13. IKHLAS

Romantic Comedy Series 8220

Perubahan sikap Fairuz membuatkan Khatijah dan Salim merasa sunyi. Jika dulu apabila melawat Fairuz, Fairuz akan melayan mereka. Senang untuk di ajak berbual. Tapi sekarang apabila berada di hadapan Fairuz, mereka seperti tidak wujud. Mereka bagaikan halimunan. Malah sesiapa sahaja di hadapan Fairuz pasti layanan sama seperti mereka dapat.

“Kita bawa balik. Saya rasa dekat rumah lagi elok dari sini. Sini dia tak keluar ke mana. Macam penjara. Mungkin bawa keluar dia lagi okay”

“Kita tak boleh saja-saja bawa dia balik” Khatijah memandang Salim. Suaminya itu buat keputusan seperti Fairuz itu anaknya. Tidak mahu di tuduh bawa lari anak orang pula.

“Kita bawa balik sekejap. Bawa dia jalan-jalan. Kita tak cuba kita tak tahu” Salim cuba memujuk Khatijah. Mungkin sebab Fairuz jadi begini kerana terlalu lama di dalam hospital. Tiada apa yang boleh dia lakukan membuatkan dia memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna.

“Saya tanya doctor yang rawat Fairuz dulu”

“Saya ikut. Biar saya yang pujuk doctor Adam tu”

Fairuz yang sentiasa termenung memandang ke keluar tingkap di tinggalkan sendiri. Dia sudah tidak mengamuk seperti sebelum ini. Tapi dia lebih banyak termenung. Tidak hiraukan sekeliling. Seperti dia berada dalam dunianya sendiri. Apa yang di fikirkan hanya dia sahaja yang tahu.

Setelah di bincangkan dan mendapat persetujui Doctor Adam. Salim dengan senang hati menguruskan segala urusan keluar Fairuz. Walaupun beberapa hari sahaja, Salim berharap dapat memberi kesan positif pada Fairuz walaupun hanya sedikit.

Salim melangkah semula ke bilik Wad Fairuz apabila segala urusan sudah selesai. Hanya untuk di bawa Fairuz pergi sahaja.

“Fairuz jom ikut Pak Cik balik” Salim bersuara sebaik masuk ke dalam.

Fairuz memusingkan kepalanya memandang ke arah Salim dengan wajahnya mempunyai kesan air matanya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Agak seram bagi sesiapa yang melihat ketika itu.

“Kenapa Fai.. Astaghfirullah. Doctor!!! Nurse!!!” Kuat suara Salim memanggil. Dia terkejut melihat Fairuz yang berlumuran darah. Di pahanya tercacak gafru dengan kukuh.

 

“Fairuz kenapa cederakan diri sendiri? Fairuz buat macam ni. Lagi lambat Fairuz boleh berjalan” Doctor Adam yang sedang mencuci Luka Fairuz, cuba memberi nasihat sambil memujuk. Walaupun Fairuz tidak memberi reaksi, doctor Adam tahu Fairuz mendengar setiap tutur bicaranya.

“Fairuz mula-mula boleh kuat. Kenapa tiba-tiba down. Fairuz ada masalah cerita dekat Doctor. Jangan pendam sorang sorang. Kalau doctor boleh tolong. Insyallah doctor tolong”

“Doctor boleh ke buat saya jalan balik. bagi kaki saya balik” di pandang wajah doctor Adam tanpa perasaan.

Sedikit lega doctor Adam apabila Fairuz mula berbicara “Ini. Fairuz sendiri kena usaha. Kalau Fairuz rajin pergi fisio. Insyallah Fairuz boleh jalan semula”

“Kenapa saya yang perlu pergi. Bukan saya yang buat diri saya sendiri jadi macam ni. Kenapa mesti Saya!” Suara Fairuz semakin meninggi naik.

Doctor Adam cuba untuk tenang dan cuba memujuk Fairuz lagi. “Ini ujian untuk Fairuz. Pasti ada hikmah semua ni jadi pada Fairuz. Fairuz sendiri tahu kan. Semakin banyak ujian kita dapat, semakin ALLAH sayang kita”

“Hahahahaha… doctor cakap senang. Saya pun boleh cakap macam doctor. Tapi ada ke doctor rasa macam saya rasa. Sebab orang lain aku jadi macam ni. Kaki aku ni cacat bukan aku yang buat” Fairuz bercakap dengan memukul kakinya sendiri. Dia seperti bukan dirinya semula.

Pantas jururawat memegang tangan Fairuz dan di ikat di tepi katil. Terpaksa di buat begitu jika tidak pasti Fairuz akan mencederakan dirinya lagi.

 Khatijah yang dengar kata-kata Fairuz menangis menitiskan air mata. Dia seakan faham apa yang Fairuz rasakan. Semuanya kerana anaknya Safuan. Salim memeluk Khatijah agar isterinya itu tenang. Dia pun sebenarnya tersentap dengan kata-kata Fairuz. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Semuanya telah terjadi. Jika dia boleh menukar kakinya dengan Fairuz. Akan di tukar lebih awal sebelum jadi begini.

Jururawat menarik kain pengadang yang menutup katil Fairuz ketika rawatan. “Buat masa ni, saya tak benarkan dia keluar lagi” Doctor Adam risau jika Fairuz di bawa keluar lagi menganggu emosi pesakitnya. Lagi kuat perasaan cuba mencederakan diri akan timbul.

“Ye saya faham. Terima kasih doctor” Salim memberi senyuman tipis pada doctor yang merawat Fairuz itu.

Khatijah dekati Fairuz yang terikat kedua tangannya. Tangisannya semakin kuat. “Maafkan doctor Fairuz. Doctor janji doctor akan jaga Fairuz macam anak doctor sendiri. Fairuz panggil doctor, Mak ye. Panggil Pak Cik, Ayah. Kami mahu tebus kesalahan Safuan pada Fairuz”

Tidak langsung Fairuz memberi reaksi pada kata Khatijah. Malah melihat keduanya juga tidak. Matanya lagi di tutup rapat.

Khatijah mengambil keputusan untuk memeluk Fairuz. “Mak ikhlas nak jaga Fairuz. Mak akan jaga Fairuz sampai akhir hayat Mak” Dibisikan pada telinga Fairuz. Dia tidak mahu Fairuz tanggung seorang diri yang dia alami.

“Fairuz ni Ayah suapkan” Salim mengambil sesudu bubur dan di bawa ke mulut Fairuz. Lama dia duduk menunggu, sedikit pun Fairuz tidak mengusik makanannya. Jadi dia terpaksa memaksa Fairuz makan.

Keadaan Fairuz semakin baik, tidak cuba untuk mencederakan diri sendiri lagi. Tapi dia sentiasa termenung terkaku. Jika dia duduk, memang akan duduk sahaja sampai ada orang lain yang mengerakkan tubuh badannya. Kecing beraknya juga terpaksa di pakaikan pampers.

Safuan setiap hari bertanya khabar Fairuz pada Khatijah atau Salim. Semakin berganda rasa bersalah yang dia alami. Kerana kata badan orang lain yang binasa. Dia sebolehnya mahu berjumpa dengan Fairuz tapi di halang oleh Khatijah. Khatijah tidak mahu, Fairuz mengamuk apabila melihat Safuan. Biar Fairuz betul stabil baru bersua muka.

Salim cengkam rahang Fairuz untuk buka mulut anak gadis di hadapannya. Di suapkan bubur ke dalam mulut Fairuz. Bubur sahaja yang boleh di beri. Makanan berat lain tidak boleh di beri kerana Fairuz langsung tidak mengunyah mulutnya. Jika bubur di beri Fairuz terpaksa menelan, kerana cair.

“Fairuz makan banyak ye. Esok kita boleh keluar pergi jalan” Salim menyuapkan lagi bubur ke dalam mulut Fairuz. Mulut yang comot di lap bersih dan menyuapkan lagi Fairuz.

Silih berganti dia dan Khatijah menjaga Fairuz. Di jaga seperti keluarganya sendiri seperti yang di janjikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience