Shila yang cuba menghubungi Safuan dari semalam untuk tahu status sebenar Fairuz. Tapi setiap kali mesejnya di hantar tidak di balas. Malah tidak langsung Safuan membacanya. Dia cuba telefon juga tapi masuk dalam peti simpanan suara.
Dia sudah kerisauan, Safuan tidak percaya ke dengan katanya. Mustahil Safuan ragu. Memang jelas video yang dia bagi itu adalah Fairuz. Fairuz yang berjalan dengan bersahaja tanpa susah payah. Dia jadi begini pun kerana Fairuz juga. Memang di rasakan Fairuz itu gila. Dia pandai simpan perangai buruknya daripada semua orang
Telefon Shila berbunyi dengan pantas dia ambil dan melihat. Nama Fairuz tertera di screen. Jantungnya berdegup laju. Dia masih lagi trauma dengan apa yang Fairuz lakukan padanya. Dia teragak-agak untuk jawab panggilan itu.
Telefon Shila lagi sekali berbunyi. Dalam keadaan takut dia akhirnya jawab juga panggilan itu.
“Assalamualaikum. Shila ni Safuan”
“Wa’alaikumusalam” Lega hatinya apabila suara Safuan di hujung panggilan.
“Maaf Shila. Boleh tak send video Shila bagi dekat Safuan hari tu dekat number. Fairuz. Handphone Safuan rosak”
“Boleh. Saya hantar sekejap lagi. Fairuz macam mana?”
“Dia tak nak mengaku. Sebab tu Safuan minta video dari Shila” jelas kedengaran keluhan di hujung panggilan.
“Yeke, Safuan cakap lembut jangan memaksa”
“Ye. Maaf Safuan tak boleh tengok Shila. Nanti dah selesai Safuan datang melawat”
“Tak apa. Selesaikan urusan Safuan dulu”
Selesai bercakap di telefon, Safuan masuk semula ke dalam bilik doctor Fatima. Dia duduk di hadapan meja doctor Fatima. Manakala Fairuz di tepi meja. Idah duduk di belakang Safuan, dia hanya orang luar hanya boleh mendengar sahaja apa yang doctor akan katakan sekejap lagi. Harap baik-baik sahaja untuk jirannya itu.
“Ni doctor” Safuan menghulurkan telefon kepada doctor Fatima. Video di tekan main dan menunjukkan keadaan Fairuz yang berjalan seperti manusia normal.
Doctor Fatima terkejut melihat sendiri video yang menjadi pergaduhan antara Fairuz dan Safuan. “Safuan dah cek. Video ni betul atau tidak” keraguan di hatinya terus di sangkal dengan mudah. Sekarang teknologi canggih. Macam-macam boleh di lakukan. Dia yang merawat Fairuz, dia tahu bagaimana perkembangan Fairuz.
Safuan geling kepalanya.
“Tak apalah. Sekarang doctor terangkan keadaan Fairuz yang sebenar. Lain kali Safuan jangan melulu menuduh yang bukan-bukan. Pastikan dulu betul atau tidak. Doctor suka tengok Safuan, Fairuz yang selalu tersenyum gembira bersama. Lain Kali doctor tak nak Safuan dan Fairuz datang sini dalam keadaan macam semalam”
Doctor Fatima memusingkan screen computer mengadap Fairuz dan Safuan. Akan di terangkan keadaan terperinci keadaan Fairuz. Pen di pegang dan menunjukkan ke arah skrin.
“Keadaan Fairuz semakin baik. Fairuz sendiri pun boleh melangkah selangkah dua bila buat fisio. Tapi untuk melangkah seperti dalam video yang awak tunjukan tadi Safuan. Mustahil untuk Fairuz. Dalam masa setahun pun Fairuz belum tentu boleh berjalan macam kita yang normal ni”
Safuan dengar dengan terperinci. Dia tahu semua itu tapi kenapa semalam dia tidak boleh berfikir dengan waras. Kenapa dia bodoh sangat.
“Dan ada berita tidak menyenangkan bagi Fairuz dan Safuan. Fairuz juga mengandung sekarang ini. Dan kemungkinan Fairuz akan lumpuh kekal. Dari aras pinggang hingga ke bawah dan Fairuz tidak boleh mengandung lagi selepas ini.
Kesannya di tulang belakang kerana apabila kandungan Fairuz semakin membesar, ia akan menekan tulang belakang. Sebab itu Fairuz berisiko untuk lumpuh sepenuhnya. sebagai doctor syorkan supaya Fairuz dan Safuan gugurkan kandungan Fairuz untuk kesihatan Fairuz juga. Bila Fairuz sudah pulih sepenuhnya baru di syorkan untuk mengandung semula”
Serta merta tangan Fairuz memegang perutnya. Dia tidak sanggup mengugurkan kandungannya. “Saya tak nak. Tak apa biar saya lumpuh seumur hidup. Itu yang Safuan mahukan” air matanya mengalir dengan deras.
“Tak sayang. Abang bukan bermaksud macam tu. Doctor tak ada cara lain” pandangan mata dari Fairuz beralih ke doctor Fatima. Doctor Fatima hanya mampu mengeling kepala sahaja.
Fairuz mengerakkan kerusi rodanya untuk keluar dari bilik doctor Fatima. Mama sakit tak apa sayang. Yang penting anak Mama ada.
“Sebab anak kamu dia sanggup gadaikan benda paling berharga bagi diri dia. Itu kamu masih tidak percayakan isteri kamu. Kamu lebih percayakan orang luar yang baru muncul dalam hidup kamu daripada isteri kamu” Idah juga melangkah keluar dari bilik rawatan. Dia mengejar Fairuz yang sudah jauh kehadapan.
“Kalau Safuan sayang Fairuz. Bincangkan dengan dia. Ini melibatkan nyawa. Risiko untuk seorang wanita mengandung adalah nyawa mereka sendiri sanggup mereka gadaikan. Bagi Fairuz dia paling berisiko tinggi. Harap Safuan faham apa yang saya terangkan”
“Terima kasih doctor” Safuan berdiri dan meninggalkan bilik rawatan. Dia tak sanggup kehilangan Fairuz. Fairuz nyawanya. Tiada Fairuz nyawanya juga pergi.
Berlari Safuan untuk dapatkan Fairuz. Safuan melutut di hadapan Fairuz dengan tiba-tiba, tangisan dia juga jelas kedengaran. Orang yang melihat tidak di hiraukan langsung. “Sayang” kedua tangan Fairuz di pegang.
“Maafkan Abang sayang. Abang janji…
Tidak sempat Safuan habiskan katanya. Fairuz telah memotong “Janji apa. Ni yang Abang nak kan. Abang nak Fairuz macam ni sampai bila-bila” air matanya di kesat kasar. Sejak semalam air matanya tidak henti mengalir. Satu persatu masalah datang menimpa.
Safuan geling kepalanya. Tidak setuju dengan kata-kata Fairuz. “Tak sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang sendiri tahu Abang macam mana. Abang janji tak akan buat sayang terluka lagi. Abang percayakan sayang sampai bila-bila. Abang sayang sangat dekat sayang. Abang rindukan belaian yang sayang selalu beri pada Abang” tangan Fairuz di cium.
Fairuz melepaskan tangan yang di pegang Safuan. Di sapu air mata di pipi Safuan dengan jemarinya. Dia jatuh kecian melihat Safuan melutut merayu, menangis di hadapannya. “Sayang maafkan Abang tapi sayang nak anak kita”
Safuan mengangguk kepala tanda setuju. Dia bangun lalu memeluk Fairuz. Tangisan keduanya masih tidak henti. Melepaskan segala kesedihan yang di rasa. Mereka yang melihat juga turun menangis menyaksikan kesedihan keluarga kecil Safuan dan Fairuz.
“Terima kasih sayang. Kita sama-sama jaga anak kita. Abang akan jaga sayang sampai bila-bila” masih dalam pelukan Safuan cium pipi Fairuz. Fairuz membalas dengan anggukan sahaja.
Suasana dalam rumah Safuan kembali ceria selepas dua hari dalam keadaan tegang. Wajah Safuan juga kelihatan ceria dan bibirnya sentiasa terukir senyuman. Begitu juga Fairuz yang sentiasa senyum.
“Sayang makan la banyak sikit. Muka sayang pucat sangat ni” Safuan cuba menyuapkan lagi nasi kepada Fairuz yang duduk di pangkuannya. Ke mana sahaja Fairuz duduk pasti di atas pangkuannya. Safuan sendiri mendenda dirinya kerana telah melukakan perasaan Fairuz.
“Tak nak. Abang makan sampai habis. Sayang nak rehat” di lentokkan kepalanya pada bahu Safuan dan tangannya melingkari memeluk badan Safuan. Fairuz menutup matanya. Dia sendiri tak tahu kenapa hari ini terlalu letih baginya. Seperti mahu menutup sahaja mata.
“Sayang nak tidur ke. Abang habiskan makan. Nanti kita tidur ye”
Fairuz membalas dengan anggukan kepala sahaja. Dia tidak larat untuk bersuara. Pelukan pada tubuh Safuan di pereratkan. Kehangatan badan Safuan membuatkan Fairuz merasa selesa sekali.
Safuan makan dengan laju apabila melihat Fairuz sudah menutup matanya. Dengkuran kecil kedengaran dekat dengan telinganya. Pasti Fairuz sungguh letih hingga duduk di atas pangkuannya boleh tertidur.
Safuan tidak sampai hati melihat Fairuz tidur di atas pangkuannya. Dia serta merta mengangkat Fairuz di bawa masuk ke bilik tidur. Di cium pipi Fairuz terlebih dahulu sebelum dia turun semula.
Di kemas meja makan dan dapur. Apabila siap sepenuhnya dia masuk ke dalam bilik yang Shila duduk. Batang kayu pengeling yang ada di lantai di ambil dan dia tersenyum puas.
“Maafkan Abang sayang. Tak akan ada pengacau lagi dalam hidup kita. Abang tak boleh berpisah dengan sayang. Sayang cinta mati Abang”
Share this novel