Bergegar satu rumah dengan ketawa Fairuz yang dapat menyakat suaminya. Shila yang duduk di ruang tamu rumah melihat dari bawah, Apa yang buatkan Fairuz terketawa gembira. Tapi dia tidak nampak apa yang Safuan dan Fairuz tengah lakukan. Safuan awal-awal sudah melarang dia jejakan kaki di tangga. Ruang untuk Shila hanya di bawah. Shila tidak berani melawan apabila melihat wajah kelat Safuan.
Seminggu dia duduk bersama Fairuz, perasaan cemburunya semakin membuak rasa. Cuba untuk Ingatkan pada diri sendiri tidak perlu cemburu kerana sudah tertulis perjalanan hidupnya dan Fairuz berbeza tapi tetap cemburu itu ada.
Shila ke dapur untuk menghidangkan makan malam mereka bertiga. Cuba tidak melayan perasaan cemburunya.
Safuan meletakkan Fairuz di kerusi meja makan, kemudian ke dapur untuk mengambil pinggan untuk dia dan Fairuz. Shila yang ada di dalam rumahnya di buat tidak tahu sahaja.
“Safuan duduklah. Saya sediakan”
Safuan tetap sediakan meja makan untuk dia dan Fairuz. Tidak mahu mengharapkan orang lain. Shila duduk di meja makan apabila Safuan langsung tidak hiraukan nya. Fairuz senyum pandang Shila. serba salah dengan perilaku Safuan
Di ceduk nasi di masukan ke dalam pinggan. Kuali di ambil dan di letakkan di atas dapur. Api di buka dan 4 biji telur di pecahkan. Kicap di tuang saat telur hampir masak.
Safuan senyum sendiri. Mesti Fairuz akan minta dia suap. Dua pinggan di berisi nasi dan telur kicap di bawa ke meja makan.
“Abang. Kan Shila dah masak. Kenapa goreng telur lagi”
“Abang teringat masa kita mula-mula kawin dulu”
“Abang. Nasi goreng”
“Nasi goreng yang buat sayang menangis. Esok Abang buatkan”
Fairuz mengangguk kepala “Hari ni nak Abang suap”
“Offcause boleh. Dulu kita telur sebiji kongsi berdua. Sekarang Abang bagi sorang 2 biji. Bagi sayang Abang ni puas makan. Tadah tangan sayang” Fairuz tadah tangan di ikuti Shila. Safuan ketua bacaan doa makan.
Shila hanya makan nasi kosong sahaja apabila melihat lauk langsung tidak di usik oleh Safuan dan Fairuz. Dia mahu ambil nanti di katakan lebih daripada tuan rumah pula.
“Shila makanlah lauk tu. Fairuz dengan Safuan memang tak makan lauk lain kalau telur kicap”
“Tak apa Fairuz”
Fairuz ceduk lauk dan di letakkan di pinggan Shila. Tahu mesti Shila rasa malu apabila dia makan lebih dari tuan rumah. “Makan. Shila tak yah masak esok. Abang nak buat nasi goreng”
“Ye” di pandang wajah Fairuz dan Safuan. Fairuz tersenyum memandangnya tapi Safuan sedikit pun tidak menoleh untuk melihatnya. Seperti wajahnya terlalu jijik untuk di lihat.
“Lupa nak tanya. Macam mana, boleh ke Shila tuntut fasakh”
“Boleh. Peguam akan hantar surat dekat Meon. Shila guna alamat sini untuk urusan surat rasmi. Maaf baru bagitahu”
“Tak apa. Boleh je. Kan Abang” Tangan Safuan di pegang.
“Ye. Sayang buka mulut. Banyak cakap pula dia” di suapkan lagi nasi ke mulut Fairuz.
Fairuz dengar bunyi hon di hadapan rumahnya dengan pantas menjengah dari dalam. Melihat kereta Itu Fairuz sudah tahu siapa gerangan yang datang. Pantas dia menolak kerusi rodanya untuk keluar. Di buka pintu pagar rumahnya. Dan dia ke tepi untuk memberi laluan kereta itu masuk.
“Mak!!” Fairuz terus menerpa dan memeluk Khatijah sebaik Khatijah keluar dari kereta. “Rindu dekat Mak”
“Mak pun sama. Sebab tu Mak ajak Ayah datang. Nak tunggu minggu depan Fairuz balik lama lagi” Khatijah membalas pelukan Fairuz. Kedua pipinya di lagakan.
“Salam Ayah” Tangan Salim pula di paut dan cium.
“Safuan cakap Fairuz boleh melangkah dah. Betul ke?” Salim bertanya dengan Fairuz sendiri untuk kepastian.
“Dah tapi tulah. Satu dua je. Penat sangat tak boleh. Jom masuk. Mak Ayah tidur sini kan sampai minggu depan. Nanti boleh Fairuz ikut balik sekali”
“Lamanya nak Mak tidur sini” Khatijah dan Salim sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.
Shila yang sedang lakukan kerjanya di dapur dengan pantas berhenti apabila dengar ada orang sedang menapak ke dapur.
Salim tercenggang melihat ada Shila di dalam rumah anaknya. “Kamu buat apa dekat sini” Salim terus bertanya kerana terkejut.
“Saya tumpang duduk sini”
“Ayah. Shila duduk sini. Dia tak ada tempat tinggal lain. Lupa nak bagitahu Mak Ayah” Fairuz muncul bersama Khatijah di belakangnya.
Wajah Shila terkejut apabila melihat Khatijah. Jadi doctor Khatijah ni Mak Safuan. “Mak Cik saya minta maaf sebab pernah kurang ajar dengan Mak Cik dulu” Tangan Khatijah di ambik dan di cium. Menangis Shila apabila teringat sikap lamanya dulu.
Khatijah menarik tangannya semula. Tidak di hiraukan Shila yang memohon maaf dengannya. Khatijah menolak kerusi roda Fairuz untuk di bawa ke ruang tamu. Salim juga berlalu pergi masuk ke dalam tandas.
“Kenapa Fairuz bagi dia duduk sini” wajah Khatijah tidak menunjukkan sebarang riak.
“Shila tak ada sesiapa Mak. Sapa lagi nak tolong kalau bukan Fairuz. Shila dah berubah. Dia pun dah minta maaf apa dia buat”
“Fairuz jangan terlalu baik. Kamu tu baru setahun dengan Safuan. Lepas tu ada perempuan lain dalam satu rumah. Mak bukan nak burukkan sesiapa. Tapi sebelum jadi apa-apa baik kamu berwaspada” Kata nasihat di berikan.
“Ye Mak. Insyallah tak ada apa-apa. Fairuz jaga Safuan kuat-kuat”
“Mak Cik ni saya tolong” cepat-cepat Shila basuh tanya untuk menolong Khatijah memasak.
Fairuz dengan pantas menahan tangan Shila dari menolong. “Mak tak nak. Shila pergilah. Biar Mak dengan Fairuz je”
“Tiga orang lagi cepat” Shila sebenarnya ingin cuba mengambil hati Khatijah. Dia tahu Khatijah masih belum maafkan dia lagi.
Khatijah menepis tangan Shila yang cuba menolong untuk menyiang sayur. Barang semua di alihkan jauh dari Shila. Berubah wajah Shila yang tersenyum tadi.
“Shila pergi ye” Fairuz menolak badan Shila agar keluar dari ruang dapur. Fairuz faham perasaan Khatijah terhadap Shila.
Shila masuk ke dalam bilik. Apalagi yang boleh di lakukan. Mahu duduk melihat TV di ruang tamu ada Salim. Shila tahu Salim juga tidak menyukainya. Itulah dulu buat sesuatu tidak fikir buruknya.
Melihat Shila sudah tidak kelihatan Khatijah mula bersuara. “Fairuz jangan bagi dia masak apa-apa makanan untuk Safuan. Ingat pesan Mak”
“Ye Mak. Apa saja untuk Safuan, Fairuz buat” Fairuz sebenarnya perasan. Apa yang di masak oleh Shila langsung tidak di usik oleh Safuan. Itu pilihan suaminya mahu makan apa yang dia suka. Atau dia berjaga-jaga. Fairuz tidak mahu Shila terasa hati. Dia makanlah juga sedikit untuk merasa.
Fairuz mengetuk bilik yang Shila duduki sebelum dia buka dan masuk. “Fairuz kacau Shila ke?”
Shila yang sedang baring terus bangun duduk. “Tak pun Fairuz”
“Fairuz datang sebab nak minta maaf bagi pihak Mak dekat Shila. Harap Shila tak terasa” Serba salah menebal di hati Fairuz dengan cara layanan Khatijah pada Shila.
“Mak Cik tak ada salah pun. Fairuz jangan risau. Shila okay je”
“Lagi satu. Seminggu ni Shila tak yah masak ye. Mak tak suka. Makan bersama pun. Fairuz minta maaf sangat. Fairuz tak boleh menolak sebab Fairuz ni orang luar dengan mereka”
Shila berikan senyuman manis pada Fairuz. Tidak mahu Fairuz susah hati. “Shila faham Fairuz” Fairuz orang luar, Dia lagi jauh sekali untuk ada apa-apa hubungan dengan keluarga Safuan. Lagi dulu dia pernah menyakitkan Khatijah. Memang patut dia dapat balasan sebegini.
“Nanti Shila makan dulu ye. Maaf kalau Shila terpaksa terkurung dalam bilik ni”
“Fairuz jangan fikir bukan-bukan. Shila okay je” lengan Fairuz di usap tanda dia baik sahaja.
Fairuz berikan senyuman pada Shila. “Shila rehatlah. Fairuz keluar dulu. Maaf ganggu Shila”
Shila mengangguk kepala. Fairuz memusingkan kerusinya dan tersenyum sinis, matanya menjeling ke arah Shila.
Share this novel