Setelah lama menunggu hingga matahari hampir menampakan diri akhirnya selesai juga pembedahan Fairuz. Baru Safuan tahu wanita itu bernama Fairuz. Nasib baik masa mengangkat Fairuz, Safuan sauk sekali beg tangan Fairuz dalam keadaan tidak sengaja.
“Doktor saya akan bagi penerangan pesakit lepas di pindahkan ke ICU.” Doctor Adam bertemu dengan Khatijah sebaik selesai tugasanya.
Khatijah mengangguk kepala tanda faham. Dia sudah duga apa yang akan berlaku pada Fairuz. Melihat kepalanya yang tidak henti mengeluarkan darah pasti akan memberi kesan pada badannya.
“Teruk ke Mak? Mesti Safuan masuk penjara nanti.” Safuan yang melihat wajah Doctor yang dalam lingkungan awal 40 an itu agar serious membuatkan dia merasa takut.
“Dah kamu yang langgar. Padan muka.” bersahaja Khatijah membalas.
“Ish! Mak ni. Bukan nak bagi Safuan rasa lega sikit. Lagi nak menakutkan Safuan.” melihat katil di tolak keluar dari bilik pembedahan. Safuan, Khatijah dan Salim sama turut mengikut langkah katil itu di bawa pergi.
“Kamu dah call keluarga Fairuz.” Salim bertanya, dia merasa pelik apabila melihat tiada sorang pun keluarga Fairuz muncul. Nak kata rumah jauh dari hospital. Bila tengok alamat di kad pengenalan tidak la jauh mana.
“Dah!”
“Diaorang cakap apa?”
“Okay je.” Sebenarnya Safuan merasa pelik apabila di beritahu akan kemalangan yang menimpa Fairuz. Orang yang menjawab panggilannya seperti tidak kisah. Tapi tidak di beritahu pada orang tuanya. Hanya boleh menganggap baik-baik sahaja.
“Cik Fairuz kehilangan banyak darah dan menyebabkan dia koma dan keadaan dia setakat ini memang tidak stabil. Saya boleh katakan jika dia mahu pergi. Bila-bila sahaja boleh. Doctor sekeluarga bersiap sedia dengan apa yang akan terjadi. Kami semua sudah melakukan terbaik. Hanya mampu berdoa sahaja. Dan satu lagi kabar buruk. Jika pun Cik Fairuz mampu bertahan, akan tetapi Kedua-dua kaki Cik Fairuz kemungkinan akan lumpuh kerana kerosakan saraf yang teruk.”
Ketiga-tiga mendengar penerangan Doctor Adam mengucap panjang. “Mak sebab Safuan dia lumpuh Mak.” Safuan sudah memgigil badannya kerana terkejut. Sebab dia Fairuz hampir kehilangan nyawa. Sebab dia, Fairuz menjadi cacat.
“Dah! Jangan fikir sangat. Benda nak jadi.” Khatijah menepuk lembut belakang badan Safuan bagi menenangkan anaknya itu. “Dah jom balik rehat. Ayah kamu dah tertidur dekat kerusi luar sana.”
Safuan mengangguk kepala dan melangkah keluar dari Wad ICU. Dia menoleh sekilas memandang Fairuz yang matanya tertutup rapat itu. Maafkan saya, Awak.
Setelah puas merehatkan diri, pada petangnya Safuan ke hospital semula untuk menjenguk Fairuz. Rasa serba salah kuat terhadap gadis yang di langgarnya. Safuan melihat wajah pucat Fairuz. Mukanya mempunyai luka dan bengkak. Kepalanya berbalut penuh.
Safuan yang hanya berdiri termenung melihat Fairuz akhirnya bersuara. “Awak saya minta maaf. Saya betul-betul nampak awak. Tapi saya tetap langgar awak.”
“Nanti esok saya datang balik. Sepanjang saya ada dekat sini. Saya datang hari-hari jenguk awak. Nanti awak taklah boring duduk sorang-sorang.” Safuan melangkah pergi meninggalkan Fairuz.
Seperti di janjikan oleh Safuan. Dia datang lagi keesokan harinya untuk melawat Fairuz. Kali ini bertemankan Khatijah.
“Ada perkembangan ke Doctor.” Khatijah bertanya pada Doktor Adam. Doktor Adam hanya mempu mengeling kepala sahaja.
“Ada keluarga dia datang? Doctor dah bagitahu mereka yang saya nak jumpa?" Lagi sekali Khatijah bertanya.
“Sehingga hari ini tiada lagi keluarga Cik Fairuz datang menjenguk.”
“Terima Kasih Doktor.” Khatijah melangkah pergi ke Safuan yang sedang berdiri di sisi katil Fairuz.
“Mungkin Fairuz tiada keluarga Safuan.” itu sahaja yang boleh di duga oleh Khatijah. Sudah dua hari tiada sesiapa menjenguk.
Share this novel