28. TIPU

Romantic Comedy Series 8220

Shila bangun pagi melihat ada satu pesanan ringkas dari Safuan. Dengan pantas dia membaca.

Perhatikan apa yang Fairuz buat sepanjang hari di rumah. Sentiasa update pada saya.

Shila bersorak gembira. Akhirnya plannya menjadi. Pasti Safuan curiga dengan Fairuz sebab itu dia di arahkan untuk memerhatikan isteri dia tu.

Ketika di meja makan Shila sempat memandang Safuan dan apabila pandangan matanya bertemu dia memberikan senyuman. Safuan juga tidak lagi bermuka kelat apabila memandangnya.

“Sayang jangan buat banyak kerja. Sayang tak sihat lagi” Safuan memberi pesanan pada Fairuz sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Walaupun hatinya sakit, isterinya perlu di jaga juga kerana ada zuriatnya di dalam kandungan Fairuz.

“Abang janganlah risau. Sayang tahu jaga diri. Abang hati-hati bawa kereta tu” Fairuz melambai Safuan dengan senyuman lebar di wajahnya.

Sebaik kereta Safuan tidak kelihatan, Fairuz masuk ke dalam rumah. Dia terus berdiri dan berjalan ke dapur. Air panas di tuang ke dalam mangkuk lalu dia bawa masuk ke dalam bilik Shila tanpa sebarang ketukan.

“Fairuz nak Shila buat apa-apa ke?”

Di simbah air panas pada tangan Shila tanpa sebarang amaran dan mangkuk yang di bawa di baling ke dinding hingga bekecai. Jeritan Shila menahan sakit tidak di hiraukan. Di tarik rambut Shila hingga terdongak belakang.

“Sebab aku tak suka kau. Suka hati aku nak buat apa pun pada kau. Kau bernasib baik sebab aku siram dengan air panas dekat tangan kau bukan asid” Di tolak kepala Shila hingga terjatuh. Ke belakang. Dia keluar dari bilik Shila dan menghempas pintu dengan kuat.

Sekali lagi aku nampak kau sentuh Safuan. Aku tak teragak untuk buat kau terseksa seumur hidup. Safuan hanya milik Fairuz.

Shila dengan pantas ke bilik air untuk mengalirkan air pada tangannya. Tangannya kemerahan dan merasa pedih. Dia tidak menduga langsung Fairuz akan menyerang secara fizikal.

Dalam keadaan tangan yang pedih, Shila terpaksa melakukan semua kerja yang di arahkan oleh Fairuz. Dia sedar dia hanya menumpang. Tapi apabila Safuan menjadi miliknya. Akan di balas balik lebih teruk dari apa yang Fairuz lakukan padanya sekarang ini. Sekarang dia hanya boleh bersabar sahaja.

“Dah siap Fairuz. Ada lagi nak saya buat?”

Fairuz hanya memberi isyarat tangan agar Shila pergi.

Shila terus masuk ke dalam biliknya. Tiada kuasa mahu duduk bersama Fairuz di ruang tamu. Mahu Fairuz naik angin pasti dia juga yang kena.

Shila baring di atas katil dan menaip apa yang berlaku dan di hantar report tersebut pada Safuan. Sudah Safuan yang minta, akan di turuti.

Safuan : teruk ke? Nak pergi klinik.

Shila : Tak. Cuma kalau boleh nak minta Safuan belikan ubat sapu. Dalam peti kecemasan saya tengok dah expired.

Safuan : Sebelum balik saya belikan.

Safuan campak telefonnya di atas meja. Di rasakan Fairuz semakin melampau hingga cuba mencederakan Shila. Jika di diamkan pasti akan berlarutan atau Fairuz semakin bermaharajalela buat sesuka hatinya.

 

 

Safuan membalas senyuman Fairuz seperti biasa walaupun sudah tahu apa yang isteri sedang menipunya. Terpaksa demi anaknya.

“Abang beli apa tu?” Fairuz bertanya kerana melihat Safuan menjijit beg plastik berwarna putih.

“Krim sapu. Shila minta belikan”

“Oh.. patut Abang lambat 30 minit. Singgah kedai dulu” riak wajah Fairuz sedikit berubah. Sebelum ini Shila perlukan apa-apa akan minta padanya. Dia yang akan beritahu Safuan untuk membeli. Tapi sekarang Shila sudah minta sendiri pada Safuan. Sejak bila Safuan berbaik dengan Shila.

“Abang lupa nak bagitahu sayang. Maaf buat sayang tertunggu” Safuan berasa bersalah melihat senyuman di bibir Fairuz hilang. Tahu pasti isterinya sedang memikirkan sesuatu atau curiga dengannya. Mana pernah dia bercakap dengan Shila sepanjang Shila duduk dengannya. Tiba-tiba dia balik bawa barang yang Shila kirim tadi.

“Tak apa! Jom masuk. Abang kena mandi busuk!” Fairuz menutup hidungnya dengan jari. Cuba buat seperti biasa walaupun dia sebenarnya tidak ada mood untuk bergurau dengan Safuan.

“Jom” di tolak Fairuz hingga ke pintu tangga. “Sayang tunggu sekejap. Abang nak bagi ni dekat Shila”

“Okay” bertambah suram wajah Fairuz. Shila sempat menjeling Fairuz dan memberikan senyuman manis pada Safuan.

“Jom sayang” Di angkat Fairuz untuk di bawa masuk ke bilik. “Nanti kita pindah rumah. Abang dah cari rumah baru yang lebih besar untuk anak kita”

Wajah Fairuz yang suram terus bertukar ceria. “Abang beli rumah baru ke?”

Di dudukkan Fairuz di birai katil. “Yup! Sebab sayang rezeki Abang melimpah ruah. Jadi apa yang Abang dapat Abang berikan semula pada sayang”

“Tapi sini banyak kenangan kita”

Safuan mengeling kepala dan tangannya mula buka butang di baju kemejanya. “Tak lama lagi kenangan lebih bermakna akan muncul” Safuan senyum manis membalas senyuman Fairuz.

“Bila kita nak pindah rumah baru” Fairuz menjadi teruja apabila mendengar kata-kata Safuan. Siapa tidak mahu bahagia. Hidup penuh bermakna, penuh dengan kenangan terindah bersama dengan orang tersayang.

“Lepas kita balik dari bercuti” dagu Fairuz di pegang dan di dongakkan sedikit kepala Fairuz dan satu kucupan di bibir di beri.

“Tak lama dah. Tak sabarnya. Hanya ada Sayang. Abang. dan anak ini” Fairuz menepuk perutnya dengan lembut.

“Ye sayang” Safuan menghilangkan diri ke dalam bilik mandi. Dia tersenyum bila teringat saat bersama dengan Fairuz sepanjang perkahwinan ini.

Dinding di tumbuk dengan kuat secara tiba-tiba. Hatinya sakit apabila teringat video yang Shila tunjukan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience