Di sebabkan hal semalam, teruk Safuan di marahi oleh Khatijah dan Doctor Adam. Kesihatan Fairuz yang semakin membaik kembali merosot mendadak. Gangguan emosi Fairuz semakin teruk jika sedar sahaja dia akan memukul mukul kakinya sendiri. Di panggil pakar psikiatri juga tidak memberi kesan pada Fairuz. Dia langsung tidak mahu memberi kerjasama. Apa yang boleh di lakukan hanya di berikan ubat penenang sahaja.
“Fairuz Saya bawakan Pizza. Jom makan. Awak suka kan” Berhati-hati Safuan dalam katanya. Nada suaranya juga lembut sekali. Dia telah di beri amaran yang Fairuz masih lagi dalam keadaan tidak stabil. Kerana kelancangan mulutnya Fairuz jadi begitu.
Fairuz hanya diamkan diri. Dia hanya memandang keluar tingkap melihat langit. Kenapa ketika di langgar dia tidak mati sahaja. Kenapa mesti dia hidup lagi. Kenapa semua terjadi pada dia. Hendak lari tidak mampu. Malah jalan pun tidak boleh. Hari-hari cuba dekatkan diri dengan ALLAH. Memujuk hati sendiri agar redha dengan ketentuannya tapi hatinya tetap rapuh.
Safuan buka kotak pizza agar bau pizza itu boleh masuk ke hidung Fairuz. Agar terdetik walaupun sedikit untuk dia memberi reaksi. “Ni perasa sama macam semalam. Yang awak suka tu”
Safuan melihat Fairuz tetap sama seperti mula-mula dia masuk. Tetap terkaku. Safuan mengambil sepotong pizza dan di letakkan pada tangan Fairuz. “Makanlah awak”
Fairuz tidak langsung memberi reaksi. Matanya memandang ke arah Safuan tanpa sebarang riak. “Kau boleh pulangkan kaki aku”
Jantung Safuan terus berdegup laju apabila Fairuz bertanya begitu. “Fairuz Saya minta maaf” Tiada ayat lain boleh di ucapkan hanya maaf sahaja boleh di pinta. Jika bukan dia pasti Fairuz tidak seperti sekarang ini.
“Aku nak kaki aku balik” renungan Fairuz pada Safuan semakin tajam. Nada suaranya juga semakin meninggi.
Safuan menelan air liuhnya. “Saya akan jaga awak. Saya akan bertanggungjawab dengan apa saya lakukan pada awak”
“AKU NAK KAKI AKU!!” bergegar paras tingkat menempatkan wad Fairuz. Bergegas jururawat ke bilik Fairuz. “KAKI AKU!!!”
“Insyallah Fairuz boleh jalan semula. Fairuz kena kuat” Safuan cuba menenangkan Fairuz yang sudah seperti orang yang tidak siuman.
“SEMUA SEBAB KAU!! AKU NAK KAKI AKU BALIK!!!” Di pandang Safuan dengan pandangan tajam.
“Fairuz sabar” jururawat yang sampai terus menerpa Fairuz. Di peluk Fairuz untuk menenangkannya. Seorang lagi jururawat menolak Safuan agar keluar dari bilik Fairuz. Kerana jelas kelihatan pandangan Fairuz pada Safuan penuh dengan kemarahan. Kerana Safuan berada di situ membuatkan Fairuz yang tenang tadi mengamuk semula.
“Saya terpaksa bagi ubat tidur lagi sekali” Doctor Adam memandang 3 beranak di hadapannya. Keadaan Fairuz tidak boleh di kawal dengan kata pujukan. Jururawat yang cuba memujuk juga habis di pukul sahaja kerana cuba menghalang dia dari memukul diri sendiri.
Pada mulanya, di ingatkan Fairuz seorang yang tabah menerima berita keadaanya sehingga di sediakan awal doctor psikiatri untuk memberi kata semangat padanya. Tapi semuanya meleset sekali. Keadaan Fairuz semakin teruk daripada yang di duga.
“Saya nasihatkan Safuan jarakan diri dari Fairuz buat sementara waktu. Sampai emosi dia betul-betul pulih”
Safuan terus terduduk dan mengengam rambutnya dengan kedua tangannya. Semua kerananya. Cuba dia mampu mengawal mulutnya ketika bercakap pasti Fairuz tidak jadi begini.
“Terima kasih Doctor”
Doctor Adam mengangguk kepala dan melangkah pergi. Meninggalkan tiga beranak itu di luar wad Fairuz.
“Pengajaran untuk Safuan. Safuan jangan ingat dia maafkan Safuan, apa yang Safuan buat padanya akan turut terlupus dalam ingatan dia” Salim memegang bahu anaknya itu.
“Mak tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu Safuan. Lain kali sebelum berkata fikir dahulu”
Safuan tahu, tidak guna dia menyesal sekarang. Memang dia katakan tutur bicaranya adalah untuk memberi nasihat pada Fairuz. Tapi dia tidak sedar dia telah melukakan hati Fairuz. “Safuan nak tengok Fairuz sekejap” Safuan bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam wad.
Di lihat wajah Fairuz yang sedang tidur. Nampak tenang tapi jiwanya tidak. “Awak saya balik dulu. Buat sementara waktu ni saya tak datang lawat awak. Saya betul-betul minta maaf” habis berkata Safuan terus melangkah pergi.
Jika masa boleh berputar balik.
sebab stress kita upload hari ni.
Share this novel