“Go go sayang!” Safuan memberi kata semangat pada Fairuz yang sedang berusaha untuk melangkah sendiri.
Fairuz senyum melihat Safuan di hadapannya. Sepanjang masa ada bersamanya. Dia kena kuat untuk Safuan. Jika dia mampu berjalan pasti Safuan orang yang paling gembira. Pasti Khatijah dan Salim turut gembira. Fairuz mahu balas balik jasa mereka semua yang ada di sisinya ketika dia dalam kesusahan.
Safuan melangkah selangkah ke belakang apabila Fairuz sudah melangkah selangkah ke hadapan. Walaupun selangkah kaki hingga bawa hampir 15 minit. Safuan tidak pernah putus asa untuk memberi semangat pada isterinya itu.
“Doktor tak boleh.” Fairuz sudah tidak mempunyai tenaga. Hanya selangkah sahaja dia mampu. Sebelum ini mengunakan robot dia tidak merasa sepenat begini. Bila mengunakan kudrat tenaga sendiri. Berganda penat yang di rasai.
Kerusi roda terus di tolak ke belakang Fairuz. “Fairuz boleh duduk. Rehat sekejap. Nanti cuba lagi. Fairuz boleh melangkah ini dah menunjukkan kesan positif.”
“Tahniah sayang.” Pipi Fairuz di cium. Tidak kira sudah Safuan walaupun ada doktor di hadapannya.
Wajah Fairuz turut ceria walaupun dia dalam kepenatan. Kesabarannya akhirnya membawa hasil.
“Sebab dapat berita gembira hari ni. Sayang nak apa je, Abang bagi.”
Fairuz dekatkan bibirnya pada telinga Safuan. “Nak Abang mengaum.”
Safuan menoleh memandang Fairuz. Kedua belah pipi isterinya di takup. “Orang tanya betul-betul dia main-main ye. Abang gaum betul baru tahu.”
Ketawa sahaja Fairuz dengan reaksi Safuan. “Penatlah Abang. Sayang tak boleh fikir.”
“Gaum tu boleh fikir pula.”
Ketawa Fairuz. “Tu time tak fikir pun Abang gaum. Hahahahahahaha.”
Di cubit pipi Fairuz. Ada ada saja. Makin lama makin nakal. “Balik nanti kita makan pizza nak tak?”
“Boleh juga. Dah lama tak makan.”
“Tapi sayang kena langkah dua kali. Baru kita pergi makan.”
“Jahatlah Abang ni. Kalau tak langkah tak bawa lah ni.” wajah Fairuz sudah bertukar cemberut.
“Offcause la bawa. Mana boleh tak bawa isteri kesayangannya Abang ni.” Kali ini kedua pipi Fairuz di tarik hingga terukir senyuman secara paksa.
“Abang ni saja je tau. Kacau sayang.” Tangan Safuan di pegang kemudian di cium. “Terima kasih Abang. Sayang Sayangggg Abang.”
“Abang pun sama... Abang Sayangggg sayang.” Safuan bersuara mengikut gaya lenggok Fairuz. Tak menyesal kawin. Bahagia sentiasa. Hari-hari ada peneman. Patut Mak asyik suruh kawin je dulu.
Mata Safuan dan Fairuz sama-sama melihat menu di tangan mereka. Satu menu berkongsi dua. Pelayan bagi dua menu pun mereka tetap ambil satu dan berkongsi untuk melihat.
“Sayang nak yang mana?”
“Ni yang baru.” Fairuz menunjukkan gambar Pizza perisa baru.
“Kalau tak sedap macam mana?”
“Abang habiskan. Sayang order baru.” senang sungguh balasan Fairuz
Safuan mengangkat sebelah matanya memandang Fairuz. “Wah!! Sedapnya dia. Lepas tu yang buncit Abang.”
“Sudah semestinya. Abang Jangan risau. Sayang tetap sayang perut buncit Abang ni.” Di usap lembut perut Safuan.
“Kalau macam tu boleh.” Safuan memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
Melihat Fairuz makan penuh berselera mengingati Safuan pada pertama kali Fairuz merasa makanan bernama Pizza ini. Sama sekali berseleranya. Dulu kerana terlanjuran katanya membuatkan Fairuz terbantut untuk makan.
Lepas bersama Fairuz setiap tutur katanya tidak sewenangnya di lepaskan terus. Dia sentiasa beringat dengan kejadian atas Fairuz. Malah dengan orang lain juga dia beringat bukan pada isterinya seorang.
“Sayang ni comot makan.” Di lap dagu Fairuz yang terkena sos dengan tisu. “Abang tak bawa lari la pizza ni. Makan perlahan lahan.”
Fairuz senyum sahaja sebab mulutnya penuh dengan makanan.
“Hi Safuan.”
Safuan dan Fairuz serentak memandang wanita yang berdiri di hadapan mereka.
Dayana berikan senyuman pada Safuan manakala Fairuz di jeling sahaja. “Lama tak jumpa you, lepas you tukar job.”
“Hi. Sorry I want spent time with my love. Don’t disturb my time with my family.” bersahaja Safuan membalas. Langsung tidak di berikan senyuman pada Dayana. Sejak hari pertama Dayana perlekehkan Fairuz, Safuan sudah mengelak dari berurusan dengan orang sebegini.
Tapi apa yang Dayana tidak sukakan pada isterinya, Dia sendiri tidak tahu. Safuan masih ingat ketika dia bawa Fairuz makan bersama rakan kerja lain, Fairuz cuba di permalukan dan di perlekehkan. Padahal dia tidak kenal pun Fairuz ini bagaimana. Kerana Fairuz tidak sempurna dengan sendiri kau merasa bangga dengan kerana kau cukup sifat.
Daripada layan orang sebegini baik dia layan Fairuz. Sudah tentu Fairuz isterinya. Susah senang Fairuz yang bersamanya. Kerana Fairuz rezekinya meluah masuk. Tidak lama selepas berkahwin dengan Fairuz, dia di tawarkan kerja dengan syarikat yang lebih bagus. Gajinya juga berganda naik. Safuan tahu semua rezeki yang dia dapat kerana ada isterinya bersama.
Berubah riak wajah Dayana apabila Safuan melayan buruk terhadapnya. Dia tegur dengan elok tapi di balas dengan kata yang menyakitkan hati. Dayana pergi dengan wajah mencuka dan sengaja dia melanggar kerusi roda Fairuz yang di letakkan di tepi.
“Dah tahu cacat sibuk nak makan dekat kedai.” Suara Dayana kuat hingga semua memandang ke arahnya. Dia sengaja ingin mempermalukan Fairuz “Kau tahu tak. Kau punya kerusi ni halang orang jalan. Kalau dah cacat jangan lagi menyusahkan orang.”
Pantas manager kedai datang ke meja Safuan. “Maaf Cik. Laluan masuk dalam sebelah sana. Tempat ini memang sudah di tempah oleh Encik Safuan dan jelas tidak menganggu sesiapa. Jika Cik datang ke sini semata mahu buat kecoh dan menganggu pelanggan kami yang lain. Cik boleh di persilakan keluar.”
Dayana keluar dengan wajah sebal. Dia lagi sekali di permalukan. Geram hatinya. “Ingat aku terhegeh nak makan dekat sini.”
“Maaf Encik, Puan.” manager terpaksa meminta maaf walaupun bukan kesalahnya.
“Tak apa.” Safuan berikan senyuman pada orang di hadapannya. Safuan beralih memandang isterinya pula. “Sayang makan puas-puas. Jangan hiraukan orang lain.”
Fairuz mengangguk kepala dan kembali makan seperti biasa.
Share this novel