Khatijah yang ingin menjenguk Fairuz dengan sendiri mengalihkan langkahnya ke katil sebelah apabila melihat ada seorang wanita yang hampir sebayanya di katil Fairuz. Sudah seminggu Fairuz di ICU baru kali ini ada orang datang melawat selain dari keluarganya.
Khatijah mengubah posisi badannya agar lebih dekat lagi dengan katil Fairuz. Mahu mendengar apa yang di katakan oleh wanita sebayanya itu. Khatijah melihat anaknya datang dengan pantas di tarik di bawak ke tempat dia berdiri tadi. Khatijah memberikan isyarat agar diam.
“Sebab kau!! Aku kena ganti balik duit Pak Meon. Kalau kau mati dulu lagi bagus. Kau hidup menyusahkan aku. Aku kena bagi makan kau” Kepala Fairuz yang berbalut itu di tunjul dengan jari. “aku suruh kau kawin kau lari. Lepas tu kau dekat sini lagi menyusahkan aku”
“Aku suruh kau kawin dengan orang tua sebab nak senangkan kau. Senangkan hidup aku. Yang kau bodoh pergi lari terus mati tak apa juga. Baik kau mati je lagi hidup menyusahkan aku”
Khatijah dan Safuan saling pandang satu sama lain. Patutlah tiada sesiapa yang menjenguk Fairuz. Safuan yang melangar Fairuz dengan tidak sengaja itu pasti di sebabkan Fairuz sendiri yang cuba melarikan diri. Apa agaknya Salah Fairuz sehingga begitu benci wanita tua itu pada Fairuz.
“Yang, Safuan dah kenapa” Salim yang baru muncul pelik melihat wajah kedua beranak itu. Kemudian berdiri di katil pesakit lain. Bukan katil Fairuz.
Zalipah terus diam dari memarahi Fairuz apabila terdengar suara di belakangnya. Dia memalingkan wajah untuk melihat.
Khatijah dan Safuan terbeliakan biji matanya dan meletakkan jari di tengah bibir agar diam. “Keciannya Safuan tengok atuk”
Salim yang baru perasaan di katil Fairuz ada seseorang melawat terus ke katil pesakit sebelah. Pasti ada sebab Khatijah dan Safuan tiba-tiba membuat muka pelik. “Dah nasib atuk kamu nak jadi macam ni”
“Kalau kau mati. Mereput kau sendiri. Jangan harap aku nak uruskan kau” Zalipah terus pergi keluar dari Wad ICU. Ingatkan Fairuz hanya kemalangan sikit rupanya koma. Terpaksa di fikirkan balik mana mahu mencari duit mengantikan duit hantaran Pak Meon berikan kepadanya dulu.
Mahu menyuruh Shila kawin dengan Pak Meon, semestinya anaknya itu tidak mahu. Dia pun tak nak anaknya kawin dengan orang tua.
“Keciannya Fairuz. Mak. Nanti dia dah okay kita jela jaga dia. Nanti Safuan upah nurse jaga dia” Safuan bersuara sebaik melhat kelibat Mak Cik tadi tidak kelihatan lagi. “Lagipun Safuan yang buat dia macam ni”
“Kita tak boleh saja-saja nak ambik jaga dia. Dia ada keluarga” Salim menyampuk.
“Keluarga apa macam tu. Kalau Ayah dengar dari awal lagi sakit hati. Safuan yang dengar sekerat ni pun rasa nak sound je balik Mak Cik tadi”
“Itu masalah keluarga mereka Safuan. Kita tak boleh masuk campur. Kamu ni nak terus balik ke?” Khatijah cuba mengubah topik perbaulan.
“Aha. Sebab tu datang sini. Nak jumpa Mak dulu dengan Fairuz” Safuan melihat ke arah katil. “Eh Mak ni bukan Fairuz”
Di tampar bahu anaknya “Belakang tu!”
“hehehe. Ingat kita dah berubah tempat tadi. Rupanya dekat atuk tu lagi” Ketiga-tiga beranak itu ke katil Fairuz selepas dengan tidak sengaja tersalah anggap pesakit lain adalah Fairuz.
Safuan melihat raut wajah Fairuz. Bengkak di wajahnya sudah semakin susut “Awak saya balik dulu. Nanti saya datang sini. Saya lawat awak lagi. Awak cepatlah sembuh. Saya nak minta maaf. Nak peluk Fairuz boleh”
Pap!
Pantas tangan Salim menampar kepala Safuan. “Kamu nak peluk dia. Kawin dengan dia dulu. Sejak bila jadi gatal ni”
“Gurau pun tak boleh ke?” Safuan mengusap kepalanya yang sakit. “Tapi hari tu dapat peluk dah. Hehehehe”
“MAK! MAK! Sakit”
Khatijah melepaskan ketam berbisanya. “Dah tahu mengatal kawin cepat. Kamu tu pun bukan muda dah”
“Tunggu Fairuz sedar. Nanti Safuan kawin dengan dia”
“Suka hati kamu”
Safuan merasa bersalah sebab itu dia dengan ikhlas hati ingin berkahwin dengan Fairuz. Pasti tiada sesiapa mahukan Fairuz jika keadaan Fairuz yang sudah tidak sempurna lagi. Safuan berharap hatinya akan ikhlas menyayangi Fairuz apabila bersama nanti.
Share this novel