ceraikan Fairuz tetapi sekarang ada benihnya di dalam rahim Fairuz. Anak yang sentiasa di nantikan. Dia tidak mahu anaknya kehilangan kasih seorang ibu atau Ayah.

Safuan capai telefon nya. Dia menaip sesuatu dan di hantar pesanan itu kepada Shila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience