Khatijah dan Salim memandang ke arah anaknya yang sedang bercakap di telefon. Ketika makan pula tu. Dengan di buka pembesar suara lagi. Seperti mahu semua orang tahu.
“Tak boleh macam ni! Aku tengah cuti” jelas nada suara Safuan merasa tidak puas.
“aku tak boleh buat apa. Diaorang nak kau Safuan. Bukan aku tak jelaskan pada diorang” suara di hujung panggilan juga seperti dalam keadaan terdesak.
“Nanti aku call balik”
“Kau kena sampai esok juga. Keputusan memang Safuan kena datang” panggilan terus di matikan. Sakit kepala Safuan, ketika dia cuti pun sibuk di ganggu.
“Sehari dua je kan. Pergilah. Nanti cuti ni anjakkan” Salim menegur elok apabila wajah Safuan seperti serabut dengan masalah.
“Bukan masalah itu Ayah. Safuan rasa management makin teruk la. Hari tu cuti kena cancel. Sekarang tengah cuti sesuka hati suruh kerja” Safuan mengadu.
“Tak apalah. Safuan bukan buat apa pun. Pergi jela. Boleh Mak kirim jeruk Pak Ali” Khatijah menyampuk.
“Mak ni. Orang serabut kerja dia fikir jeruk”
“Pergilah. Untuk tenangkan fikiran kamu juga. Kalau kamu tak pergi sepanjang cuti nanti kamu kena kacau” Salim memberi penyelesaian untuk Safuan.
“Yela! Ayah nanti hantar Safuan dekat station bus. Malas nak drive jauh-jauh” Safuan menerima pendapat Salim. Jika di fikirkan balik, baik selesaikan sekarang kalau tidak setiap hari akan di ganggu dengan panggilan telefon.
“Jangan lupa. Jeruk Pak Ali” Khatijah memperingatkan Safuan semula.
“Ye!!” Safuan menyudahkan makan. Tiada selera hendak menyambung makan. Dia terus masuk ke biliknya. Harus mengemas apa yang patut.
Safuan yang berada di dalam bus melambai tangannya ke arah kereta Salim. Berat hati mahu pergi tapi terpaksa. Di berikan senyuman pada isi kereta. Safuan pergi tak lama. Nanti Safuan balik ye.
Apabila tidak lagi nampak kereta Salim. Safuan menyandarkan kepala ke belakang. Telefon di keluarkan dan nama Shila di cari dalam senarai.
Safuan : Malam ni Safuan sampai. Mungkin lewat malam. Pintu jangan kunci. Safuan tak ada kunci.
Shila yang baca pesanan dari Safuan melongjat gembira. Akhirnya seperti di janjikan Safuan dua hari lepas. Safuan tunaikan. Shila terus mencari baju yang sesuai untuk menyambut Safuan. Bilik tidur utama di kemas rapi dan di sembuh pewangi untuk menaiki semangat nafsunya.
Setelah siap semuanya, Shila melihat jam di dinding. Masih banyak masa lagi ni. Dengan pantas dia capai telefonya.
Shila : Awak nak makan apa? Saya masakan.
Safuan : Saya tak memilih.
Shila : Okay.
Laju Shila ke dapur dan menyediakan bahan masakan. Cuba untuk masak sesedap yang boleh untuk menjamu Safuan. Tidak lupa juga jampinya di letakkan di dalam nasi yang tengah panas beruwap itu.
Safuan : Shila tidur dulu. Saya mungkin tiba pukul 12.
Shila : Tak apa Shila nak tunggu.
Safuan turun dari bus, di sambut oleh kawannya Ismail. Di lihat jam di tangan menunjukkan 5 petang.
“Ingat sampai malam” Ismail bertanya.
“Letih. Sekarang aku boleh rehat dulu. Jangan nak call aku tanya itu ini. Kau pagi tadi kata esok kan” sempat Safuan memperingati Ismail. Tidak mahu waktu rehatnya terganggu.
“Ye. Nak makan dulu tak?” Ismail bertanya lagi.
“Tak. Dah ada bekal”
“Fuyooo.. untunglah ada orang sayang. Kerja jauh sebatu pun ada orang bekalkan” Saja Ismail menyakat Safuan.
“Kau minta isteri kau buat. Jangan nak fuyooo dekat aku”
“Wife aku kerja tak macam kau. Tak ada bekal pun tak apa, kedai pun sedap. Ni nak terus aku hantar ke hotel la ni” Di jeling Safuan sekilas.
“Aha! Sakit belakang aku duduk dalam bus lama sangat” di usap belakang lehernya. Jika dapat baring memang sungguh melegakan.
Tiba sahaja di hotel Safuan terus sahaja merebahkan badannya di atas katil. Telefon di pegang dan tangannya mendail number telefon Khatijah. Untuk bagitahu yang dia telah Selamat sampai. Selesai bercakap tidak lama selepas itu Safuan dengan sendiri tertidur.
Shila menanti dengan sabar akan kedatangan Safuan. Jam menunjukkan sudah 11 malam. Pasti tidak lama lagi Safuan akan sampai. Tidak lama kemudian sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Lelaki berpakaian sweater berhoodie berwarna hitam. Wajahnya tidak kelihat.
Shila yang melihat susuk tubuh yang keluar, dia sudah tahu siapa. Di buka pintu untuk Safuan masuk. Senyuman manis menyambut Safuan di berikan.
“Rindunya dengan awak!” Safuan di peluk dengan erat.
Safuan hanya membalas dengan tepukan di belakang Shila sahaja. Senyuman di berikan.
“Kenapa lambat sangat sampai?”
“Awak bujang. Tak elok Jiran tahu. Yang penting Saya datang kan” perlahan sekali suara Safuan berbisik di telinga Shila.
“Biarlah orang nak cakap apa. Saya kan akan jadi milik awak” kedua bahu Safuan di pegang rapi. Di berikan pandangan mengoda.
“Okay lain Kali Saya datang awal. Saya nak mandi dulu. Nanti saya datang balik” pegangan tangan Shila cuba di lepaskan. Tapi dengan pantas Shila memaut kembali.
“Nak saya mandikan” senyuman mengoda di beri. Di tubuh badan Shila tersarung baju tidur yang sangat mengoda bagi lelaki yang melihat. Shila tahu pasti Safuan dengan mudah tergoda apabila melihatnya.
Safuan senyum dan menarik tangan Shila untuk mengikutnya. Masuk sahaja dalam bilik Safuan terus buka baju yang di pakai. Badan Shila di tarik agar rapat dengannya. Di buka juga gaun singkat Shila. Kemudian mereka bersama sama masuk ke dalam bilik mandi.
Share this novel