“Hello. Sapa ni?”
Shila melihat telefonnya apabila suara perempuan yang jawab. Suara itu dia kenal sekali. Fairuz. “Ni Shila. Safuan tak ada ke? Ni Fairuz kan?”
“Safuan tengah mandi.” Fairuz tidak mengiyakan dirinya Fairuz.
“Fairuz. Shila minta maaf dengan apa yang Shila buat dekat Fairuz dulu.” Shila yakin yang jawab panggilannya itu adalah Fairuz. “Shila terseksa Fairuz. Shila hari-hari kena pukul. Fairuz tolong Shila.”
“Siapa sayang? Mak ke?” Safuan yang keluar dari bilik mandi terus bertanya apabila melihat Fairuz memegang telefon bimbit nya. Kalau malam macam ni siapa lagi kalau bukan Mak atau Ayah.
Fairuz geling kepala. “Shila!” Fairuz terus tukar mood louder speaker agar Safuan juga dengar apa yang Shila sedang katakan ketika itu.
“Shila tak tahan dah Fairuz. Shila tak tahu nak minta tolong sapa lagi.”
Safuan memandang wajah Fairuz seperti tidak mempunyai perasaan itu. Di rasakan isterinya itu lain. Jika riak wajah begitu tandanya. Itu kawan Fairuz. Bukan Fairuz yang sebenar. Sudah lama dia tidak muncul. Kenapa sekarang muncul balik.
“Kau nak aku tolong apa?”
Safuan menelan air liuh. Di rasakan betul apa yang di fikirkan. Fairuz tidak akan berbahasa 'Aku Kau' walaupun pada orang yang dia tidak suka. Apa yang menganggu fikiran isterinya itu sampai personaliti lain muncul. Rasa dia tidak pernah buat salah pada Fairuz.
“Tolong Shila lari dari sini. Shila nak lari jauh tapi Shila tak tahu nak ke mana.”
“Nanti aku tanya Safuan.” Fairuz terus mematikan panggilan Shila. Seperti tidak mempunyai belas kasihan langsung. Fairuz memandang Safuan dan tersenyum. “Abang tak pakai baju saja nak goda sayang ke.”
Safuan senyum memandang Fairuz. “Sayang dah cakap macam tu. Ni lah Abang terus goda.” habis di cium wajah Fairuz. Safuan sendiri tidak tahu siapa di hadapannya sekarang ini. Tapi dia buat seperti biasa. Tidak berubah dia melayan Fairuz.
Fairuz bermain-main di dada Safuan dengan jarinya. Safuan menahan kegelian. “Sayang jangan macam ni. Nanti Abang minta lagi.”
Fairuz ketawa halus dan berhenti mengusik Safuan. “Abang nak tolong Shila ke?”
“Abang ikut sayang. Sebab isteri Abang ni perempuan. Nanti dia cemburu. Tapi pada Abang. Biar dia selesaikan sendiri masalah dia. Dia boleh je tuntut fasakh kalau dia betul di pukul. Kenapa perlu sampai nak minta tolong Abang. Lebih baik dia call polis.”
“Tapi sayang kecian dekat dia. Mungkin dia dah buat report tapi tak ada apa-apa tindakan.”
“Itu Abang tak tahu. Tapi kalau nak tolong dia. Abang rasa tak sedap hati. Baik kita jauhkan diri.”
“Kalau Abang cakap macam tu. Sayang ikut Abang.”
Daniel nak rehat seketika dari Update cerita ni.. ada sedikit gangguan.. sampai sekarang meremang bulu roma. Rumah tidak aman kerana setiap malam di ganggu dengan bunyi-bunyi menyeramkan. Korang jangan cakap Daniel ni penakut pula. kalau korang duduk sorang. korang pun mesti tidak aman sama macam Daniel.
Share this novel