30. MAAF

Romantic Comedy Series 8220

“Saya nak awak mengaku sekarang!!” bergegar ruang rumah apabila Safuan bersuara.

Terkejut Fairuz apabila Safuan memarahi dirinya. Pertama kali Safuan marah begitu padanya “Memang saya tak buat! Memang saya tak boleh jalan! Awak nak saya mengaku apa lagi”

Jiran yang dengar pergaduhan mulut antara Safuan dan Fairuz mula keluar untuk melihat. Bukan mahu menjadi penyebuk, tetapi jika Safuan cuba melampau batas cuba untuk menghalang. Lagi-lagi keadaan Fairuz yang pergerakkannya terbatas.

“Awak jangan nak tipu saya. Apa ni!!” Safuan campak telefonnya pada Fairuz.

Fairuz mengambil dan melihat video yang sedang di mainkan. “Ni bukan saya!! Berape lama awak duduk dengan saya. Awak lebih percayakan video ni daripada saya” telefon Safuan di baling hingga pecah.

“Oh.. awak nak nafikan. Jom ikut Saya” Fairuz di tolak dengan kasar. Fairuz menahan agar Safuan tidak dapat menolaknya hingga mahu terjatuh dia dari kerusi.

Jiran yang melihat dengan pantas datang untuk meleraikan pergaduhan itu. “Bawa bersabar Safuan. Boleh bincang elok kan. Ni sampai satu taman bergegar”

“Macam mana nak bincang elok kalau saya cakap elok dia tak nak mengaku”

“Memang Saya tak boleh jalan nak mengaku apa!!” menangis Fairuz apabila suami sendiri tidak mahu percaya akan kata-katannya.

“Bawa mengucap Safuan. Kamu suami Fairuz. Kamu tak percaya apa isteri kamu cakap. Kalau isteri kamu boleh berjalan alhamdullilah. Bukan kamu patut marah-marah macam ni” Idah cuba menenangkan keadaan yang masih tegang lagi ketika itu.

“Saya suka Fairuz boleh berjalan. Tapi saya sakit hati sebab dia tipu saya”

“Saya tak pernah tipu awak!!” Laju Fairuz membalas.

“Sabar Fairuz jangan marah-marah macam ni. Ingat kamu tu mengandung” Idah cuba memujuk Fairuz yang emosinya masih tidak stabil.

“Nak tahu atau tak awak menipu senang je. Kita buat check-up sekarang” Safuan sudah tenang sedikit apabila memikirkan kandungan Fairuz. Dia terlalu emosi tadi hingga terlupa isterinya itu sedang mengandungkan anaknya.

“Kalau tu awak nak. Saya turutkan. Saya nak tengok. Saya atau video tu yang menipu” Fairuz mengesat air matanya dengan lengan baju. Hari ni banyak air matanya mengalir keluar.

“Mak Cik teman Fairuz. Dah jangan menangis” Idah tidak mahu kejadian yang tidak di duga berlaku sebab itu dia dengan rela hati mahu menemani Fairuz.

 

 

Suasana tegang di dalam bilik doctor yang merawat Fairuz ketika ini. Ke empat empat mereka mendiamkan diri seketika waktu. Doctor Fatima sudah menerangkan risiko yang berlaku jika Fairuz ingin melakukan CT scan.

Safuan menarik rambutnya dengan kasar. Kenapa susah untuk dia percayakan Fairuz. Air mata Fairuz tidak henti menitis. Walaupun tiada esakan tadi pedih di dalam hatinya tidak mampu di tahan. Sebab itu air matanya sentiasa mengalir.

“Fairuz kita buat lain kali ye” Idah cuba memujuk Fairuz.

Fairuz mengeling kepala. “Biar tahu siapa yang lebih jujur dekat sini. Anak saya cacat. Saya boleh terima. Saya boleh jaga dia. Kalau anak saya mati. Dia mati bersebab. Sebab dia pertahankan ibu dia. Dia mesti faham apa yang saya rasa sekarang ni”

“Sayang Abang minta maaf. Abang percayakan sayang. Abang bodoh sangat. Abang minta maaf” tangan Fairuz di capai. Rasa bersalah Safuan. Lagipun dia tidak mahu anak yang di kandung Fairuz mengalami sebarang risiko.

Fairuz menarik semula tangan yang di sentuh Safuan. “Awak cakap mulut je percaya dekat saya. Tapi hati dan fikiran awak tak. Awak ingat saya percaya ke cakap awak yang awak percayakan saya. Saya bukan kenal awak sehari dua”

Fairuz beralih memandang doctor. “Bagi saya borang kebenaran. Saya nak buat sekarang”

Doctor Fatima memberi borang kebenaran kepada Fairuz. Jika itu pesakitnya mahukan dia tidak boleh menghalang.

Tangan Fairuz lagi sekali di tarik oleh Safuan saat Fairuz baru ingin menurunkan tandatangan nya. “Abang minta maaf Sayang. Jangan sayang”

Fairuz menarik tangannya semula lalu menampar pipi Safuan. “Saya buat ni semua untuk kebenaran yang awak nak”

Terpampan seketika Safuan saat pipinya di tampar oleh Fairuz. Pertama kali dia di tampar oleh isterinya. Kenapa hari ini banyak sangat perkara yang tidak pernah berlaku dalam hidupnya berlaku.

“Fairuz. Safuan dah menyesal. Fikirkan anak Fairuz” Idah cuba memujuk lagi.

Fairuz tidak memperdulikan kata pujukan Idah. Dia tetap menuruskan menandatangan borang di hadapannya.

 

Selepas selesai ujian Fairuz meminta Idah mengikutnya menaiki grab untuk pulang. Tidak ada hati mahu melihat wajah Safuan. Walaupun sudah banyak kali Safuan meminta maaf. Dia tetap tidak mampu memaafkan suaminya itu. Hatinya terlalu sakit.

Safuan ikut sahaja kemahuan Fairuz yang mahu pulang sendiri. Bukan dia tidak pujuk tapi tidak satu pun yang berjaya. Idah yang cuba memujuk pun sama keputusannya seperti dia. Safuan hanya boleh berdoa agar kandungan Fairuz selamat.

“Cik Idah. Esok nak minta Cik Idah teman saya lagi boleh” Fairuz memecahkan kesunyian di dalam kereta. Lamunannya terhenti apabila teringat dia perlu datang lagi je hospital untuk tahu keputusan pemeriksaan hari ini.

“Insyallah boleh Fairuz. Harap Fairuz boleh maafkan Safuan. Biasalah dalam rumahtangga ada salah faham”

Fairuz mengangguk kepala sahaja. Dia tidak bersuara semula selepas itu. Hanya melayan perasaan sendiri.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience