“Kenapa tak boleh ikut Mak balik?” suara Fairuz menunjukkan dia sangat tidak puas hati dengan Safuan. Hari tu janji lain tapi sekarang jadi lain.
“Maaf sayang. Kerja Abang tak siap pula. Bos cancel cuti abang last minit” Alasan sama di beri. Sudah di jelaskan berulang kali tapi Fairuz tetap bertanya soalan sama. Bukan dia sengaja memungkiri janjinya.
“Tak nak kawan Abang” badan Safuan di pukul. Mata Fairuz sudah berair.
“Abang janji. Abang balik awal. Tak balik sampai pagi. Sebelum gelap Abang balik” Tak tahu Safuan mahu memujuk Fairuz bagaimana lagi.
“Nantikan Fairuz balik juga. Tak lama pun. Kalau Fairuz ikut Mak balik nanti tinggal Safuan dengan sepupu Fairuz tu je. Fairuz nak ke macam tu” Khatijah pula bersuara memujuk Fairuz.
“TAK BOLEH!” di tarik tangan Safuan dan di peluk. “Awak buat bukan-bukan siap awak”
“Sampai bertukar panggilan. Marah punya pasal” Salim menegur Fairuz.
Safuan pula sudah menelan air liuh. Ingatkan tak cemburu. Tahu cemburu nak juga bagi Shila tumpang duduk dekat sini.
Khatijah mencuit lengan suaminya “Biasalah Abang ni. Orang tengah gaduh”
Safuan hanya senyum tanpa mampu bersuara. Fairuz semakin kuat memeluk lengannya. “Saya tak akan tinggalkan awak” suara bisikan hanya Safuan yang dengar.
Safuan yang dengar saat itu merasa menyeramkan.
Shila menjengah melihat ke ruang tamu rumah. Di lihat Fairuz sedang leka melihat TV di dengan pantas cuba menyudahkan kerjanya.
Mentera di baca sambil cangkung di atas periuk nasi yang baru sahaja di siap masak. Wap panas mula membasahi celak kelengkangnya dan menitik semula masuk ke dalam nasi. Shila tersenyum sendiri, tidak lama lagi Safuan akan jadi miliknya.
Minggu lepas semua kerjanya terbantut kerana ada Khatijah, sekarang hanya tinggal Fairuz yang tidak boleh berjalan. Kerjanya mudah sekali.
“Abang cepatnya balik” Fairuz salam tangan Safuan.
“Kan Abang dah janji” di cium dahi Fairuz. Kemudian di tolak masuk ke dalam rumah. “Abang nak mandi, teman Abang ye”
Fairuz mengangguk kepala, lalu Safuan angkat Fairuz untuk di bawa masuk ke bilik tidurnya.
Fairuz cedok nasi di masukan ke pinggan Safuan dahulu baru pinggannya. Shila yang duduk di hujung meja hanya melihat dan tersenyum dalam hati. Fairuz sendiri yang bagi nasi jampi pada suaminya.
“Shila sini la duduk dekat. Jauh tu dengan lauk”
Teguran Fairuz mematikan lamunan Shila. “Tak apa Fairuz. Safuan kan tak suka Shila dekat dengan Fairuz”
“Tak la. Sini la. Abang okay kan?” Fairuz bertanya sambil melihat Safuan. Safuan hanya diamkan diri menjamu selera. Sudah di beritahu yang dia tidak sukakan Shila, masih juga Fairuz cuba merapatkannya dia dengan Shila.
Fairuz terus diam tidak bersuara apabila melihat reaksi Safuan. Tahu yang Safuan tidak suka. Shila hanya senyum sinis melihat perubahan wajah Fairuz.
Fairuz mengoyangkan badan Safuan yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. “Abang bangun”
Safuan bangun dalam keadaan terkejut dan duduk memandang Fairuz. “Kenapa sayang?”
“Panas Abang” Fairuz rasa badannya lain macam. Sekejap mengigil, sekejap okay. Sekejap panas sekejap sejuk.
Safuan sentuh dahi Fairuz. “Sayang demam ni. Kita pergi klinik jom”
Fairuz menahan tangan Safuan dari terus bangun. “Klinik tak buka dah. Fairuz nak makan ubat je dulu”
“Yela. Abang ambik sekejap” Safuan buka laci meja solek dan mengambil ubat untuk Fairuz. Baru ingin mengambil air. “Sayang tunggu sekejap ye. Abang ambik air. Air habis dah”
Fairuz mengangguk kepala.
Laju Safuan melangkah turun ke bawah. Dia yang baru jejakan kaki di dapur terkejut melihat ada Shila di situ.
“Maaf. Shila minum air, dahaga”
“Ermm”
Shila melangkah ke tepi memberi laluan pada Safuan apabila melihat Safuan seperti mahu mengambil air juga. Di berdiri di tepi menunggu Safuan sudahkan urusannya.
Safuan melihat Shila atas bawah. Di tenung dengan tepat sekali. Shila ketika itu hanya memakai singlet dan seluar pendek sahaja. Shila juga perasan akan tenungan Safuan padanya walaupun dia sudah cuba memandang ke tempat lain. Shila tidak duga jampinya berkesan dengan cepat sekali.
“Safuan kalau nak air Saya boleh buatkan”
“Tak payah” Safuan dekati Shila di renung Shila lagi sekali atas bawah sebelum melangkah untuk naik ke biliknya.
Safuan menolong Fairuz untuk bangun duduk. Kemudian di hulurkan ubat dan air. Selepas Fairuz sudah, di baringkan semula Fairuz. “Sayang tidur ye. Abang ada tengok sayang”
Fairuz mengangguk kepala dan baring semula. Safuan masih lagi duduk di sebelah Fairuz. Dia merenung wajah isterinya. Di usap lembut pipi Fairuz. Safuan memegang dadanya sendiri, tidak tahu apa yang di rasai.
Perasaan cintanya pada Fairuz melebihi segalanya walaupun tahu keadaan Fairuz bagaimana. Ada sahaja orang yang cuba menghalang perhubunganya dengan Fairuz. Kenapa dia yang sempurna memilih Fairuz yang tidak mampu berjalan.
Ada sahaja yang cuba mengodanya apabila tahu keadaan isterinya bagaimana. Tapi cinta dan sayangnya pada Fairuz sangat kuat. Tidak sedikit pun tergoda dengan dugaan yang datang. Semakin bertambah sayang pada isterinya adalah.
“Abang ada ni” Safuan memujuk Fairuz yang seperti meracau sesuatu. Di pegang tangan isterinya dengan erat.
Safuan menyentuh dahi Fairuz. Masih panas lagi. Dia melihat jam di tangan. Sudah 8 pagi. “Sayang”
Fairuz buka matanya apabila Safuan memanggil. “Abang nak pergi dah”
“Abang pergi sekejap. Tengah hari Abang balik. Kita pergi klinik ye” Safuan risaukan Fairuz tapi pagi ini memang ada urusan penting di tempat kerjanya. Tidak tahu harus pilih yang mana satu.
Fairuz mengangguk kepala. Tangan Safuan di ambil dan diu cium. “I love you Abang”
“love you to” Safuan membalas dan di cium dahi isterinya. Di rapikan selimut yang menutupi badan Fairuz. “Abang pergi dulu”
Fairuz melambai tangan menghantar Safuan pergi.
Safuan yang baru hendak masuk ke dalam kereta terhenti apabila dia di panggil. Dia memandang ke arah Shila.
“Safuan tadi tak sarap. Ni Saya bekalkan” di hulurkan bekal di tangannya kepada Safuan.
Safuan mengambil tanpa banyak tanya. “Tengok kan Fairuz. Dia tak sihat”
“Ye” Shila menundukkan pandangannya sebaik matanya bertentangan dengan Safuan.
Safuan duduk sahaja di mejanya terus di buka bekal yang di bawa dan makan tanpa memikirkan apa-apa. Dia makan dengan berselera, mungkin kerana merasa lapar.
Shila di dalam rumah sudah bersorak gembira. Fairuz di dalam biliknya langsung tidak di jenguk. Jika mati lagi bagus. Lagi senang kerjanya. Shila duduk di ruang tamu sambil bersilang kaki. Seperti dia adalah Tuan rumah yang dia duduki sekarang ini.
Daniel cuba perhabiskan cerita ni. lepas ni maybe berehat lama. Or ni cerita terakhir di sini.. Yang mana pernah baca cerita Daniel yang lain. terima kasih di ucapkan sebab support Daniel, selalu bagi positive komen dan idea.. Cerita2 lain yang sudah di karang akan hanya jadi koleksi sendiri. kenangan mempunyai hobi jadi penulis. Sekarang dah bertukar hobi. Sapa nak baca boleh PM personal. insyallah, kalau mood baik Daniel bagi baca free.
Share this novel