19. MINTA TOLONG

Romantic Comedy Series 8220

“Fairuz!”

Berlari Safuan naik ke biliknya. Kenapa aku lupa aku ada isteri dah. “Sayang!” pintu bilik di buka. Di lihat Fairuz sedang menangis membelakangi dirinya.

“Sayang.” Safuan duduk sebelah Fairuz. Safuan buat berani walaupun sebenarnya dia sedang dalam keadaan takut. “Abang minta maaf. Abang buat breakfast lepas tu tak sengaja terlupa sayang. Sebab sebelum ni Abang kan duduk sorang-sorang.”

Fairuz masih lagi menangis. Tidak termakan dengan kata-kata Safuan. “Sayang tengok lah Abang.” Safuan pegang dagu Fairuz dan menolak wajah Fairuz agar melihat ke arahnya. Di kesat air mata Fairuz. “Maafkan Abang. Abang tak sengaja.”

Fairuz mengangguk kepala apabila melihat wajah Safuan yang jelas kelihatan rasa bersalah. Dia ingatkan Safuan sengaja kurung dirinya di dalam bilik.

“Terima kasih sayang. Lepas ni Abang janji. Abang tak lupakan sayang.” di peluk Fairuz untuk membuang perasaan sedih isterinya itu. “Kenapa sayang tak call Abang?”

“Tu!” Fairuz menunjukkan telefon bimbit Safuan di atas kabinet.

“Allahuakhbar. Maaf sayang. Lepas ni Abang tak buat lagi. Jom turun makan.” di angkat Fairuz tanpa sebarang amaran.

“Saya tak mandi lagi.”

“Sayang tak mandi pun. Sayang cantik, wangi. Makan dulu nanti Abang mandikan.”

Safuan tidak dudukkan Fairuz di kerusi tapi di dudukkan di atas ribanya. Belum habis memujuk isterinya itu. Sebab Safuan melihat mata Fairuz masih mempunyai air yang menitik keluar. “Sebagai denda Abang yang cuai ni. Abang akan jadi tangan untuk sayang satu hari ini.”

Tangan Fairuz di angkat dan lagi sekali doa makan di baca. Tangan Fairuz di bawa ke mukanya untuk di sapu. “Abang suap sayang. Ah!”

Fairuz buka mulut untuk menerima suapan Safuan. “Sedap.”

“Mesti la. Abang masak dengan rempah istimewa.” di suapkan lagi ke mulut Fairuz apabila sudah kosong.

“Rempah apa?” wajah Safuan dan Fairuz sangat dekat hanya jarak beberapa inci sahaja.

“Kasih sayang dari sayang. Tu rempah istimewa Abang.”

Senyum Fairuz dengar ayat manis keluar dari mulut Safuan. “Abang makanlah juga.” Kali ini Fairuz pula yang menyuap Safuan.

Lega hati Safuan apabila rajuk Fairuz sudah hilang. Harap lepas ni tak jadi lagi macam ni. Kena sembelih aku kalau kawan Fairuz yang sorang tu muncul.

 

Setahun Kemudian.....

Pasangan Safuan dan Fairuz bahagia sekali. Bergaduh kecil dalam rumahtangga Itu biasa. Tapi lain-lain personaliti Fairuz tidak pernah muncul semenjak Fairuz bersama Safuan. Jadi Safuan ni memang kategori baiklah. Emosi Fairuz tidak pernah terganggu.

“Sayang! Tengok la cerita lain.” Safuan sudah menyorok di belakang Fairuz.

“Sayang nak tengok cerita ni dengan Abang. Tengok sorang-sorang tak best.”

Berdegup laju Jantung Safuan apabila babak menyeramkan muncul. Sound effect yang ada lagi membuatkan Safuan terkejut beruk. Tak boleh jadi ni. Tak boleh tidur pula aku nanti.

“Sayang tengok sambil baring. Abang urut kaki sayang.” kalau buat benda lain tak adalah mata memandang ke arah TV.

Fairuz menurut sahaja kehendak Safuan. Dia baring dan matanya sentiasa mengadap TV. Safuan pula mula gerakan kaki Fairuz seperti yang di ajar di pusat Fisio. Ada perubahan sedikit pada kaki Fairuz. Kadang kala kakinya boleh rasa apa yang di sentuh. Cuma berjalan dia perlu banyak berlatih lagi.

“Abang! Abang! Berhenti!” Fairuz cuba bangun dan memukul Safuan yang sedang mengaru telapak kakinya. Safuan lagi Fairuz menghalang lagi dia buat.

Bong!!!

Terkejut Safuan lalu memeluk Fairuz. Kalau cerita hantu je mesti ada bunyi macam ni. Kali ini Fairuz pula ketawakan Safuan. Itulah tadi kenakan orang. Sekarang dia pula kena.

Di tolak sedikit badan Fairuz lalu dia juga baring di sebelah isterinya itu. Memang dia takut. Nasib baik ada Fairuz, boleh menyorok belakang Fairuz.

“Abang. Telefon Abang bunyi tu.”

“Biarlah. Kan dah tengah malam ni. Ni masa untuk Abang dengan sayang.”

“Kalau Mak call.”

Betul juga kata Fairuz. Safuan bangun dan capai telefonya yang di letakkan di meja kopi. “Bukanlah sayang. Tak ada nama biar jela.”

Tidak lama kemudian lagi sekali telefon Safuan berbunyi. Di lihat number yang sama. “Angkat la Abang mana tahu penting.”

Dengar kata Fairuz Safuan jawab panggilan yang di terima. Fairuz juga bangun untuk duduk. Tangan suaminya di rangkul erat.

“Hello sapa ni?”

“Safuan tolong! Ni Shila. Saya nak minta tolong!”

Fairuz yang dengar terus memandang wajah suaminya itu. “Tolong apa?” Safuan juga memandang wajah Fairuz.

Arh!!!!

“Allahuakhbar!” terkejut Safuan sampai terlepas telefon dari pegangan tangannya. Hantu ni time macam ni lah dia nak muncul. Fairuz sudah ketawa halus melihat reaksi Safuan.

“Dia ni terkejutkan Abang la.” merengek manja Safuan pada Fairuz. Lupa sudah telefon yang tercapak tadi.

“Ala ciannya dia. Sayang ada dengan Abang. Nanti kalau dia muncul dalam mimpi Abang. Sayang ketuk dia dengan lesung.”

“Ketuk sekarang lah.”

“Ketuk sekarang. Pecah TV Abang nanti.”

Shila yang masih ada di dalam talian, Seperti biasa dengar suara yang bercakap dengan Safuan. Fairuz ke? Memang sejak dia terpaksa kawin dengan Pak Meon. Langsung kelibat Fairuz tidak kelihatan. Zalipah yang pergi ke hospital untuk mencari Fairuz juga tidak ketemui.

Shila mematikan panggilannya. Safuan bawa lari Fairuz ke? Bukan doktor tua tu ke? Atau orang lain dengan Safuan sekarang ini.

Safuan ambil telefon yang jatuh dan melihat panggilan sudah di matikan. Di letakkan di atas meja. Kalau urgent pasti Shila akan call balik. Tapi dia tiada kaitan dengan Shila. Buat apa perempuan itu cari dia.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience