Shila yang berada di dalam bilik terasa iri hati apabila dengar suara isi rumah yang lain rancak berbual dan ketawa. Dia pula di dalam bilik bersendirian. Dalam tidak di sedari air mata Shila mengalir. Hari ini baru sehari. Masih berbaki 4 hari lagi sebelum Khatijah pulang. Harap hatinya di beri kekuatan untuk bersabar.
“Mak Ayah boleh kan minggu ni tolong tengokkan isteri Safuan”
“Abang nak pergi mana?” tercenggang Fairuz melihat wajah Safuan. dia tidak tahu pape
“Tak pergi mana. Tapi kerja Abang banyak. Abang mungkin malam baru balik. Kecian sayang duduk sorang. Lagipun Abang risaukan sayang”
“Ohh.. jadi Mak Ayah datang bukan rindukan Fairuz” wajah Fairuz sudah sedikit moyok
“Dua dalam satu” Salim berkata. Nampak perubahan wajah Fairuz tapi dia tahu Fairuz saja buat-buat merajuk.
“Sayang. Jangan merajuk. Abang minta maaf. Abang kena selesai semua kerja Abang. Kita kan nak cuti lama. Masa tu Abang dengan sayang je”
Kan dah agak. Saja je Fairuz mahu Safuan pujuk dia. Setahun dah bersama tahu sangat dengan dua anaknya ini. Kalau tak Fairuz, mesti Safuan.
“Fairuz. Boleh la kita pergi shopping. Fairuz pergi Fisio hari-hari. Mak dah booking seminggu untuk Fairuz. Mak Ayah teman. Cepat sikit Fairuz jalan” Kemudian Khatijah berbisik sesuatu pada menantunya. Berubah ceria terus wajah Fairuz.
“Betul juga kan Mak. Abang tak balik seminggu pun tak apa lah. Sayang ada Mak”
Terjungkit mata Safuan. Senang senang dia di halau. “Sampai hati sayang. Buat Abang macam ni”
“Dah Abang kata Abang banyak kerja kan” sempat di jelerkan lidah sedikit pada Safuan. Kena balik.
Pintu bilik Shila di ketuk dua kali sebelum pintu di buka. “Shila. Hari ni Fairuz dengan Mak keluar. Kami makan luar. Jadi Shila masak la apa Shila nak makan”
Shila Berhenti melipat baju dan memandang Fairuz “Ye. Hati-hati jalan tu”
“Terima Kasih. Fairuz pergi dulu”
Shila tersenyum dan mengangguk kepala. Fairuz terus ke keluar rumah kerana Khatijah dan Salim sudah menanti di luar rumah.
Shila yang sudah pasti dalam rumah hanya ada dia sahaja dengan tiba-tiba ketawa sendiri dengan kuat. Seperti orang tidak siuman.
“Bahagialah kau dulu Fairuz.. bahagia dengan mertua kau untuk seminggu ni. Lepas ni suami kau sendiri tak pandang kau lagi. Laki kau sendiri buang kau”
Shila berjalan mengelilingi setiap ruang rumah Safuan dan Shila. Dia melangkah naik di ruang atas rumah Safuan. Tidak takut langsung amaran Safuan sebelum ini. Dia melangkah masuk ke bilik utama. Bilik Safuan dan Fairuz.
Tanpa rasa bersalah dia baring atas katil milik Safuan dan Fairuz. “Tak lama lagi, Bilik ini akan jadi milik aku” Shila bangun dan buka almari baju. Di ambil baju Safuan dan di cium. “Awak pun akan jadi milik saya. Tunggu ye awak. Tak lama dah”
Fairuz duduk sendiri di ruang tamu rumahnya menanti kepulangan Safuan. Walaupun Khatijah dan Salim boleh menolongnya naik ke bilik tidurnya. Dia tetap mahu menunggu Safuan di bawah. Jam sudah hampir ke 12 tengah malam.
Fairuz tahu jika Safuan cakap banyak kerja dan balik lambat pasti pagi baru Safuan tiba di rumah. Melihat cahaya kereta masuk ke ruang tamu menandakan Safuan sudah sampai.
Pintu di buka dan Fairuz sabar menanti Safuan keluar dari keretanya.
“Assalamualaikum sayang”
“Wa’alaikumusalam” Fairuz menghulurkan tangan untuk bersalam.
“I’m miss you sayang” tangan Fairuz tidak di sambut tapi di peluk isterinya itu. Di peluk dengan erat kemudian di angkat. “Maaf sayang tunggu lama”
Leher di rangkul bagi menampung berat badannya “Tak apa. Rindu dekat Abang. Abang nak makan?”
“Nak makan sayang!” Di bawa masuk Fairuz ke dalam bilik tidurnya. Di baringkan Fairuz di katil mereka. “Sayang tidur dulu. Abang nak mandi”
Fairuz mengangguk kepala. Dia sendiri sememangnya sudah mengantuk “Selamat malam Abang”
“Selamat malam sayang” di hadiah satu kucupan di dahi Fairuz sebelum melangkah ke bilik mandi.
Tidak lama kemudian Fairuz merasakan ada tangan melingkari badannya lalu di tarik hingga badannya melekat rapat dengan tubuh badan hangat di sebelahnya. Orang yang sangat di cintai. Fairuz kembali tidur apabila melihat Safuan sekali imbas.
“Sukanya anak Mak. Balik pukul berape semalam?” Khatijah menegur Safuan yang sedang leka masak sambil bernyanyi.
“Pukul 1 baru sampai rumah. Hari ni gembira sangat sebab hari ni buatkan sarapan untuk Fairuz. Dah janji dengan dia hari tu. Tapi tak buat-buat. Ni baru sempat” Safuan sempat menoleh memandang Khatijah sebelum menyambung semula mengacau nasi di dalam kuali.
“Pukul 1 la Fairuz tidur sama” Khatijah menjengah kepala melihat apa yang di masak oleh Safuan.
“Aha. Dah call suruh dia tidur dulu. Dia tetap nak tunggu”
“Ni Fairuz mana? Tidur lagi”
“Macam biasalah. Dah tunaikan tanggunjawab sebagai isteri. Tidur dalam keletihan” Safuan tersengih miang.
“Ish!!” di cubit pinggang anaknya itu. “Kamu ni. Pagi jadi siang jadi. Kalau malam entah berape kali agaknya minta. Sebab tu Fairuz tu kurus je”
“Sakitlah la Mak. Janganlah cubit. Tu salah satu stamina untuk Fairuz. Baik Mak buat air sedap, daripada membebel dekat Safuan”
Cakap sikit tak nak dengar. ada je alasan. Nasib baik sayang anak. Khatijah bancuh air kopi seperti di suruh oleh Safuan.
“Mak nanti tolong hidangkan. Safuan nak mandikan Fairuz” di bisikan ke telinga Khatijah. Meremang bulu romanya.
“Kamu jangan nak minta lagi”
“Minta pun tak apa. Memang halal” laju Safuan menghilangkan diri. Sebelum kena ketam berbisik Khatijah lagi.
Safuan masuk ke bilik melihat Fairuz masih lagi tidur dengan nyenyak. Safuan duduk di belakang pembaringan Fairuz. Di dekatkan wajahnya dengan wajah Fairuz “Sayang busuk. Bangun” di cium pipi Fairuz agar isterinya itu bangun.
Fairuz terasa tidurnya di ganggu dia buka matanya. Safuan tersenyum memandangnya. Dia dengan senang hati membalas senyuman Safuan.
“Sayang bangun. Saya dah buatkan nasi goreng kesukaan sayang”
Fairuz buka tangannya untuk minta pelukan Safuan. Di peluk dan di angkat Fairuz terus ke bilik mandi. “sayang mandi ye. Nanti kita sarap sama-sama” Safuan keluar semula.
Dia menunggu Fairuz siap sambil melihat telefon pintar. Video di mainkan dan dengan sendiri Safuan tersenyum. Dia memandang ke arah pintu bilik mandi dan mengusap belakang tengkuknya. Meremang bulu romanya. Jika sebegini bermakna……..
Pang!!
Pintu bilik mandi di buka dengan kasar. Pantas Safuan masuk ke bilik mandi untuk melihat apa yang berlaku
“Sakitnya kepala” Fairuz mengusap dahi yang terhantuk.
"Macam mana sayang boleh jatuh ni" di angkat semula Fairuz untuk duduk di kerusi Khas di dalam bilik mandi untuk isterinya itu.
Fairuz geling kepala. tak tahu bagaimana dengan tiba-tiba dia boleh jatuh dengan sendiri, padahal dia hanya duduk sahaja.
Safuan melihat dahi yang Fairuz ngadu sakit tadi “Maaf sayang. Ni Abang bagi ubat” Di cium dahi Fairuz. “Dah tak sakit kan?”
“Kurang dah. Terima kasih Abang”
“Sama-sama. dah sudah mandi kan”
“Dah. Tapi nak peluk dulu” Fairuz buka tangannya menanti pelukan dari Safuan.
Setelah siap memakai baju. Fairuz di dukung lagi sekali oleh Safuan. Di dukung seperti sedang dukung kanak-kanak. Safuan hanya menahan punggung Fairuz, manakala Fairuz memeluk Safuan dengan erat. Dua-dua turun ke bawah untuk menjamu selera.
“Mak tengok macam Safuan dukung anak dah” Khatijah melihat menantunya itu sangat manja. Tidak kira dia ada di depan mata atau tidak. Safuan pula melayankan sahaja.
“Best Mak. Mak suruh Ayah angkat Mak macam ni” bersahaja Fairuz membalas.
“Kamu nak Ayah patah pinggang” Salim pula menyampuk. Mahu Khatijah minta. Parah dia.
Shila yang di dalam bilik hanya dengar sahaja perbualan Fairuz dan keluarga mertuanya. Dia hanya senyum. Orang tua tu balik aku jalankan misi aku. Sabar ye Fairuz. Awak pun sama Safuan. Kita akan bersama.
tak tahu bila akan update lagi. mood kelaut sangat dah. mungkin sebab Faktor kesihatan yang semakin merundum.
Share this novel