11. LANCANG

Romantic Comedy Series 8220

 

“Sedap tak?” baru pertama kali Safuan melihat Fairuz makan dengan agak berselera tidak seperti sebelum ini. Kalau Fairuz boleh habiskan 3 keratan pizza dia beli maknanya Fairuz memang suka. Dia menanti potong kedua habis di makan.

Fairuz mengangguk kepala. “Sedap”

“Lain kali cakap awak suka pizza. Kalau tahu saya beli lagi awal” Safuan beli sebab dia teringin hendak makan. Tak sangka pula Fairuz suka.

“Saya pertama kali makan. Tak tahu rasa dia macam ni” Fairuz bercakap sebaik mulut berhenti mengunyah.

“Fairuz suka. Makan lagi” Khatijah pelawa lagi sekali apabila melihat Fairuz sudah habis makan.

Fairuz memandang Khatijah dan Safuan dengan wajah malu-malu. Macam tamak pula mahu mengambil lagi sekali.

“Ambik je.. Jangan malu. Memang Saya belikan untuk Fairuz” di angkat kotak pizza dan di dekatkan dengan Fairuz.

“Satu je lagi” Fairuz ambil dengan tersenyum. Malu tapi dia mahukan lagi. Tidak puas menikmati makanan orang asing itu.

“Semua pun tak apa. Habis Safuan boleh belikan lagi” Khatijah menambah. Dia juga seronok melihat Fairuz berselera makan.

“Betul. Esok Saya belikan lagi” baru puas Safuan melihat Fairuz makan. Jika tidak 2 3 suap dah berhenti. “Tadi awak nak cakap apa?”

“Bila?” Fairuz memandang Safuan dengan bukaan mata yang agak luas.

“Tadi call”

“Oh.. kenapa letak namaa..” teragak Fairuz untuk meneruskan katanya apabila Khatijah turut ada di situ. Khatijah pula sudah memandang Fairuz untuk tahu juga apa yang ingin di katakan kepada anaknya. “Tak ada pape lah”

“Cakap jela. Saya tak marah punya” Safuan tahu apa yang Fairuz ingin katakan. Cuma mahu Fairuz terus terang tidak takut atau malu bertanya dengannya.

“Tak ada pape” Fairuz dengan pantas menyumbat mulutnya dengan pizza. Tak mahu bercakap lagi.

“Abang sayang Fairuz. Fairuz punya masa depan Safuan. Bila dah confirm jadi la milik Safuan”

“Urk! Urk!” Terus tersedak Fairuz. Terkejut kerana Safuan terang terang bercakap begitu padanya.

“Air Fairuz” cepat Khatijah menghulurkan air pada Fairuz. Sempat di beri ketam berbisa pada anaknya. “Dah gatal sangat. kawin”

Safuan mengusap tempat cubitan Khatijah. Sakit berbisa tu. Sampai berkerut dahi menahan sakit. “Safuan tunggu Fairuz. Fairuz setuju baru Safuan kawin dengan Fairuz”

Kali ini Fairuz tersedak air pula.

“Sudah Safuan” di usap belakang badan Fairuz. “Safuan gurau saja Fairuz. Jangan ambil serious. Fairuz tahu kan dia macam mana” Khatijah rasakan belum tiba masanya lagi untuk Safuan meluahkan apa yang dia hajati. Keadaan kesihatan Fairuz sebenarnya tidak beberapa baik. Tidak seperti mata kasar yang melihat.

“Ye! Lain Kali awak jangan gurau macam ni”

“Tak gurau. Serious. Awak tak suka Saya. Tak apa. Saya akan buat awak suka Saya. Awak dah tunang. Saya boleh rampas awak dari dia. Tak pun awak tinggalkan je tunang awak tu. Kalau dia Sayang awak, dari mula awak sakit dia teman. Tapi Saya yang teman awak. Keluarga saya yang teman awak dari hari first awak kemalangan.

Saya bukan nak mengungkit tapi mana keluarga awak. Ada tapi sekali dua muncul itu pun marah-marah tak puas hati dengan awak. Awak jangan ikut sangat mereka yang hanya nak pergunakan awak. Awak kena tentukan hidup awak. Kalau awak tak boleh tentukan. Saya boleh tentukan untuk awak.

Saya tahu awak nak nafikan semua kata saya. Tapi tak perlu. Saya sendiri nampak depan mata saya. Bukan saya je. Mak Ayah saya sekali nampak” panjang Safuan berkata. Puas dapat keluarkan semuanya.

Pizza yang ada di tangan terlepas jatuh ke paha. Air matanya turut jatuh dengan laju. Bukan dia yang nak jadi begini. Bukan dia tidak mahu pergi tapi akhirnya jadi begini. Bukan sahaja lari tidak boleh berjalan pun tidak mampu.

Safuan menjadi cuak melihat Fairuz menangis. Tidak sedar dengan kelancangan katanya. “Eh.. awak saya minta maaf”

Khatijah sudah memberi jelingan tajam pada Safuan. Tidak memikirkan perasaan Fairuz langsung.

Pizza yang jatuh di buang dalam tong sampah. Fairuz menolak kerusi rodanya ke katil, mahu merehatkan diri. Langsung tidak memandang ke arah Khatijah dan Safuan. Khatijah yang cuba untuk menolong dia naik ke katil juga di tepis tangannya.

Fairuz mengangkat kakinya untuk di naikkan ke atas katil. Rasa mahu saja menikam kakinya yang tidak mempunyai apa-apa deria itu. Mahu di tikam sampai dia boleh kesakitan. Semakin kuat Fairuz menangis, semakin kuat juga pukulan di kakinya. Berulang kali seperti kehilangan waras akal fikiran.

“Fairuz jangan macam ni” Khatijah cuba menghalang tindakan Fairuz yang cuba menyakitkan diri sendiri. Fairuz tetap sama, seperti tidak dengar akan pujukan orang di sekelilingnya. Khatijah juga tidak mampu untuk menghalang lagi hingga terpaksa memanggil jururawat untuk di berikan ubat penenang.

Maybe Saya akan cuti untuk beberapa hari kerana dapat new job untuk meneruskan Hidup. harap dapat bersabar menunggu.. jika ada masa terluang sedikit, insyallah Saya sambung semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience