Dari jauh Safuan dan Fairuz sudah melihat kelibat Shila. Hanya Shila sahaja yang berpakaian hijau ketika itu. Sebab itu dari jauh boleh tahu.
“Abang turun panggil dia sekejap ye sayang.”
Fairuz mengangguk kepala. Dia hantar Safuan dengan hanya pandangan matanya sahaja. Safuan berlari anak untuk mendapatkan Shila. Ketawa Fairuz melihat Safuan berlari. Dengan pantas dia mengambil video. Boleh buat bahan sakat suaminya.
“Shila jom.” sebaik memanggil Safuan ke keretanya semula. Laju dia berjalan kerana tempat dia berhentikan kereta bukan tempat untuk parking.
Shila juga ikut berjalan laju. “Fairuz mana?” Sempat Shila bertanya.
“Dalam kereta.” ringkas sahaja di balas. “Masuklah.” Safuan terus ke tempat pemandu selepas memperlawa Shila.
Shila melihat seorang wanita duduk di bahagian penumpang hadapan. Pasti Fairuz. Dia buka pintu hadapan. Dia mahu berjumpa dengan Fairuz. “Fairuz. Shila minta maaf.”
Terkejut Fairuz apabila Shila dengan tiba-tiba memeluknya dan menangis. “Tak apa. Shila masuk dalam. Sini tak boleh parking lama.”
Shila melepaskan pelukannya dan masuk di bahagian penumpang belakang. Fairuz terkejut melihat wajah Shila yang bengkak dan lebam seperti kesan pukulan.
“Shila minta maaf Fairuz.” Shila terus merintih lagi sekali. Tangan Fairuz di pegang. Mengharapkan kemaafan dari Fairuz.
Fairuz memalingkan badannya mengadap Shila “Ye. Fairuz dah maafkan Shila. Shila mesti penatkan. Shila rehat. Shila dah makan? Fairuz ada belikan Pizza. Kalau belum ambik makan buat alas perut sebelum sampai rumah.”
“Terima kasih Fairuz.” Shila terus ambil beg kertas yang di hulurkan Fairuz kepadanya. Dia sememangnya sangat lapar. Duit yang ada cukup-cukup buat beli tiket bus dan number telefon baru. Agar Pak Meon tidak menjumpainya.
“Makanlah. Safuan tak kisah pun makan dalam kereta.” Lagi sekali Fairuz memperlawa Shila makan apabila Shila teragak-agak untuk keluarkan makanan yang di beri.
Shila mengangguk kepala. “Terima kasih Fairuz, Safuan.”
“Ye.” Fairuz memandang semula ke hadapan. Dia memandang Safuan yang diam sebaik masuk ke dalam kereta. Wajah Safuan jelas kelihatan tidak suka dengan kehadiran Shila.
“Abang tadi sayang ada tengok video lawak tau. Sayang ada bagi dekat Abang. Nanti Abang tengok ye.” Fairuz cuba menarik perhatian Safuan agar ceria semula. Kalau diam begini pasti ada perkara yang buat Safuan marah atau tidak suka dengan.
“Ni bagi Abang tengok.” Safuan menghulurkan tangannya pada Fairuz.
“Abang tengok drive kan. Dekat rumah nanti tengok.”
“Okay sayang.” di tarik pipi Fairuz. “Saja je buat Abang tak sabar nak tengok.”
“Abang ni. Cuba jangan tarik pipi sayang. Hari ni je dekat 10 Kali kena tarik. Nanti pipi sayang besar sebelah.” Fairuz merungut.
“Sayang jangan risau. Besar sebelah Abang ada ubatnya. Ubatnya tarik lagi sebelah. Hahahahahahaha.”
Tangan Safuan di pukul. “Orang cakap betul-betul. Dia main-main.” wajah masam mencuka muncul.
“Hahahaha. Senyum la.” di tarik bibir Fairuz untuk senyum. “Senyum dekat suami dapat pahala.”
Fairuz terus senyum dan menoleh memandang Safuan. “Manis tak senyum sayang?”
“Manis sangat sampai rasa nak jilat-jilat sayang macam candy.”
“Ish! Tak senonoh Abang ni la.” Fairuz pandang ke hadapan semula.
Shila hanya senyum perhatikan gelagat Fairuz dan Safuan. Kalau dulu dia tidak mementingkan diri sendiri pasti dia boleh dapat jodoh yang lebih baik dari suaminya sekarang ini. Sebab niatnya tidak baik semua terbalas padanya sendiri.
“Ni saya tolak Fairuz.” Shila memperlawa diri.
“Tak apa. Saya sorang berhak untuk buat semua ini.” Safuan tidak langsung lepaskan pegangan tangan pada kerusi roda Fairuz. Dia tidak langsung percayakan Shila. Malah orang lain juga.
Fairuz tersenyum dengar ayat yang menyenangkan hatinya dari Safuan. “Shila jom masuk. Rumah Fairuz dengan Safuan kecik je. Harap Shila selesa.” setahun duduk rumah ini banyak kenangan manis dengan Safuan terisi di setiap ruang.
Shila mengikut langkah Safuan dan Fairuz masuk ke dalam rumah. “Abang terus tunjuk bilik Shila.”
Safuan terus melangkah menuju ke bilik tidur bahagian bawah. Di buka pintu bilik. “Sini bilik Shila. Alas katil dalam almari. Boleh pasang sendiri. Jangan nak harapkan Fairuz buat semua.”
Fairuz dengan pantas memaut tangan Safuan. Tidak mahu suaminya itu keluarkan ayat yang boleh menyakitkan hati Shila.
“Ya. Terima kasih. Nanti Saya tolong sekali buat kerja rumah sepanjang Saya ada dekat sini.” Shila boleh nampak dengan jelas yang Safuan tidak sukakan nya. Sejak bertemu tadi langsung, setiap kali mata mereka bertemu dan dia berikan senyuman langsung Safuan tidak membalas. Wajah kelatnya sahaja yang kelihatan.
“Dapur situ je Shila. Shila nak minum makan ambik je.” Fairuz menunjukkan arah dapur. Dekat sahaja dengan bilik Shila. Macam Safuan katakan dahulu masuk rumah nampak semua. Alhamdullilah rumah kecik pun dia bahagia bersama Safuan.
Shila menjengah kepala untuk melihat. Di ingatkan Safuan pakai Kereta Mahal. Rumahnya juga besar tapi meleset sama sekali. Rumahnya kecik sekangkang kera sahaja. Rumah dia duduk dulu lebih besar dari ini. “Ye. Terima kasih Fairuz.”
“Shila rehatlah. Mesti penatkan. Jom Abang.”
Safuan terus menolak kerusi roda Fairuz tanpa bantahan. “Sayang nak masuk bilik atau duduk bawah.”
“Sayang nak mandi. Lekit exercise tadi, tak selesa.”
“Cakap la nak Abang gaum.” Fairuz di angkat dan di cium pipinya.
Senyuman di wajah Shila hilang sebaik kelibat Safuan dan Fairuz juga hilang. Dia cemburu dengan kebahagian Fairuz. Kenapa dia tak boleh dapat seperti Fairuz.
Share this novel